Thursday, 15 May 2008

SIASAT PERDANA JUGA JANGAN HANYA KARPAL


Pemuda PKR hari ini membuat satu laporan polis terhadap perdana menteri Datuk Seri Abdullah Badawi yang dianggap tidak menghormati Raja-raja Melayu.

"Kami amat tidak berpuas hati kerana ini menunjukkan perdana menteri cuba menderhaka kepada institusi istana," kata ketua angkatan muda (AMK) PKR dalam laporannya Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang dibuat bagi pihak Pemuda tiga parti dalam Pakatan Rakyat.Dalam laporannya di ibu pejabat daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini, Shamsul Iskandar merujuk kenyataan dan insiden sewaktu perebutan jawatan menteri besar Terengganu hujung Mac lalu.

Mengulas pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar baru Terengganu pada 23 Mac lalu sebagai ganti Datuk Seri Idris Jusoh yang menjadi pilihannya, Abdullah berkata istana Terengganu "tidak mengikut perlembagaan"."Semua Adun yang bilangannya agak besar itu tetap menyokong Datuk Seri Idris Jusoh. Itu satu perkara yang tidak ada perubahan dari segi sokongan.

"Dengan itu, maka sebarang lantikan yang dibuat terhadap orang lain itu, tidak kena dengan Perlembagaan," kata perdana menteri.Pada hari yang sama, sewaktu Ahmad menerima watikah pelantikannya, sekumpulan penyokong Idris dan 22 wakil rakyat BN berdemonstrasi membantah wakil Kijal itu dekat kediaman menteri besar Terengganu.

Beberapa orang daripada mereka menaikkan kain rentang yang menyebut "Kami nak Idris, natang". "Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.Shamsul Iskandar berkata tindakan ahli dan penyokong Umno itu seperti menyamakan Sultan Terengganu sebagai binatang."Ini merupakan tindakan yang biadap dan menghina raja-raja Melayu.

Kedua-dua tindakan ini memberi maksud perdana menteri dan Umno tidak menghormati kedudukan Raja-raja Melayu dan PM cuba menderhaka kepada institusi istana," katanya sebelum membuat laporan.

Shamsul Iskandar juga berkata, Abdullah sebagai presiden Umno mesti bertanggungjawab atas tindakan penyokong parti itu. Beliau turut meminta polis menyiasat dan peguam negara mendakwa perdana menteri dengan segera.

"Jika dalam tempoh seminggu peguam negara tidak menyiasat perkara ini, kami akan menghantar memorandum (kepada peguam negara) memprotes tindakan ini," katanya.Menurutnya lagi, laporan polisnya sebagai reaksi terhadap 20 laporan yang dibuat Umno dan badan lain terhadap pengerusi DAP Karpal Singh atas tuduhan menghina kedaulatan Raja-raja Melayu walaupun ahli parlimen Bukit Gelugor itu menafikannya.

"Mereka nak kumpul laporan banyak-banyak. Kita ambil pendekatan yang sama. Kita buat laporan," kata Shamsul Iskandar.Setiausaha Pemuda DAP Lok Sew Fook pula mendakwa laporan yang dibuat terhadap Karpal bertujuan memalingkan tumpuan rakyat terhadap krisis dalaman Umno semata-mata.

Pemuda PAS yang diwakili setiausahanya Ahmad Sabki Yusof pula berharap orang Umno tidak mempolitikkan isu Karpal."Mereka ini jangan main politik. Imbas semula perlakuan mereka (di Terengganu). "Lihat bagaimana Adun-adun Umno yang terang-terang menolak pelantikan (Ahmad) yang dibuat Sultan. Ini menunukkan sikap berpura-pura pemimpin mereka.

"Mereka mendakwa kononnya memperjuangkan kedaulatan Raja-raja Melayu. Sedangkan mereka juga mempertikaikannya," katanya.Turut hadir, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

Siasat jangan tak siasat

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59