Monday, 30 June 2008

TEORI DAN TELAHAN PEMERHATI POLITIK MANA SATU YANG BENAR?????


Sumber Blog http://mutaligat.blogspot.com

Di bawah ini disiarkan teori-teori pemerhati politik tentang isu liwat terbaru melibatkan Anwar. Ianya hanyalah andaian mereka bukannya tuduhan. Terpulang kepada para pembaca sekelian untuk menilainya. Hanya Allah S.W.T yang mengetahuinya. Wallahu' alam.

Teori di bawah adalah teori semata-mata bukannya TUDUHAN.

1) Pihak-pihak tertentu merancang untuk menjatuhkan Anwar dan Pembangkang dengan melaksanakan konspirasi menuduh Anwar meliwat Saiful Bukhari Azlan, di mana Saiful dipaksa atau diupah untuk mengaku diliwat? Dengan itu rakyat akan hilang kepercayaan, malah Ahli-ahli Parlimen BN yang dikatakan akan melompat ke kem Pakatan Rakyat akan membatalkan hasrat mereka kerana kes ini.

2) Pihak-pihak tertentu merancang kes ini supaya rakyat akan mengalihkan tumpuan mereka kepada isu liwat dan melupakan isu kenaikan harga minyak dan barangan keperluan. Setelah siasatan dibuat didapati dakwaan Saiful tidak benar dan Saiful akan dikenakan tindakan tetapi boleh diselamatkan oleh orang tertentu.

3) Anwar merancang dan mengarahkan Saiful Bukhari Azlan membuat laporan Polis bahawa Anwar meliwatnya bagi meraih simpati rakyat dan pemimpin-pemimpin politik supaya menyokong beliau. Ini terpaksa dilakukan oleh Anwar kerana beliau merasakan rancangan untuk membentuk kerajaan Pusat sebelum atau pada 16 September akan gagal kerana tidak mendapat sokongan dari Ahli-ahli Parlimen BN.

4) Pihak-pihak tertentu merancang kes ini supaya rakyat bangkit mengadakan demo dan tunjuk perasaan. Dengan keadaan kacau bilau seperti ini mungkin 'mageran' atau darurat boleh diisytiharkan bagi menyelematkan kerajaan BN yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Yang mana satu benar pada pandangan tuan-tuan, kalau nak komen sila nyatakan di ruangan komen atau emaikan kepada saya sofiwahab@gmail.com.

Bagi saya sendiri, saya yakin Anwar tidak terlibat dengan kes liwat ini. Anda bagaimana?


ISU ANWAR : GOBIND DIGANTUNG 2 HARI


Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo hari ini digantung dua hari dari menghadiri persidangan Parlimen kerana didakwa enggan mematuhi perintah Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia.

Gobind dikatakan tidak mematuhi arahan Speaker yang tidak membenarkan Ahli Parlimen itu mengutarakan isu Anwar dalam soalannya. Gobing juga terbabit dengan perang mulut antara beliau dengan Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajudin Abdul Rahman yang membantah Gobind kerana menyentuh isu Anwar.

Kedua-duanya diarahkan duduk oleh Pandikar namun Gobind tetap tidak mengendahkan arahan sehingga Pandikar mengugut untuk mengunapakai 'point of order', kuasanya sebagai Speaker yang mempunyai hak untuk menggantung seseorang Ahli Parlimen.

Namun Gobind menjawab "Go ahead and use it!". Lalu selepas itu Pandikar membuat keputusan menggantung Gobind selama dua hari.

Gobind merupakan anak Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Sing dan beliau kali pertama dipilih sebagai Ahli Parlimen pada Pilihanraya Umum 8 Mac lalu.
Sumber : Malaysiakini


Anwar files defamation suit against aide


PKR's de facto leader Anwar Ibrahim this morning filed a defamation suit against his aide over claims of sodomy.

MCPXIn the suit which was filed at the Kuala Lumpur High Court registry in Jalan Duta, Anwar also claimed that the police report lodged by Mohd Saiful Bukhari Azlan was an abuse of the process of law.On Saturday the 23-year-old Saiful had lodged a police report claiming that Anwar had sodomised him at a luxury condominium in Damansara.The suit was today filed on Anwar's behalf by his lawyers. Anwar is presently seeking refuge at the Turksih embassy after claiming that his life was in danger.

Meanwhile the party also said that it had postponed its plans to lidge a police report against police chief Musa Hassan and attorney-general Abdul Gani Patail over their alleged misconduct during Anwar Ibrahim's trials in 1998-1999.

Anwar revealed on Saturday that he had evidence implicating Musa and Abdul Gani Patail in the misconduct, including fabrication of evidence in the cases launched against him after his sacking from government 10 years ago.

Malaysiakini


TINDAKAN KE ATAS ANWAR : PERANCANGAN UNTUK ISYTIHAR DARURAT?


Ada pihak berpendapat dakwaan bahawa Anwar telah meliwat Saiful Bukhari seperti laporannya adalah perancangan rapi golongan tertentu untuk meniupkan api kemarahan rakyat terutama penyokong pembangkang.
Ianya mungkin merupakan tindakan provokasi mereka supaya rakyat bangkit berdemonstrasi di jalan-jalan raya seperti yang pernah dilakukan di zaman reformasi tahun 1998 dahulu. Jika keadaan ini berlaku sekali lagi sudah tentu ada pihak-pihak yang akan membuat provokasi supaya rakyat yang berdemo bertindak lebih ganas.
Jadi sudah tindakan ganas ini akan menyebabkan negara tidak tenteram dan kacau bilau. Dalam keadaan ini mungkin juga pihak kerajaan BN yang sedang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan akan mengisytiharkan darurat.
Inilah antara teori popular yang menjadi buah mulut orang ramai sekarang.Namun apa yang pasti pihak-pihak yang berkepentingan sekarang ini sudah mula mencapai objektifnya apabila rakyat mula mengalihkan perhatian mereka dari membicarakan isu kenaikan harga minyak dan harga barangan kepada isu liwat Anwar pula.Saya mengharapkan rakyat semakin cerdik dan matang dalam hal ini.
Rakyat semestinya terus memperjuangkan isu ini dan isu Anwar ini seiringan kerana kedua-duanya benar-benar menjejaskan kehidupan kita. Pelabur menjadi kurang yakin dengan kestabilan negara disebabkan tindakan puak-puak tertentu yang dikatakan memfitnah Anwar. Maka ekonomi kita terjejas,inflasi menjadi semakin kronik dan rakyat yang menjadi mangsa.
Saya menggesa pihak-pihak tertentu agar menghentikan sandiwara politik tidak bertamadun ini. Jangan jadikan fitnah sebagai budaya politik kita kerana ianya jelas menjadikan seluruh negara kita menanggung malu disebabkan pemikiran pemimpin yang kolot ketinggalan 100 hari terkebelakang.
Kaedah fitnah menfitnah sebagai cara untuk mengekalkan kuasa adalah merupakan cara yang digunakan di zaman dahulu kala yang sepatutnya dijadikan sejarah hitam yang tidak perlu diteladani.Saya mengharapkan rakyat bertenang dan sentiasa berfikiran waras dalam apa juga tindakan demi untuk menjaga kestabilan negara kita.
Bagi pemimpin yang kalah atau akan terlucut kuasa mereka seharusnya mereka menerima ini dengan hati terbuka dan professional. Bagi yang mungkin menjadi peneraju baru negara mentadbirlah dengan adil dan telus, jangan ulangi kesilapan orang lama.Keburukan dan kebatilan lambat laun akan terserlah juga, kalau tidak didunia di AKHIRAT sudah pasti kita akan mendapat balasan.
TAKUTLAH KEPADA KEKUASAAN DAN PEMBALASAN ALLAH. KEBAIKAN DAN KEJAHATAN WALAU SEBESAR ZARAH (ATOM) SUDAH PASTI AKAN DIBALAS OLEH NYA AMIN.


PERHIMPUNAN SOLIDARITI DI PARLIMEN HARI INI


Semua aktivis dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dijemput hadir perhimpunan solidariti 'Selamatkan Malaysia, Keadilan untuk Anwar' di Parlimen hari ini.

Himpunan itu akan diadakan pada jam 1.00 petang sewaktu dewan berhenti sebentar untuk waktu rehat, kata satu kenyataan KeADILan hari ini.

Perhimpunan ini bertujuan untuk menunjukkan bantahan terhadap fitnah dan ketidakadilan yang berlaku sekali lagi ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, katanya.

Sesiapa yang ingin hadir ke perhimpunan esok untuk menyatakan sokongan untuk Anwar Ibrahim, sila berpakaian formal (lelaki - berkemeja tie, kot dan berkasut; perempuan - berpakaian kemas) dan berkumpul di Parlimen pada jam 12:45 tengahari.

Sahabat-sahabat yang berada di KL dan sekitarnya diharapkan dapat berhimpun di sana bagi menunjukkan solidariti kita terhadap isu ini.

Harakahdaily


Sunday, 29 June 2008

KES ANWAR : APA KATA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT



Tuan Guru Datuk Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS

Tuduhan terbaru terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mencalarkan imej pembangkang dan polis perlu menyiasatnya secara terperinci ".

