Monday, 5 May 2008

RAJA BERUK TAK MAHU KOMEN ISU MEM'BERUK'KAN PESERTA DEMO BERSIH


Raja segala 'Beruk' di Malaysia tidak mahu komen terhadap kenyataan beliau yang MEM'BERUK'KAN rakyat yang menyertai Demo BERSIH tahun lepas.

Mengapa beliau tidak mahu komen.? Mungkin kita dapat menekanya kerana beliau telah malu kerana BN/Umno yang terpaksa 'tunduk' kepadanya dalam pemilihan calon pilihanraya umum ke-12 lalu kecundang teruk. Maka Raja Beruk malu untuk memperkatakan isu tersebut.

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Raja Beruk enggan menjawab bila diminta komennya terhadap cabaran supaya beliau memohon maaf kerana memanggil peserta perhimpunan Bersih November tahun lalu sebagai beruk.

"Tiada komen, terima kasih," kata Raja Beruk selepas berulangkali diminta mengulas cabaran tersebut, ketika ditemui di luar dewan Parlimen hari ini.

Minggu lalu, ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mencabar beliau memohon maaf terhadap kenyataan yang dibuatnya itu pada 7 November tahun lalu di perhimpunan Pemuda Umno.

Raja Beruk membuat kenyataan tersebut ketika menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap perhimpunan Bersih yang diadakan tiga hari selepas perhimpunan agung tersebut.

"Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihanraya umum," kata beliau ketika berucap menggulung perbahasan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC.

Contohi Hishammuddin Gobind berkata, Raja Beruk harus mencontohi langkah ketuanya, Hishammuddin Hussein yang memohon maaf kerana menghunus dan mencium keris di perhimpunan Pemuda Umno sebelum ini.

"Sebagai wakil rakyat dan ahli parlimen Rembau, seseorang itu bukan sahaja mewakili dirinya tetapi juga mewakili semua pengundinya, di samping menjadi naib ketua Pemuda Umno dan menantu perdana menteri, saya rasa beliau patut memohon maaf.

"Ini cabaran saya kepada beliau," kata Gobind dalam satu sidang akhbar minggu lalu, sambil menambah tindakan Raja Beruk menggunakan istilah beruk itu sebagai 'tidak boleh diterima".

"Anda tidak boleh memberi gelaran sesuka hati kepada orang lain."Bos beliau telah mengambil langkah pertama untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh Pemuda Umno terhadap rakyat Malaysia. Saya mencabar beliau (Raja Beruk) melakukan perkara yang sama. Lakukanlah perkara yang betul dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana berkata demikian," tambahnya dalam sidang akhbar tersebut.

Perbuatan memberi gelaran adalah satu kebiasaan dalam politik Malaysia. Yang terbaru berlaku minggu lalu apabila bapa Gobind, Karpal Singh, dipanggil 'beruk besar' oleh seorang penyokong kerajaan selepas Karpal memanggilnya "Bigfoot".

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

Is Yeti Real?
http://www.is-bigfoot-real.com/

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59