Friday, 20 June 2008

BERCAKAP IKUT SEDAP MULUT


Pemimpin BN dan Umno sering bercakap ikut sedap mulut tanpa bukti dan fakta. Fenomena ini bukan sahaja dilakukan ketika ceramah di kampung-kampung malah dalam parlimen dan TV pun mereka berperangai sedemikian.

Apa yang penting bagi mereka dapat hentam pembangkang dan mengelirukan rakyat itu sudah lebih dari cukup.

Inilah yang berlaku dalam isu kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang dilontarkan oleh Timbalan Speaker Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim dan disiarkan di akhbar Sinar Harian.

Ramai dikalangan pemimpin BN dan Umno bercakap tanpa berfikir atau sengaja hendak tunjuk mereka tidak cerdik dan bingung.

Antara yang membuat kenyataan akhbar adalah Datuk Chiw (Pengerusi PPP Melaka), Ali Rustam sendiri dan Ghafar Atan.

Jadi kita harap lain kali pemimpin Umno dan BN ini supaya membuat komen yang membina dan berdasarkan fakta bukannya berdasarkan nafsu dan sentimen politik semata-mata kerana kita bimbang kredibiliti kita sebagai pemimpin kerajaan dan parti tercalar dan lambat laun rakyat akan hilang kepercayaan kerana kita semua bercakap tanpa bukti dan fakta.

Mari kita sama-sama menjadi pemimpin yang bertamadun ...kerana kononnya Melaka akan jadi negeri maju 2010....jadi pemimpinnya juga mesti maju dari segi minda.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

Anonymous said...

Adakah hanya pemimpin UMNO & BN sahaja yang begitu? Rasanya semuanya sama. Bercakap ikut sedap mulut. Ust Badrul Amin sendiri pernah berkata ulama Perlis syaitan besar dan tempatnya dineraka. Siapa dia untuk menghukum? Walaupun kafir orang itu, yang menghukum hanya Allah yang Esa. Ust Badrul Amin itu Tuhan kitakah? Sedarlah semua Muslimin dan Muslimat, janganlah kita sesuka hati menunjuk kesalahan yang lain, tapi kita sendiri juga sama. Kita berkobar-kobar perjuangkan Islam, bagaimana perjuangan Iman kita masing-masing? Sudahkah kita benar-benar mengenali Allah SWT? Atau hanya kita yang rasa seperti itu. Renungkanlah.

Penjaga Warisan said...

Bila Quran dan sunnah didaulatkan
Ketika itu, kita bangun
Dari alam kegelapan...

Daulatkanlah Quran dan Sunnah...

Bersatulah kita seagama sebangsa...
mungkin ada baiknya tiada perbalahan antara kita...

"Allah melaknati orang yang mengadu domba dan memutuskan tali silaturrahim"-Al-hadis

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59