"Tuduhan itu juga boleh dikaitkan dengan konspirasi untuk menjatuhkan seseorang pemimpin parti politik seperti Anwar"

"Ye lah (tuduhan) ini boleh mencalarkan imej (pembangkang) dan saya sebagai ketua kampung (Mursyidul Am PAS) sedih kenapa ada tuduhan seperti ini,"

"Tuduh menuduh seperti ini kena ada saksi. Liwat ni orang tak buat tengah jalan, dia buat sulit jadi kena ada saksi."

"Boleh jadi ini konspirasi juga kerana mereka pemimpin politik. Tetapi tidak tahu lah (benar atau tidak),".

Dipetik dari Malaysiakini yang memetik dari Bernama.


YAB Lim Guan Eng, Setiausaha DAP

"Seperti yang Datuk Seri (Anwar) cakap, tunggu dan lihat kerana kebenaran akan terdedah dengan sendiri. Laporan polis sudah dibuat, jadi tunggu saja siasatan itu, kita serahkan pada polis.

"Sekiranya dakwaan itu hanya dibuat dengan bertujuan untuk menjatuhkan Anwar, kebenaran akan terbukti juga lambat-launnya,".
Gambar Hiasan : Saiful yang membuat laporan Polis bergambar dengan para pemimpin Umno. Gambar dipetik dari Agendadaily.


Anwar dakwa laporan polis satu tindak balas


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.
Katanya, ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN) untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan.Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan petang semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.
Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.Menurut kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.Bagaimanapun, tegas Anwar, perbuatan tersebut tidak akan menghalang beliau daripada mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.
Tegakkan keadilan
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia menentang kuasa tekanan dari pihak kerajaan dalam tempoh beberapa hari dan minggu-minggu yang akan datang.Anwar berkata, pihaknya menjangka pihak media, badan kehakiman dan pasukan polis akan dikawal oleh pihak eksekutif.Sebagai susulan kepada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar menegaskan bahawa rakyat mesti meningkatkan kekuatan dan kesungguhan ke arah mencapai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.
Sementara itu, semakin ramai penyokong Anwar kini berkumpul di Hotel Quality Shah Alam awal pagi ini ekoran satu laporan polis oleh seorang kakitangannya yang mendakwa dilihat oleh Ketua Umum PKR itu.Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.
Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Malaysiakini


Saturday, 28 June 2008

ANWAR MUNGKIN DITANGKAP?


Anwar kemungkinan besar akan ditangkap dalam masa terdekat berikutan satu laporan Polis yang dibuat oleh bekas Pembantu Khasnya, Saiful Bahari, 23 tahun, laporan tersebut dibuat pada jam 6.00 petang tadi di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Muhammad Sabtu Osman mengesahkan bahawa laporan itu telah dibuat di Balai Polis tersebut.

Dilaporkan bahawa Anwar sedang membuat pertemuan dengan pemimpin PKR secara mengejut malam ini.

Pada jam 11.15 malam, PKR telah menghantar sms menyatakan bahawa Polis telah menahan Pembantu Khas Anwar, Saiful Bahari tengahari tadi dan menggesa beliau membuat laporan Polis, mendakwa bahawa beliau diliwat oleh Anwar.

Sementara itu Anwar dijangka akan memberikan komen dalam kenyataan akhbarnya esok.

Kenyataan akhbar itu akan diadakan selepas mesyuarat Anwar dan semua Ahli-ahli Parlimen PKR dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Sumber : Malaysiakini


DEBAT ANWAR-SHABERY : MENGAPA ALI RUSTAM YANG TAKUT


Rakyat Melaka berasa hairan mengapa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam begitu takut jika debat Anwar Ibrahim-Shabery Cheek menjadi kenyataan.

Apakah Mohd Ali takut kehebatan Anwar akan berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat yang akan menonton debat itu. Secara tidak langsung Ali Rustam juga memperkecilkan kemampuan Shabery untuk berdebat dengan Anwar.
Mohd Ali dalam kenyataannya kepada media hari ini menggesa Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek membatalkan hasratnya untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kenaikan harga minyak yang dijadual disiarkan secara langsung di RTM1 pada 15 Julai depan.

Naib Presiden UMNO itu berkata, tindakan tersebut tidak relevan lebih-lebih lagi diadakan bersama dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sentiasa membangkang usaha-usaha kerajaan.

``Ramai lagi pemimpin-pemimpin kerajaan yang hari-hari bekerja keras untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak ini.

``Kenapa mereka tidak diberi tempat dalam televisyen untuk menerangkan kepada rakyat mengenai apa yang mereka sudah lakukan dan usaha-usaha yang diambil bagi menangani kos kenaikan minyak,'' katanya.

Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Melaka di sini hari ini.


DEMO KENAIKAN HARGA MINYAK DI DATARAN PAHLAWAN MEGAL MALL


Jauhar dan seorang muslimat memegang banner yang dipamerkan pada demo tersebut.


Pelbagai kaum hadir memberi sokongan


Ketua Penerangan PAS Negeri, Sofi Wahab bersemangat menyampaikan pidato


Luahan kemarahan rakyat


Orang ramai yang hadir di himpunan tersebut

Hari ini satu lagi sejarah tercipta di bumi Melaka apabila Demontrasi Aman Membantah Kenaikan Harga Minyak bergema di pintu masuk Mega Mall Dataran Pahlawan Bandar Hilir Melaka. Kira - kira 300 orang berhimpun meluahkan protes ekoran kenaikan harga minyak yang melampau oleh Barisan Nasional. Himpunan ini menggabungkan pimpinan, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.
Ianya bermula pada jam 3.15 petang dan berakhir pada jam 3.50 petang setelah Polis mengarahkan ianya dihentikan.
Polis yang tiba dari awal berkumpul dikawasan demo sejak jam 2.00 petang lagi. Seperti demo-demo sebelum ini pihak Polis tidak membenarkan penganjur menggunakan 'hailer' ketika memberikan ucapan.Peserta demo meneriakkan reformasi, turun minyak, turun Pak Lah dan bertakbir meriuhkan suasana di hadapan Mega Mall tersebut. Ianya telah menarik ramai diantara pengunjung Mega Mall dan Mahkota Parade untuk bersama-sama menyertai demo tersebut.

Menurut Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Jauhar Bin Md Dawi demontrasi aman ini sebagai satu kesinambungan demontrasi aman anjuran anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil minggu lepas. Beliau yang juga Bendahari Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil memberi amaran bahawa pemuda Dewan Pas Kawasan Bukit Katil akan mengerahkan seluruh akar umbi untuk bersama-sama dalam Himpunan 1 Juta Rakyat pada 6 Julai depan selagi kerajaan Barisan Nasional tidak mendengar suara rakyat untuk menurunkan harga minyak.
Ramai pemerhati menyifatkan demo hari ini berjaya kerana ianya mendapat sambutan yang baik dari para pengunjung kawasan tersebut serta juga pemandu-pemandu kenderaan yang lalu lalang di kawasan tersebut. Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang menyampaikan ucapan pada demo tersebut ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan Melaka, Tan Seng Toh, Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Melaka, Yusof Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Pusat, Ginnie Lim dan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka.

Demo turut disertai oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Harun Mohamed, Timbalan Ketua Dewan Muslimat Negeri Melaka, Hajah Sofiah Ahmad, pimpinan PKR dan PAS Bahagian dan Kawasan.Demo anjuran Pakatan Rakyat dan PROTES tersebut merupakan siri kelima demo yang dianjurkan oleh rakyat Melaka selepas di adakan di Pekan Masjid Tanah, Pekan Jasin, Melaka Sentral, Air Terjun Bukit Sebukor Bukit Baru.


Friday, 27 June 2008

BANYAKKAN PROGRAM ILMU UNTUK CELIKKAN RAKYAT


Bukit Katil : Program keilmuan seperti kuliah, tazkirah, kuliah subuh, ceramah dan forum mesti diperbanyakkan bagi mencelikkan rakyat supaya menerima kebenaran dan keadilan.

Hanya dengan program seumpama itulah sahaja rakyat akan mendapat ilmu Islam dan mudah menerima perjuangan PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat yang lain.

Menurut Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridhwan Mohd Nor, kebanyakkan tempat yang dimenangi oleh PAS subur dengan program-program keagamaan dan rakyat di kawasan tersebut juga terdedah dengan maklumat.

"Lihat sahaja bagaimana kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar, Pakatan Rakyat memenanginya dengan majoriti yang besar dan diluar dugaan".

"Contohnya Parlimen Shah Alam dimenangi oleh PAS dengan majoriti selesa, Parlimen Kota Raja, calon PAS Dr Siti Mariah Mahmud menang lebih dari 20,000 undi majoriti" kata Ustaz Ridhwan.

Malah hampir semua kawasan Parlimen di Kuala Lumpur dimenangi oleh Pakatan Rakyat kecuali Setiawangsa.

"Terdapat satu peti undi di Subang di mana calon Pakatan Rakyat membolot kesemua 600 undi berbanding BN yang gagal mendapat walau satu undi pun. 600-0
Menurutnya kemenangan itu adalah disebabkan rakyat terdedah kepada maklumat dan juga berilmu".

