Friday, 20 June 2008

BodoLAH pengecut


BN pada mesyuarat majlis tertingginya semalam tidak mengambil tindakan ke atas Parti Maju Sabah (SAPP) sebaliknya meminta SAPP mengambil tindakan ke atas Presidennya, Yong Teck Lee.

Ini satu lagi tindakan pengecut yang diambil oleh BodoLAH dan kuncu-kuncunya. Jelas sekali BodoLAH takut untuk memecat atau menggantung keanggotaan SAPP dalam BN. BodoLAH takut andai tindakandrastik diambil sudah tentu ianya memberikan kesan kepada BN kerana mungkin ianya akan menimbulkan kemarahan orang Sabah dan kemungkinan lebih banyak parti-parti komponen BN yang lain terutama dari Sabah akan mengikut jejak langkah SAPP.

Jelas sekali BodoLAH takut untuk mengambil risiko dan merasakan inilah jalan terbaik bagi menyelamatkan kerajaan 4 beranak ini. Namun BodoLAH tidak sedar bahawa tindakannya membiarkan perkara ini akan menyebabkan lebih banyak parti-parti komponen BN lain mengikut jejak SAPP.

Terbukti bahawa BodoLAH adalah Perdana Menteri paling lemah serba serbi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

5 Comments:

sebol said...

Harap maaf kalau terasa,

Politik ejek-ejek "Bodohlah" dan sebagaiya tidak menguntungkan PAS dan tidak menggambarkan keislaman kita.

ana Islam gak... said...

Saya setuju dengan sdra sebol...
Perkataan melambangkan peribadian kita. maaf kalau menegur. tapi itulah sebenarnya...
JAnganlah bertopebngkan dan guna parti islam tapi belakang.. masyaallah!!

ana bukannya islamic sangat, tapi tahulah nak bawak diri ana..

Anonymous said...

Saya pulak kurang setuju dgn saudara sebol...
Orang yg tak faham bahasa ni memang patut kena cakap kasar sikit. Baru dia akan sedar sikit. Kalau asyik cakap lembut memang orang tu tak akan dengar kata malahan akan naik kepala kita dan bertambah lemak lagi.

by

Ali_bin_ketam

Anonymous said...

Mengapa perlu berkata kasar sedangkan ini adalah parti Islam. Mengangkat Agama Islam dinegara ini. Siapa perlu kita contohi? Tentunya Rasulullah SAW. Rasulullah sendiri tidak pernah menghina atau berkata kasar kepada jirannya yahudi yang selalu menghinanya. Inikan pula kita sesama muslim. Nauzubillah.

Daripada Abi Hurairah RA berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata yang baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati tetangganya dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah menghormati tetamunya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita Islam dan muslim jadikan siapa contoh kita sebenarnya? Siapa pemimpin umat ini sebenarnya jika Sunnahnya masih tidak kita amalkan?

Penjaga Warisan said...

Hidup tidak selalunya cerah
Langit tak selalu indah
suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu anugerah tuhan

"Harmonikanlah hidup ini dengan berbaik-baik sesama kita."

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Demi Masa. Sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan yang beriman dan menyeru amal soleh. Dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran. -Wal-Asr-

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59