Wednesday, 7 May 2008

SYABAS RPK


Raja Petra Kamaruddin (RPK) memilih untuk masuk penjara dengan tidak membayar ikat jamin.

Beliau sudah tentu berupaya membayar ikat jamin yang berjumlah RM5,000 dengan duit beliau sendiri atau duit derma rakyat, tetapi memilih penjara untuk memberi isyarat bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan mendakwa beliau.

Syabas RPK kerana berani menyampai bantahan senyap kepada pihak berkuasa yang jelas menggunakan undang-undang untuk melindungi seseorang.

Beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya.

Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dalam pembunuhan seorang wanita muda Mongolia.Raja Petra minta dibicarakan. Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.

Kes tersebut akan didengar pada 6 hingga 10 Oktober depan dan Raja Petra dibenarkan ikatmain RM5,000.Beliau bagaimanapun enggan membayar ikatjamin dan ditahan di Penjara Sungai Buloh.Kertas tuduhan itu memuatkan sembilan perenggan dalam artikelnya yang didakwa berunsur hasutan.

Pendakwaan dibuat oleh timbalan pendakwaraya Nordin Hassan manakala Raja Petra diwakili oleh sepasukan enam peguambela yang diketuai oleh Karpal Singh.
Malam tadi, beliau diminta menyerah diri di kompleks mahkamah Jalan Duta pada jam 9.30 pagi ini untuk menghadapi tuduhan menghasut.

Ketika beliau sedang menunggu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur apabila menerima panggilan telefon dari pihak polis pada kira-kira jam 10.20 pagi supaya hadir di mahkamah Petaling Jaya.Bercakap kepada pemberita di komplek mahkamah Jalan Duta pagi tadi, Raja Petra mendakwa, beliau menjadi mangsa pendakwaan politik.

Katanya, beliau tahu mengenai gesaan yang dibuat oleh seorang pemimpin Umno dari Petaling Jaya (Utara) kira-kira tiga minggu lalu yang mahu "mereka mencari jalan untuk menangkap saya".Berita mengenai kes Raja Petra itu cepat tersebar malam tadi dan pagi ini orang ramai berkumpul di kompleks mahkamah sebagai tanda sokongan terhadapnya.Turut hadir ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Ronnie Liu serta ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Jumaat lalu, Raja Petra dipanggil memberi kenyataan kepada polis berhubung artikel dalam blognya, Malaysia Today dua minggu lalu berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.Pada 25 April, Raja Petra menyiarkan satu artkel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' dalam blognya, Malaysia Today.

Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi itu.Najib kemudiannya menafikan perkara itu melalui setiausaha akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Rosmah juga telah menafikan dakwaan terhadapnya itu.Perbicaraan kes pembunuhan Altantunya sedang berjalan di Shah Alam.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59