"Cuba bandingkan dengan kawasan-kawasan pedalaman, contohnya Gua Musang dan Jeli di Kelantan yang terletak di Hulu Kelantan, kedua-dua Parlimen ini dimenangi BN sedangkan semua parlimen lain di Kelantan di menangi oleh PAS dan PKR" tambah beliau.

Mengimbas kembali bagaimana Pakatan Rakyat menang di Selangor, beliau menceritakan bagaimana hebatnya tekanan yang dikenakan kepada PAS.

"Surau-surau, masjid-masjid dikunci dan ditutup oleh JAIS, tidak boleh digunakan atas alasan yang tidak munasabah, Ustaz-ustaz yang memberikan kuliah dan tazkirah ditangkap".

"Namun ustaz-ustaz ini terus menyampaikan ilmu agama ini, kalau tak boleh di masjid, kita dibuat surau, tidak boleh disurau buat di markas, tak ada markas kita buat di rumah sahabat-sahabat" terang beliau bersungguh-sungguh.

Ustaz Ridhwan menyatakan demikian pada ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang diadakan di Dataran Pejabat PAS Bukit Katil di sini, malam tadi.

Turut hadir pada program tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Haji Bakrin Sidek, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sedik dan pimpinan PAS Kawasan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan.


Thursday, 26 June 2008

DEMO DI DATARAN PAHLAWAN DEPAN MAHKOTA PARADE


Ramai yang bertanya tentang tempat sebenar Demo pada hari Sabtu ini. Ada yang menyatakan Dataran Pahlawan adalah di Ayer Keroh.

SEBENARNYA DATARAN PAHLAWAN ADALAH DI DEPAN MAHKOTA PARADE, BANDAR HILIR. JANGAN RAGU-RAGU LAGI. AJAK KAWAN RAMAI RAMAI SABTU, 28 JUN, 3.00 PTG, PINTU MASUK DATARAN PAHLAWAN.


LAWAK HARI INI : BELI FORKLIFT PAKAI GAS MEMASAK GANTI KERETA


LAWAK HARI INI

DPPBK mencadangkan kepada orang ramai supaya menukarkan kereta mereka dengan membeli Forklift yang menggunakan gas memasak sebagai bahanapinya. Ini merupakan salah satu langkah untuk menjimatkan belanja akibat kenaikan harga minyak.

Jadi kita semua boleh menggunakan Forklift untuk ke tempat kerja dan dapat jimatkan belanja. Malah kalau Forklift di tempat kerja kita rosak kita boleh pinjamkan Forklift kita pada majikan kita.

Selamat Mencuba idea baru ini.


PEMUDA BUKIT KATIL JADI SASARAN UMNO/BN DALAM SINAR HARIAN


Bertubi-tubi nama Dewan Pemuda Bukit Katil (DPPBK) di sebut oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN dalam Sinar Harian hari ini. Nampaknya mereka takut benar kepada DPPBK. Kalau mereka tidak takut sudah pasti mereka tidak menjawab persoalan atau kenyataan yang DPPBK buat.

Sejak Sinar Harian beroperasi 2 Jun lalu, sudah banyak kali berita-berita kegiatan PAS dan kenyataan akhbar pemimpin PAS negeri di siarkan oleh akhbar ini. Sehingga ada pemimpin dan penyokong Umno yang marah-marah kepada Sinar Harian. Pemimpin dan ahli Umno ini memang takut jika mereka diusik dan 'dijolok' terutama jika usikan dan 'jolokan' kita disiarkan oleh akhbar arus perdana.

Hari ini ADUN Gadek Ghafar Atan dan Pengerusi PPP Melaka Chiw Siang Chai pula membuat kenyataan menyangkal fakta yang DPPBK nyatakan dalam blog ini iaitu Pemimpin BN cakap ikut sedap mulut.

Memang benar pemimpin BN bercakap ikut sedap mulut sebab apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat mereka nafikan. Jadi jelaslah mereka bercakap tidak berdasarkan realiti sebenar dan tidak berdasarkan fakta.

DPPBK juga 'dihentam' kerana mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga minyak. Untuk pengetahuan pemimpin Umno sekalian, DPPBK amat prihatin kepada masalah rakyat bawahan yang semakin tertekan dan terhimpit untuk meneruskan kehidupan lantaran kenaikan harga minyak dan barangan.

DPPBK tidak seperti pemimpin BN yang tidak merasakan kesusahan rakyat kerana semua pemimpin Umno kaya raya mendapat laba dari projek dan gaji serta elaun masing-masing. Oleh sebab itulah menteri-menteri, exco dan YB-YB Umno tidak hairan walaupun sebanyak mana pun harga minyak dinaikkan. Dah lah road tax percuma, minyak percuma, kereta percuma gaji pun puluhan ribu....apa ada hal...........fikirlah kesusahan rakyat bawahan ini wahai YAB-YAB dan YB-YB.


Wednesday, 25 June 2008

MUKA NAJIB PUCAT KETIKA JAWAB SOALAN MEDIA


Muka Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pucat lesi dan berubah ketika menjawab soalan media berhubung dakwaan dalam akaun bersumpah Raja Petra yang menyatakan mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.

Nampak jelas Najib tidak senang dengan pertanyaan wartawan tentang dakwaan Raja Petra tersebut. Tidak perlulah Najib takut kalau 'Intan Payung'nya dan dirinya sendiri tidak bersalah. Difahamkan 'Intan Payung'nya telahpun dipanggil Polis untuk memberi keterangan.
Apa yang pasti teman rapatnya dan pengiringnya telah pun didakwa. Sehingga kini motif pembunuhannya masih menjadi tanda tanya orang ramai.

Raja Petra, dalam akuan bersumpahnya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan. Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pengendali blog Malaysia Today itu juga mendakwa perdana menteri menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.Abdullah dilaporkan berkata: "Memang saya concern (dengan dakwaan Raja Petra). "Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.

"Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera."Itu tak betul," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas mempertingkatkan daya saing kelapa sawit di bangunan Parlimen.

Gambar & sumber berita dipetik sebahagiannya dari Malaysiakini


JANGAN LUPA CERAMAH ABANG MAD MALAM NI


Seluruh rakyat Melaka dijemput untuk sama-sama mendengar ceramah Haji Mohd Sabu (Abang Mat) malam ini jam 9.00 malam di Dataran Kompleks PAS Jasin, Simpang Kemendor.

Ceramah ini dijangka hebat dengan kupasan isu-isu nasional dan tempatan, amat menarik untuk diikuti lebih-lebih isu-isu panas yang sedang melanda negara sekarang. Dengan gaya tersendiri beliau serta maklumat 'dalaman' kita pasti anda akan terasa rugi jika tidak menghadirinya.


SAH UMNO SEMAKIN CACA MARBA


Semalam saya memetik laporan Utusan Meloya bahawa (calon-calon yang terlibat dalam pemilihan UMNO ditegah menggunakan ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu undi bagi mengelakkan risiko digantung keahlian dan dipecat daripada parti.

Tataetika baru pemilihan UMNO yang diluluskan oleh Majlis Tertinggi (MT) baru-baru ini turut melarang calon-calon daripada menghadiri majlis perkahwinan, tahlil dan kesyukuran yang dikhuatiri digunakan untuk meraih undi.

Tataetika itu mengkehendaki ahli parti dan calon tidak terlibat dalam salah laku tersebut dan mematuhi ‘tempoh pemilihan’ yang meliputi jangka masa enam bulan sebelum dan enam bulan selepas pemilihan berlangsung.

Sepanjang tempoh pemilihan, ahli-ahli UMNO juga dilarang menerima atau membenarkan anggota keluarga, termasuk isteri, menerima sebarang bentuk hadiah seperti tambang percuma, kemudahan perjalanan, saham, konsesi, kontrak, gelaran dan anugerah.

“Kecuali majlis pertemuan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia atau Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan negeri di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO negeri, ahli-ahli parti dalam tempoh pemilihan dilarang menganjurkan sebarang pertemuan.“Contohnya, ahli menghadiri dan menganjurkan kenduri atau majlis tahlil yang disertai pula oleh calon yang berucap untuk meraih undi,” menurut kandungan tataetika itu yang diperoleh Utusan Meloya hari ini.) Ini laporan Utusan Meloya semalam.

Semalam Naib Presiden Umno Muhyiddin Yassin pula mengeluarkan kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Meloya hari ini bahawa calon yang terlibat dalam pemilihan UMNO boleh menghadiri atau mengadakan kenduri kahwin dan tahlil asalkan tidak menyalahgunakan majlis itu untuk berkempen.

Beliau berkata, laporan akhbar semalam yang menyebut bahawa calon dalam pemilihan UMNO dilarang menghadiri majlis kesyukuran, perkahwinan dan tahlil yang dikhuatiri menggunakannya untuk meraih undi, adalah kurang tepat.

