Tuesday, 24 June 2008

BILANGAN PENDUDUK MISKIN SEBENARNYA LEBIH 25 %


Kerajaan mesti mengkaji berapakah nilai Paras Garis Kemiskinan (PGK) sebenar selepas kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sejak akhir-akhir ini. Perkara amat penting kepada kerajaan dan rakyat bagi mendapat gambaran sebenar berapa jumlah fakir miskin yang terdapat di dalam negara kita.

Kerajaan jangan cuba menyembunyikan fakta sebenar kerana dikhuatiri nanti rakyat yang hidup di bawah paras garis kemiskinan terus menderita tanpa pembelaan. Apa yang penting dengan memperolehi jumlah orang miskin yang sebenar ini, kerajaan akan lebih serius melaksanakan dasar-dasar dan program yang dapat membantu mereka.

Dalam jawapan semasa sidang parlimen semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsham Abdul Aziz menjelaskan bahawa jika PGK adalah RM1,500 maka jumlah orang miskin di setiap negeri secara puratanya mencecah 24.3%. Ini adalah anggaran sahaja, di mana adalah dijangkakan jumlah yang sebenar adalah melebihi 25 %. Angka ini sangat tinggi dan ia menggambarkan bahawa kerajaan BN gagal mentadbir negara dengan baik sehingga jumlah orang miskin melebihi 25 %.

Kita bimbang jika langkah-langkah drastik dan sistematik tidak ambil negara kita akan berhadapan dengan masalah sosial dan jenayah yang amat teruk kerana masalah kemiskinan ini.

Oleh itu saya sekali lagi mencadangkan supaya kerajaan menurunkan harga minyak dan mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59