Sunday, 18 May 2008

SUKAN PASTI BUKIT KATIL 2008 MERIAH


Pesta Mini Sukan PASTI Kawasan Bukit Katil yang berlangsung pagi ini meriah dengan kehadiran kira-kira 500 pengunjung yang terdiri dari ahli-ahli keluarga pelajar, pimpinan-pimpinan PAS dan masyarakat setempat.

Kejohanan tahunan ini seperti juga tahun-tahun lepas disertai oleh hampir semua PASTI dalam kawasan Bukit Katil.

Dalam acara Bolasepak Johan tahun lalu, PASTI Al Kauthar, Ayer Keroh sekali lagi mempertahankan kejuaraannya apabila menewaskan PASTI Jaya Insan, Bukit Katil dengan 3-1 melalui sepakan penalti. Manakala acara Bolajaring di menangi oleh PASTI Ar Rahmah, Solok Gaong yang menewaskan PASTI Al Ikhwan, Melaka Baru.

Menurut Pengarah Program, Khairuddin Ismail kejohanan tahun ini dihadiri oleh lebih ramai ahli keluarga dan masyarakat setempat berbanding dengan tahun-tahun lepas.

"Saya mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak terutama guru-guru PASTI, Maahad Ar Rahmah dan semua AJK pelaksana program dan tidak lupa pada semua yang hadir" kata Khairuddin dengan bersungguh-sungguh.

Salah seorang pelajar PASTI Ar Rahmah yang ditemui Syakirin Khalid, 6, berkata beliau sangat gembira dapat menyertai pertandingan ini bersama-sama kawan-kawan.

Pertandingan kali ini seperti juga tahun lepas di adakan di padang Maahad Rahmah di mana ianya telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.20 petang.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah PASTI Negeri, Kadir Dewa; Timbalan Ketua Dewan Pemuda Kawasan, Ustaz Abu Bakar Ramle dan Khairuddin Ismail.


Gambar Johan dan Naib Johan acara bolasepak

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59