"Tentang tak boleh buat kenduri, tahlil itu tak betul. Siapa nak buat kenduri atau tahlil boleh buat. Cuma yang tidak boleh jangan gunakan majlis itu untuk berkempen, itu maksudnya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Bangunan Pantai Bharu Holdings dan pembukaan bilik pameran Chevrolet di Klang semalam.

JELAS SEKALI UMNO SEMAKIN CACA MARBA. PERATURAN YANG UMNO BUAT PEMIMPIN MEREKA SENDIRI TAK FAHAM DAN MEREKA SENDIRI LANGGAR. KALAU PEMIMPIN YANG PERATURAN ITU PUN DAH PENING DAN 'BENGONG', ANAK BUAH LAGI 'BENGONG'.

INILAH PARTI YANG SUDAH NYANYUK DAN PENING KERANA DIPIMPIN OLEH MEREKA YANG MABUK KUASA.

JADI SUDAH SAMPAI MASANYA AHLI-AHLI UMNO BERAMAI-RAMAI MENINGGALKAN PARTI NYANYUK DAN PENING INI. AYUH MARI SAMA-SAMA MASUK PAS.


PEMUDA BUKIT KATIL SERU SELURUH PEMUDA-PEMUDI MELAKA TURUN DEMO 28 JUN INI


Ayer Keroh : Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK), Nazri Ariffin menyeru seluruh pemuda-pemudi Melaka supaya turun beramai-ramai untuk menjayakan demonstrasi PROTES membantah kenaikan harga minyak pada 28 Jun ini bermula pada jam 3.00 petang di Pintu Masuk Dataran Pahlawan.

Menurutnya kehadiran yang ramai amat penting bagi membuktikan bahawa majoriti rakyat membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ini.

"DPPBK akan memobilasikan seluruh pemuda agar sama-sama berdemo pada hari tersebut bagi menunjukkan bahawa seluruh rakyat Melaka menolak tindakan zalim kerajaan menaikkan harga minyak 4 Jun lalu".

"Kita sedih dan sayu melihat rakyat semakin terhimpit dengan masalah kenaikan harga barang akibat harga minyak naik dek kerana kebangangan pemimpin BN yang tidak memikirkan nasib rakyat" kata Nazir selepas mesyuarat DPPBK di sebuah restoran di sini malam tadi.

Demo pada 28 Jun ini adalah anjuran bersama PROTES dan parti-parti Pakatan Rakyat. Ia merupakan demo kali kelima di Melaka selepas ianya diadakan di Pekan Masjid Tanah, Pekan Jasin, Melaka Sentral dan Air Terjun Bukit Sebukor, Bukit Baru baru-baru ini.


Tuesday, 24 June 2008

BILANGAN PENDUDUK MISKIN SEBENARNYA LEBIH 25 %


Kerajaan mesti mengkaji berapakah nilai Paras Garis Kemiskinan (PGK) sebenar selepas kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sejak akhir-akhir ini. Perkara amat penting kepada kerajaan dan rakyat bagi mendapat gambaran sebenar berapa jumlah fakir miskin yang terdapat di dalam negara kita.

Kerajaan jangan cuba menyembunyikan fakta sebenar kerana dikhuatiri nanti rakyat yang hidup di bawah paras garis kemiskinan terus menderita tanpa pembelaan. Apa yang penting dengan memperolehi jumlah orang miskin yang sebenar ini, kerajaan akan lebih serius melaksanakan dasar-dasar dan program yang dapat membantu mereka.

Dalam jawapan semasa sidang parlimen semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsham Abdul Aziz menjelaskan bahawa jika PGK adalah RM1,500 maka jumlah orang miskin di setiap negeri secara puratanya mencecah 24.3%. Ini adalah anggaran sahaja, di mana adalah dijangkakan jumlah yang sebenar adalah melebihi 25 %. Angka ini sangat tinggi dan ia menggambarkan bahawa kerajaan BN gagal mentadbir negara dengan baik sehingga jumlah orang miskin melebihi 25 %.

Kita bimbang jika langkah-langkah drastik dan sistematik tidak ambil negara kita akan berhadapan dengan masalah sosial dan jenayah yang amat teruk kerana masalah kemiskinan ini.

Oleh itu saya sekali lagi mencadangkan supaya kerajaan menurunkan harga minyak dan mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka


CERAMAH UMUM DPPBK 26 JUN


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan ceramah umum menampilkan 2 orang AJK Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Ridhwan Mohd Nor dan Adly Zahari pada 26 Jun di Dataran Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil.

Ceramah tersebut akan bermula pada jam 9.00.

Seluruh penduduk setempat dijemput hadir.


Monday, 23 June 2008

INGIN LIHAT GAMBAR-GAMBAR DEMO 21 JUN DI AIR TERJUN BUKIT SEBUKOR SILA LAWATI BLOG BERIKUT



PEMUDA BUKIT KATIL KOMITED TERUSKAN SIRI DEMO BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK


Dewan Pemuda PAS Bukit Katil(DPPBK) komited untuk meneruskan siri demo membantah kenaikan harga minyak pada masa akan datang.

Bendahari DPPBK, Jauhar Md Dawi dalam kenyataanya petang ini menegaskan demo ini penting untuk diteruskan bagi memobilasikan suara rakyat agar bangkit menentang kezaliman kerajaan BN yang jelas zalim dan tidak berhati perut menaikkan harga minyak.

"Kami akan sentiasa menyokong dan menyertai semua demo yang akan dilangsungkan tidak kira siapa penganjurnya, 28 Jun dan 6 Julai ini kita akan turun habis-habisan dengan seramai mungkin ahli Pemuda Kawasan" ujar Jauhar bersungguh-sungguh.

Menurut Jauhar kerajaan BN hari ini memang bingung dan bebal sehingga mereka semacam kehilangan arah dalam isu ini.

"Hari ini mereka membentang usul tentang kenaikan harga minyak di Parlimen, sedangkan sepatutnya kerajaan membentangkannya sebelum mengumumkan kenaikan harga minyak".

"Apa punya kerajaan, mengapa dulu tak mau bentang hari ini baru nak bentang, takut ke, dah naikkan harga minyak baru nak bahas langkah dan cara menanganinya" tegas Jauhar.

Kerajaan BN hari ini membawa usul berhubung kenaikan harga minyak dan barangan serta langkah untuk menanganinya pada sidang Dewan Rakyat. Usul tersebut yang dibawa menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Samad bermula kira-kira 11.45 pagi, sebaik selesai sesi soal jawab.

Perdana menteri Datuk Seri Abdulllah Ahmad Badawi semalam dilaporkan berkata, perbincangan usul ini bakal mengambil masa panjang, maka kerajaan sedia membincangkannya sehari suntuk untuk memberikan kesempatan kepada wakil rakyat memahami isu itu.

Ketika posting ini ditulis, Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sedangkan membahaskan usul ini.


MESYUARAT AGONG PAS KAWASAN DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN


Bukit Katil : Mesyuarat Agong PAS Kawasan Bukit Katil yang berlangsung Sabtu lalu mendapat sambutan yang menggalakkan di mana kira-kira 100 perwakilan dan pemerhati hadir menjayakannya.

Mesyuarat yang dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Mejar (B) Hj Jasme Tompang itu dilangsungkan di Pejabat PAS Kawasan di sini.

Dalam ucapannya, Jasme mengharapkan seluruh ahli-ahli PAS supaya sentiasa komited untuk

melaksanakan tanggungjawab memikul perjuangan Islam ini.

"Kita mesti terus melaksanakan apa juga arahan pimpinan lebih-lebih lagi kita sekarang berada dalam situasi kemenangan berbeza dengan sebelum ini,".

"Walaupun PAS tidak menang di Melaka, namun kita mesti bersedia untuk memerintah pada masa akan datang, malah jika sekiranya Anwar dapat menjadi Perdana Menteri dalam jangkamasa terdekat, kita semua sudah tentu menjadi anggota sebuah Pakatan Rakyat yang akan memerintah Malaysia" tambahnya.

"Maka sudah tentu kita sebagai ahli PAS mempunyai tugas dan tanggungjawab kepada keraajaan baru ini" ujarnya lagi bersungguh-sungguh.

Turut hadir pada mesyuarat agong tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka merangkap YDP Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek; Timbalan YDP Hj Salim Tahir dan semua AJK PAS Kawasan.


MEMALUKAN !!!!


Blog mutaligat (http://mutaligat.blogspot.com/) melaporkan bahawa Stadium Hang Jebat yang satu ketika dahulu (ketika baru siap dibina) sangat dibanggakan oleh Ali Rustam, kini menjadi stadium yang terbiar tanpa diselenggarakan dengan baik.

Blog tersebut melaporkan bahawa tumbuhan tumbuh meliar tidak dipotong, tandas kotor, lumut 'bercambah' dibahagian bawah lantai tempat duduk penonton.

Mengapa terjadi sedemikian. Apakah pihak berwajib sudah tidak ada wang untuk menyelenggarakannya. Bina ada duit, selenggara tiada duit? Pelik tapi benar. Lebih malang lagi menurut sumber yang boleh dipercayai, stadium itu jarang digunakan. Jika ia jarang digunakan mengapa ia dibina. Bukankah Melaka sudah mempunyai Stadium Kubu (Hang Tuah) yang bersejarah itu.

Kita harap pihak berwajib segera memperbaiki kelemahan ini......jangan nanti Stadium ini jadi kandang kambing dan tempat melepak mat-mat gian....

Sila layari http://mutaligat.blogspot.com/ untuk melihat gambar-gambar secara dekat.


Sunday, 22 June 2008

ORANG MELAKA AKAN TERUSKAN BANTAHAN


Rakyat Melaka terus menyatakan bantahan kepada kerajaan BN berikutan tindakan zalim kerajaan BN menaikkan harga minyak awal bulan lalu.

Setakat ini beberapa siri demonstrasi telah dilakukan oleh parti-parti politik dan NGO. Antara demo yang telah dilangsungkan ialah di Stesyen Shell Jasin, Pekan Masjid Tanah, Stesyen Bas Melaka Sentral dan semalam di Air Terjun Bukit Sebukor, Bukit Baru.

Selepas siri demo ini akan terus dijalankan iaitu pada 28 Jun anjuran PROTES dan parti-parti Pakatan Rakyat.

Di harapkan rakyat Melaka terus komited mengadakan demo membantah kenaikan harga minyak untuk menyedarkan seluruh rakyat Malaysia membantah kenaikan harga minyak ini.

Minggu hadapan satu lagi demo akan dijalankan iaitu pada 28 Jun, Sabtu bertempat di Pintu Masuk Dataran Pahlawan bermula jam 3.00 petang.

Diharapkan seluruh rakyat Melaka akan turun beramai-ramai.


Saturday, 21 June 2008

DEMO BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK BERJAYA


Bukit Baru : Demo bantahan kenaikan harga minyak anjuran Dewan Pemuda PAS Bukit Katil petang tadi disifatkan berjaya walaupun pihak keselamatan bertindak menghalang ianya berlangsung dengan lebih lama.

Pihak keselamatan juga menghalang pemimpin PAS berucap menggunakan 'hailer'. Demo yang disertai oleh hampir 100 orang tersebut berlangsung di perkarangan Air Terjun Bukit Sebukor, di sini. Ianya bermula pada jam 3.00 dan berakhir 30 minit kemudian.

Pihak keselamatan yang berpakaian lengkap dan preman sejak awal-awal lagi 'berkampung' disekitar Air Terjun, Dataran MBMB dan dihadapan Melaka Mall.

Selepas para peserta demo bergerak di kawasan Air Terjun ke hadapan Dataran MBMB untuk bersurai.

Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Jauhar Mat Dawi yang memimpin demo petang ini berpuashati dengan perjalanan demo tersebut.

Menurutnya pada 29 Jun ini satu lagi demo akan diadakan di mana pimpinan Protes, Dr Hatta akan turun ke Melaka untuk sama-sama mengadakan demo di Melaka.

Demo pada petang ini turut di hadiri oleh Pengerusi DAP Melaka, YB Goh Leong San; Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamarudin Sidek; Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him; Ketua Pemuda DAP Negeri Melaka , YB Tey Kok Kiew; ADUN Bachang YB Lim Jak Wong; Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Abu Bakar Ramle, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Ustaz Khirul Che Salleh dan beberapa orang pimpinan Angkatan Muda KeADILan Bahagian Bukit Katil.


Friday, 20 June 2008

BERCAKAP IKUT SEDAP MULUT


Pemimpin BN dan Umno sering bercakap ikut sedap mulut tanpa bukti dan fakta. Fenomena ini bukan sahaja dilakukan ketika ceramah di kampung-kampung malah dalam parlimen dan TV pun mereka berperangai sedemikian.

Apa yang penting bagi mereka dapat hentam pembangkang dan mengelirukan rakyat itu sudah lebih dari cukup.

Inilah yang berlaku dalam isu kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang dilontarkan oleh Timbalan Speaker Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim dan disiarkan di akhbar Sinar Harian.

Ramai dikalangan pemimpin BN dan Umno bercakap tanpa berfikir atau sengaja hendak tunjuk mereka tidak cerdik dan bingung.

Antara yang membuat kenyataan akhbar adalah Datuk Chiw (Pengerusi PPP Melaka), Ali Rustam sendiri dan Ghafar Atan.

Jadi kita harap lain kali pemimpin Umno dan BN ini supaya membuat komen yang membina dan berdasarkan fakta bukannya berdasarkan nafsu dan sentimen politik semata-mata kerana kita bimbang kredibiliti kita sebagai pemimpin kerajaan dan parti tercalar dan lambat laun rakyat akan hilang kepercayaan kerana kita semua bercakap tanpa bukti dan fakta.

Mari kita sama-sama menjadi pemimpin yang bertamadun ...kerana kononnya Melaka akan jadi negeri maju 2010....jadi pemimpinnya juga mesti maju dari segi minda.


BodoLAH pengecut


BN pada mesyuarat majlis tertingginya semalam tidak mengambil tindakan ke atas Parti Maju Sabah (SAPP) sebaliknya meminta SAPP mengambil tindakan ke atas Presidennya, Yong Teck Lee.

Ini satu lagi tindakan pengecut yang diambil oleh BodoLAH dan kuncu-kuncunya. Jelas sekali BodoLAH takut untuk memecat atau menggantung keanggotaan SAPP dalam BN. BodoLAH takut andai tindakandrastik diambil sudah tentu ianya memberikan kesan kepada BN kerana mungkin ianya akan menimbulkan kemarahan orang Sabah dan kemungkinan lebih banyak parti-parti komponen BN yang lain terutama dari Sabah akan mengikut jejak langkah SAPP.

Jelas sekali BodoLAH takut untuk mengambil risiko dan merasakan inilah jalan terbaik bagi menyelamatkan kerajaan 4 beranak ini. Namun BodoLAH tidak sedar bahawa tindakannya membiarkan perkara ini akan menyebabkan lebih banyak parti-parti komponen BN lain mengikut jejak SAPP.

Terbukti bahawa BodoLAH adalah Perdana Menteri paling lemah serba serbi.


Thursday, 19 June 2008

MUSA AMAN SUDAH TIDAK AMAN


Ketua Menteri Sabah, Musa Aman sudah pasti tidak AMAN lagi selepas Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya di Parlimen minggu depan.

Sudah tentu Musa Aman tersentak dengan keberanian Yong Teck Lee Bekas Ketua Menteri Sabah yang 'menggoncangkan' BodoLah Badawi. Kalaulah Musa sakit jantung sudah tentu beliau terpaksa makan ubat yang paling kuat untuk mengurangkan serangan jantung. Nasib baik Musa masih dapat kawal perasaan.

DPPBK merasakan Musa Aman yang tidak AMAN lagi patut meletakkan jawatan kerana menipu dengan menyatakan semua parti-parti komponen BN di Sabah tetap berdiri teguh di belakang BodoLah. Namun hakikatnya ia tidak begitu.

Sudah tentu BodoLah marah kepada Musa 'Tidak' Aman. Oleh kerana sudah tidak AMAN lebih baik letak jawatan.


MUKHRIZ SOKONG SAPP USUL UNDI TAK PERCAYA, YANG LAIN BILA LAGI?


Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir hari ini membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) yang mahu membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana ia mampu mempercepatkan proses peralihan kuasa.

Bagaimanapun beliau tidak akan menyokong usul berkenaan sekiranya ia hanya membawa keuntungan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang.

Nampaknya sokongan Mukhriz bersyarat, sebab dia pun takut BN terus hilang kuasa. Mukhriz sepatutnya tidak risau kerana yang penting kita mesti selamat negara dan rakyat bukan selamat perut dan bawah perut sendiri.

Minggu depan kita harap semua ahli parlimen tidak kira dari BN atau PR maupun BEBAS mesti bertindak untuk menyokong usul menjatuhkan kerajaan Pak Lah demi untuk kesejahteraan kita semua. Selepas YB-YB mesti memilih seorang PM yang telus, berakhlaq, bertanggungjawan dan tidak ada skandal.

Jangan tersilap pilih nanti teruk kita bergaduh dengan Negara Mongolia.


CEMERLANG APA!!!!!!!!! RAKYAT SEMAKIN DERITA


Blog Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di dalam Blognya meletakkan tajuk 100 HARI YANG CEMERLANG untuk salah satu postingnya. Beliau mengulas tentang pemerintahan kerajaan BN yang dibentuk selepas pilihanraya umum ke 12, 8 Mac lalu.

Saya merasa hairan dari sudut manakah Mohd Ali lihat, adakah dari sudut politik, pembangunan atau ekonomi.Di akhir posting beliau itu Mohd Ali menukilkan ayat di bawah ini :Dengan ini jelas, slogan Selamat, Aman dan Makmur yang dipelopori BN telah memberi segnefikasi yang amat bererti kepada rakyat di Negeri ini yang dikuasai dua pertiga oleh kerajaan BN.

Syabas dan tahniah kepada penyokong setia BN yang sekali lagi memberi mandat kepada kerajaan yang sedia ada (BN) untuk terus menerajui Negara ini demi masa depan kita bersama. Selamat maju jaya.Saya berasa hairan adakah Mohd Ali tidak nampak bahawa rakyat sebenarnya tidak Selamat, Aman dan Makmur.

Adakah Mohd Ali tidak sedar bahawa majoriti rakyat Semenanjung Malaysia menolak BN seperti yang dibuktikan dari keputusan PRU 12. Cuma rakyat Sabah, Sarawak sahaja yang menyelamatkan BN.

Selamatkah rakyat jika indeks jenayah seperti rogol, rompak dan sebagai terus meningkat?

Amankah rakyat jika setiap hari ada sahaja kes pembunuhan, rompakan, rogol dan sebagainya?

Makmurkah rakyat jika harga barangan keperluan saban hari naik melambung disebabkan kenaikan harga minyak?

Makmurkah negara kalau pemimpin Umno, Gerakan dan lain-lain sebagai komponen BN yang memerintah negara bercakaran sesama sendiri?

Rakyat miskin semakin bertambah, inflasi kian meruncing tetapi pada masa yang sama pemimpin terus melaksanakan projek-projek bernilai jutaan ringgit yang belum tentu memberikan manfaat kepada rakyat.Yang Selamat, Aman dan Makmur adalah Mohd Ali dan pemimpin-pemimpin BN...............

http://mutaligat.blogspot.com/


DEMO BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK 21 JUN DI AIR TERJUN BUKIT SEBUKOR


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) akan mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga minyak pada 21 Jun, hari Sabtu bermula pada jam 2.00 petang di Air Terjun Bukit Sebukor. Para peserta demo kemudiannya akan bergerak ke Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Seluruh rakyat Melaka dijemput untuk sama-sama menyertai Demo ini bagi membuktikan bahawa rakyat membantah kezaliman dan ketidakprihatinan kerajaan dalam isu ini.

AYUH MARI KITA TUNJUKKAN KUASA RAKYAT.

TURUN TURUN,
TURUN MINYAK,
TURUN TURUN,
TURUN PAK LAH,
BN ZALIM,
RAKYAT MISKIN,
BN ZALIM,
RAKYAT PAPA,
BN ZALIM,
RAKYAT FAKIR,

TURUN TURUN
TURUN MINYAK
TURUN TURUN
TURUN PAK LAH

Nazri Ariffin
Pemangku Ketua DPPBK


Wednesday, 18 June 2008

ORANG BESAR MELAKA DI SAMAN MASING-MASING RM10 JUTA DAN RM5 JUTA


Tiga orang besar Umno Melaka disaman RM10 juta dan RM 5juta masing-masing. Dua dari mereka disaman RM10 juta dan seorang lagi RM5 juta.

Ketiga-tiga mereka didakwa telah memfitnah seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif anak Syarikat Kerajaan negeri yang diberhentikan perkhidmatan akibat didakwa tidak memberikan perkhidmatan yang baik dan juga terlibat dengan rasuah.

Pihak kami telah melakukan siasatan dan akhirnya kami menjejaki siapa 'Panglima' yang berani menyaman orang-orang besar ini.

Insya Allah Sabtu ini cerita saman ini akan tersebar luas di dada akhbar politik tersohor......Sabtu ini jangan lupa.

Terima Kasih SKUAD SIASAT Pemuda Bukit Katil.


Tuesday, 17 June 2008

BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI MELAKA LANCARKAN BLOG


PAS Negeri Melaka hari ini melancarkan Blognya sendiri di alamat http://pasmelaka.blogspot.com.

Blog akan memuatkan kenyataan akhbar pemimpin negeri, isu-isu semasa dan aktiviti PAS terutama PAS Negeri, Kawasan dan Dewan-dewan. Di harapkan blog ini akan menjadi medan untuk PAS Negeri mendekati rakyat dalam dunia cyber.

Segala feedback dan maklumbalas boleh diemailkan kepada kpnmelaka@gmail.com.


DEWAN MUSLIMAT PAS MELAKA SOKONG TUBUH PETRONAS WATCH



Bukit Katil : Dewan Muslimat PAS Negeri menyokong penuh hasrat Institut Kajian Dasar (IKD), untuk menubuhkan satu badan yang memantau pengurusan syarikat petroleum negara, Petronas.

Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hajah Kintan Man berkata Petronas sebagai sebuah syarikat milik kerajaan sepatutnya sentiasa telus dalam apa juga urusannya terutama dasar perniagaan dan urusan kewangan.

“Petronas mesti bertanggungjawab kepada parlimen dan laporan audit tahunan sepatutnya dibentangkan kepada rakyat. Rakyat berhak untuk mengetahui berapa kos operasi, berapa keuntungan bersih tahunan dan lain-lain.”.

“Selain itu Petronas juga mesti membentangkan kepada rakyat perancangan jangka pendek dan jangka panjang supaya hala tuju Petronas diketahui dan dipantau oleh rakyat” tegas beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

Menurut Kintan, rakyat sebenarnya dukacita kerana, akaun Petronas tidak diaudit oleh Ketua Audit Negara. Ini menyebabkan rakyat berasa sangsi dengan kesahihan laporan audit dan angka sebenar keuntungan Petronas.

Selain itu, katanya, rakyat akan tetap tidak berpuashati selagi Petronas tidak benar-benar telus dalam urusan perniagaannya. Sebab itulah ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat sering membangkitkan isu ini, tetapi sehingga sekarang jawapan yang diberi oleh menteri yang bertanggungjawab masih tidak memuaskan hati semua pihak.

Kintan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian semalam yang memuatkan cadangan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar untuk menubuhkan satu badan yang memantau pengurusan syarikat petroleum negara, Petronas.

Dalam cadangannya, Khalid yang juga Ketua Perhubungan Parti KeADILan Rakyat Negeri Melaka, berkata bahawa IKD akan menubuhkan satu pasukan yang dinamakan ‘Petronas Watch’ untuk meneliti ketidaktelusan dan kekaburan seluruh rakyat selama ini dan ia akan memberikan maklumat kepada rakyat tentang perjalanan Petronas.

Isu urusan pentadbiran Petronas dan laporan kewangannya timbul selepas berlaku kenaikan harga minyak yang melampau yang begitu menekan kesejahteraan hidup rakyat.


Sunday, 15 June 2008

PASUKAN PASTI BUKIT KATIL JUARA BOLASEPAK DAN TEMPAT KETIGA BOLAJARING


Jasin : Pasukan Bolasepak PASTI Kawasan Bukit Katil berjaya menjuarai pertandingan Bolasepak PASTI Negeri pada kejohanan Pesta Sukan Tahunan PASTI Negeri di Dataran Hamas di sini awal petang ini. Manakala pasukan bolajaring pula memenangi tempat ketiga.

Pasukan Bolasepak telah menewaskan PASTI Kota Melaka 3-0 pada perlawanan akhir yang agak sengit.

Bagi acara Bolajaring, PASTI Alor Gajah dinobatkan sebagai Juara dan PASTI Masjid Tanah sebagai Naib Johan.

Lebih manis lagi, Ahmad Syakirin Khalid pemain bolasepak PASTI Bukit Katil juga diumumkan sebagai pemain terbaik kejohanan manakala Ahmad Azli dari PASTI Tangga Batu dianugerahkan sebagai penjaring terbanyak.

Hadiah-hadiah kepada pemenang telah di sampaikan oleh Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat merangkap Ketua DPPN Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim dan Pengarah PASTI Pusat, Azrin Abdul Majid.


MUSLIMAT MESTI BERANI DAN BERILMU


Muslimat mesti tampil menonjolkan diri ditengah masyarakatAhli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmood menegaskan bahawa muslimat PAS mesti berani dan bersedia untuk menjadi aktivis masyarakat agar mereka dilihat mampu menjadi pemimpin.

“Sebagai ahli muslimat kita mestilah sentiasa bersedia memikul tanggungjawab dan amanah samada di dalam parti maupun di dalam institusi masyarakat”.

“Oleh itu kita mesti berani dan sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan organisasi, kepimpinan dan sebagainya sebagai persediaan untuk memikulkan amanah tersebut”katanya.yang juga merupakan AJK PAS Pusat dan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat.

Menurutnya muslimat PAS telah membuktikan bahawa mereka mampu menjadi pemimpin parti dan masyarakat seperti yang dibuktikan sebelum ini apabila tiga orang pemimpinnya dipilih menjadi Ahli Parlimen PAS dan dua orang Exco kerajaan negeri di Kedah dan Kelantan.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) kali ke-39 di INB Resort di sini Sabtu lalu.

Untuk itu, tegasnya, DMPNM mesti menyediakan calon bagi bertanding mewakili PAS pada pilihanraya umum akan datang.“Kita tidak mahu nanti apabila sampai masanya muslimat tidak ada calon yang bersedia dan berkemampuan untuk memikul amanah yang besar itu” tegasnya.

Mesyuarat Agung tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah; Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab; Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Dr Khatijah Jumangat; Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Asyraf Minghat dan pimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan-Kawasan.


Friday, 13 June 2008

DEMO BANTAHAN KENAIKAN HARGA MINYAK TERBESAR SETAKAT INI


Demo anjuran Dewan Pemuda PAS dengan kerjasama Pemuda Pakatan Rakyat petang tadi mencatatkan kehadiran terbesar untuk demo bantahan kenaikan harga minyak setakat ini.

Lebih dari 4,000 peserta menyertai demo tersebut yang bermula dari masjid Kampung Baru sebaik sahaja selepas sembahyang Jumaat.

Berikut adalah catatan Malaysiakini yang melaporkan perjalanan demo tersebut.


3.20 petang Polis memberitahu Malaysiakini, tiada tangkapan dalam perhimpunan tersebut dan keadaan kini terkawal.Beberapa ratus penyokong pembangkang berhenti di depan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, dan kemudiannya bersurai di situ.

3.00 petang Sekumpulan penyokong pembangkang berarak di sepanjang Jalan Raja Laut, menuju ke arah ibu pejabat PAS. Mereka masih diketuai oleh ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub. Lalulintas, yang melimpah ke tengah-tengah jalan tersebut, dikawal oleh Unit Amal PAS.

2.50 petang Pasukan polis, khususnya FRU, menuju ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di atas simpang dekat Kompleks Pertama-Sogo.Polis dalam keadaan berjaga-jaga di Jalan Dang Wangi.


2.45 petang Ketua angkatan muda PKR menyampaikan ucapan selepas ucapan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi. Salahuddin menjanjikan satu perhimpunan yang lebih besar bagi membantah kenaikan harga minyak. "Rakyat akan berhimpun (lagi) 5 Julai," katanya.

"Pemimpin BN dah kaya raya, rakyat hidup papa. Marilah kita jatuhkan Umno dan BN."Penyokong pembangkang melaungkan slogan "BN naik, minyak naik, BN turun, minyak turun."

2.37 petang Perarakan bantahan harga minyak berada di Kompleks Pertama-Sogo dan beberapa ratus duduk, berkumpul, di atas jalan.Lalu lintas menuju simpang Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Dang Wangi terhenti.

2.30 petang Kumpulan penyokong pembangkang berada di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, menuju Kompleks Pertama-Sogo, dipercayai untuk mengelak bertembung dengan polis. Mereka melaungkan slogan "Hidup, hidup. Hidup rakyat" berkali-kali.

2.23 petang Kumpulan penyokong pembangkang berada di kawasan Chow Kit, dan mula bergerak sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman. Perarakan dipimpin ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.Mereka melaungkan slogan "Hidup, hidup. Hidup rakyat" berkali-kali.

2.11 petang Kira-kira 1,000 orang mula bergerak ke sepanjang Jalan Raja Alang, tidak meneruskan perjalanan seperti dijadualkan di Jalan Raja Abdullah susulan sekatan sekumpulan anggota polis FRU.

2.00 petang Solat selesai, ahli-ahli jemaah keluar masjid dengan slogan-slogan "turunkan harga minyak" dan mengecam perdana menteri.

1:45 tengahari Orang ramai sesak di dalam dan luar masjid, dijangkakan jumlah mereka kira-kira 3,000. 1.20 tengahari Imam Masjid Kampung Baru menasihatkan para jemaah supaya jangan berkumpul dalam kawasan masjid.

1.00 tengahari Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salehuddin Ayub yang juga ahli Parlimen Kubang Krian serta timbalannya, Nasaruddin Tantawi tiba untuk bersembahyang Jumaat di Majlis Kampung Baru.

Turun hadir ialah ahli Parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Syed Azman Syed Nawawi yang ahli jawatankuasa PAS pusat.

Sebelum ini, kira-kira 60 anggota polis, termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sudah ditempatkan di depan Masjid Kampung Baru dan kawasan sekitarnya mulai jam 11.15 pagi ini ekoran rancangan Pemuda Pakatan Rakyat untuk mengadakan perarakan ke Menara Berkembar Petronas bagi membantah kenaikan harga minyak.

Dua buah trak kecil yang masing-masing membawa lapan anggota tiba kira-kira jam 11.15 pagi manakala sebuah lagi trak besar yang membawa kira-kira 15 anggota tiba di situ kira-kira lima minit kemudiannya.

Manakala empat lagi trak bersama kira-kira 30 anggota FRU tiba sejurus kemudiannya.
Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air yang ditempatkan di Jalan Raja Abdullah.
Pada kira-kira jam 12.40 tengahari, kira-kira 40 anggota polis kelihatan sedang bergerak dari Jalan Raja Alang ke Jalan Raja Abdullah.

Lagi anggota FRU kelihatan bergerak dengan trak ke Jalan Raja Alang.
Di dalam kawasan masjid, kelihatan sekumpulan 30 orang, termasuk tiga daripadanya memakai baju-T berwarna hijau bertulis Pakatan Rakyat.

Difahamkan perhimpunan dan perarakan hari ini dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat.
Keadaan di sekitar masjid kelihatan seperti biasa. Walaupun terdapat ramai anggota polis di situ, gerai-gerai di tepi jalan dibuka seperti biasa.

Kira-kira 20 anggota polis mengawal di persimpangan Jalan Raja Abdullah/Raja Alang, tetapi orang ramai boleh lalulalang di situ menuju ke masjid.

Sementara tujuh trak FRU, serta sebuah trak meriam air telah ditempatkan di kawasan di belakang KLCC.

Manakala sepuluh lagi anggota polis kelihatan berkawal di pintu masuk utama KLCC.
Semalam, Ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata antara 1,500 hingga 2,000 anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghalang perarakan itu.

Katanya, anggota polis dari balai polis daerah Dang Wangi dan Sentul juga akan berkawal di sekitar kawasan tersebut.Beliau juga melaporkan berkata, jika perlu, polis akan menutup beberapa jalan yang menghala ke kawasan (masjid), itu jika perlu," katanya.

Sabtu lalu, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub mengumumkan acara perarakan sejauh lebih dua kilometer itu.Sehubungan itu, polis telah memanggil setiausaha Pemuda PAS Sabki Yusoff dan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, untuk membincangkan perkara tersebut.Angkatan Muda PKR (AMK) juga menyatakan kesediaannya menyertai perarakan tersebut kelmarin.Perhimpunan ini dipercayai yang terbesar pernah dianjurkan oleh parti-parti pembangkang selepas pengumuman kenaikan harga minyak secara mendadak Rabu minggu lalu.

Gambar Ehsan edyesdotcom


DEMO KENAIKAN HARGA MINYAK : BERSEDIA UNTUK HADAPI KEMUNGKINAN DI HALANG


Para peserta demonstrasi membantah kenaikan harga minyak anjuran Pemuda Pakatan Rakyat besok diharap bersedia dengan kemungkinan di halang oleh Polis. Demo yang dijadualkan bermula pada jam 2.30 petang di hadapan Masjid Kg Baru sudah pasti diganggu oleh Polis kerana Ketua Polis Kuala Lumpur Sabtu Othman sendiri telah memberi amaran akan menutup jalan-jalan menghala ke Kg Baru.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Nazri Ariffin berkata sebarang kemungkinan akan berlaku dalam perhimpunan tersebut. Kita menjangkakan kemungkinan Polis akan bertindak ganas antaranya menyembur air kimia, bom asap dan menangkap para peserta demonstrasi.

"Jadi saya menasihatkan semua peserta demo supaya sentiasa mematuhi arahan pimpinan dan Unit Amal yang akan bertugas mengawal suasana dan pada masa yang sama memberikan arahan-arahan terkini".

"Pemuda mesti mengekalkan disiplin dan akhlaq yang baik seperti yang telah ditunjukkan pada demonstrasi anjuran Bersih November tahun lalu" kata Nazri yang juga merupakan Penolong Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil.

Sabtu berkata antara 1,500 hingga 2,000 anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghalang perarakan itu."Anggota polis dari balai polis daerah Dang Wangi dan Sentul juga akan berkawal di sekitar kawasan tersebut. "Kita akan tutup beberapa jalan yang menghala ke kawasan (masjid), itu jika perlu," katanya, lapor Bernama.

Muhammad berkata pihak penganjur perhimpunan itu tidak memohon permit daripada ketua polis daerah dan hanya sekadar menghantar surat makluman sahaja."Menyertai perhimpunan tanpa permit adalah salah dan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serius ke atas mereka," katanya kepada pemberita hari ini.

Sabtu lalu, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub mengumumkan acara perarakan sejauh lebih dua kilometer itu. Sehubungan itu, polis telah memanggil setiausaha Pemuda PAS Sabki Yusoff dan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, untuk membincangkan perkara tersebut.Angkatan Muda PKR (AMK) juga menyatakan kesediaannya menyertai perarakan tersebut kelmarin.

Perhimpunan ini dipercayai yang terbesar pernah dianjurkan oleh parti-parti pembangkang selepas pengumuman kenaikan harga minyak secara mendadak Rabu lalu.Dalam kenyataannya Selasa lalu, AMK menggesa semua ahli Pemuda Pakatan dari seluruh negara menghadirinya.Sejak minggu lalu, beberapa demonstrasi kecil diadakan di beberapa lokasi seluruh negara, antaranya di Kuching, Ipoh, Sungai Petani, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Setiausaha AMK Zulfikar Ali Ariffin menganggarkan kira-kira 3,000 orang akan hadir esok bersama ketua-ketua pergerakan Pemuda Pakatan - Salahuddin Ayub, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan wakil Pemuda DAP.Menurut Zulfikar, AMK juga meminta setiap negeri agar menghantar wakil bagi menyertai perhimpunan itu nanti.

"13 Jun adalah titik tolak untuk rakyat turun sama-sama pada 12 Julai nanti," kata Zulfikar.Beliau berkata AMK meminta kerjasama polis dan memberi jaminan perarakan itu akan berlangsung secara aman.

Sumber Malaysiakini


Saturday, 7 June 2008

APA TUNGGU LAGI AYUH BANTU PAKATAN TUBUH KERAJAAN BARU


Tibalah masanya untuk ahli-ahli parlimen BN membantu rakyat dengan menyokong Pakatan Rakyat (PR) agar kerajaan baru dapat dibentuk. Dengan sendirinya apabila kerajaan PR dibentuk maka cita-cita PR untuk menurunkan harga minyak akan tertunai.

Maka kami rakyat merayu agar semua Ahli Parlimen BN tidak kira dari Sabah, Sarawak atau Semenanjung menyokong PR dan menumbangkan kerajaan BN yang zalim dan tidak berhati perut.

Ayuh bantulah kami.............


Friday, 6 June 2008

KERAJAAN TIDAK BERHATI PERUT


Nyata sekali kerajaan BN pimpinan Umno merupakan kerajaan yang tidak berhati perut dan tidak langsung memikirkan masalah rakyat. Tidak ada sekelumit belas ihsan dalam hati mereka sehingga sanggup menaikkan harga minyak sehingga 78 sen untuk petrol dan RM1.00 untuk diesel.

Memang wajar kita semua baca yassin dan bermunajat kepada Allah minta kerajaan BN ini jatuh dan digantikan dengan kerajaan Pakatan Rakyat.

Marilah semua pengunjung dan pembaca Blog agar sama-sama bangun malam bermunajat kepada Allah agar kerajaan BN ini tumbang dengan segera.


DEMO BANTAH KENAIKAN MINYAK AHAD, 8 JUN 9.00 PAGI


Anda semua di pelawa untuk sama-sama turun untuk berdemonstrasi PADA HARI AHAD, 8 JUN, 9.00 pagi Stesyen Bas Melaka Sentral.

Ajak kawan-kawan ramai-ramai kalau tidak setuju tentang kenaikan harga minyak.....


Wednesday, 4 June 2008

SHAHRIR CAKAP BERBELIT-BELIT UNTUK NAIKKAN HARGA MINYAK


Nampaknya rakyat Malaysia memang tiada pilihan lain selain terpaksa menghadapi bala kenaikan harga minyak gara-gara memilih kerajaan BN pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu.

Menteri yang bertanggungjawab terhadap harga barangan, Shahrir Samad setiap hari mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit untuk membelit rakyat.

Semalam Shahrir berkata tiada kawalan harga akan dikenakan ke atas petrol dan diesel dengan pelaksanaan mekanisme subsidi bahan api itu Ogos ini. Beliau berkata kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan dua mekanisme subsidi bahan api iaitu "pendapatan tunai" dan penetapan kuota.

Menurutnya, dengan cara itu, harga bahan api di Malaysia akan mencerminkan harga pasaran global, demikain menurut laporan Bernama.

"Ia bergantung kepada harga pasaran global," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia Pertama 2008 di Kuala Lumpur semalam.

"Kita sedang menuju ke arah inflasi yang memerlukan keseluruhan sistem subsidi diubah, dan ini akan dilakukan menjelang Ogos. Tetapi apa yang akan berlaku esok adalah suatu langkah ke arah itu. "Kita akan melakukannya secara beransur-ansur kerana satu sistem subsidi sepenuhnya tidak boleh dilaksanakan serta merta sekarang.

"Esok harus dilihat dan dianggap sebagai sebahagian daripada perubahan keseluruhan itu," katanya."Kita tidak boleh naikkan harga tanpa memberikan suatu bentuk subsidi kepada rakyat Malaysia. Kita sedang memikirkan untuk menaikkan harga runcit dalam pasaran. Pada masa yang sama, kita perlu menghentikan penyeludupan dan penyalahgunaan yang berlaku," katanya.

Shahrir berkata kerajaan menjangka untuk menaikkan subisidinya ke atas komoditi itu hingga di antara RM55 bilion dengan RM56 bilion tahun ini, bergantung kepada harga minyak dunia. "Harga minyak terus meningkat, jadi peruntukan subsidi juga terus bertambah," katanya.


3 TAHUN BARU DAPAT SAGUHATI. ADAKAH KERAJAAN BN PRIHATIN?


Pada 3 Ogos 2005 lalu kerajaan negeri telah merobohkan Bangunan Bazar MARA jalan Laksamana di dalam Bandaraya Melaka Bersejarah. Perobohan bangunan itu melibatkan 22 perniaga Melayu yang telah lama berniaga di kawasan yang amat strategik itu.

Tujuan perobohan itu adalah untuk dijadikan kawasan lapang sebagai salah satu tempat untuk pengunjung ke sungai Melaka. (Selain itu kawasan lapang itu juga dijadikan parking untuk pengunjung gereja berdekatan.)

Namun nampaknya kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam amat berbangga dengan perobohan kawasan perniagaan melayu ini.Terbaru di dalam blognya Ali Rustam mendakwa peniaga-peniaga di kawasan tersebut bersetuju dengan perobohan itu tanpa sebarang bantahan.

Ali Rustam seolah-olah berbangga kerana berjaya merobohkan kawasan perniagaan melayu di tengah-tengah bandar ini.Peniaga-peniaga tersebut hanya di bayar RM5,000 seorang, itupun setelah hampir 3 tahun kedai mereka dirobohkan.

Sebelum itu mereka hanya dibayar RM1,000 seorang.Dengan perobohan tersebut maka kawasan perniagaan Orang Melayu di Bandaraya Melaka semakin mengecil. Namun Ali Rustam gembira dengan pengecilan saiz kawasan perniagaan Melayu ini.


Sunday, 1 June 2008

PEMUDA UMNO RETAK MENANTI BELAH


Pergerakan Pemuda Umno semakin berkecamuk umpama 'retak menanti belah'. Apa tidaknya sebahagian dari Exconya menyokong Hishamuddin-Khairy dan sebahagian lain secara terbuka menyokong Muhkriz. Itulah akibatnya jika perjuangan bermatlamat nafsu dan kebendaan.

Akhbar Internet melaporkan semalam, bahawa kira-kira sepertiga daripada pemimpin dari kalangan exco pergerakan Pemuda Umno, tidak pernah setuju dengan pucuk pimpinan utama parti itu sekarang, kata Exconya Datuk Sazmi Miah.Ketika mendedahkan perkara itu, beliau berkata, ini menunjukkan pemimpin-pemimpin pergerakan itu bukan dayus.Sebaliknya, kata bekas setiausaha parlimen kementerian sumber asli dan alam sekitar, "masih ramai singa dalam Pemuda Umno".

Baru-baru ini tiga ahli exco Pemuda Umno - Harisson Hassan, Kamarulzaman Kamdias dan Azizul Nizam Bidin - menghadiri sidang akhbar seorang lagi exco pergerakan itu, Datuk Mukhriz Mahathir yang mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan.

Sazmi juga mendedahkan bahawa ada di kalangan pemimpin Umno yang menasihatkannya supaya jangan menghadiri majlis hari ini yang dinamakan 'majlis suntikan semangat satria' di Petaling Jaya hari ini.Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyampaikan ucaputama di majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 500 orang, di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Bagaimanapun, katanya, beliau hadir juga kerana ingin mendengar sendiri suara-suara rakyat terhadap kepimpinan parti hari ini.Sehubungan itu, beliau berkata, Umno memerlukan golongan tertentu yang boleh melakukan perubahan dari dalam.Beliau berkata, golongan tersebut boleh membaiki Umno dalam menangani pelbagai permasalahan yang sedang berlaku sekarang.Sistem kouta“Apa sahaja perubahan dalam parti saya setuju,” katanya.

Sazmi juga berkata, kemasukan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor tidak pernah dirujuk kepada Pemuda.“Ini yang menjadi permasalahan dalam parti sekarang,” katanya sambil menambah sistem kuota dalam pemilihan jawatan parti juga perlu dihapuskan.

Sazmi berkata, apa yang berlaku hari ini ialah kerana ikatan di dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah tidak kuat lagi.Berikutan itu, tegasnya, pemimpin perlu mencari satu ikatan yang baru berdasarkan perkembangan isu-isu semasa,“Jika tidak ada ikatan, kita akan terus terumbang ambing seperti hari ini kerana ikatan dalam komponen BN sudah terlerai.

“Saya bimbang BN hanya diterajui oleh Umno sahaja menghadapi pilihanraya umum akan datang, manakala parti-parti lain keluar dari BN,” katanya.Sazmi menegaskan beliau perlu berjuang dalam Umno untuk membetulkan sebarang kerosakan yang berlaku dalam parti itu.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59