Wednesday, 14 May 2008

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT MESTI DIBENTUK DISETIAP UPU


sAJK Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Ahmad Rafa'i Hassan mencadangkan semua Unit Peti Undi di Melaka mempunyai Pusat Khidmat Masyarakat untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat.

Rafa'i dalam kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa, PAS Melaka mesti memulakan tugas berkhidmat kepada masyarakat sebagai satu cara untuk mendekati masyarakat agar semua rakyat sedar bahawa PAS keujudan PAS sangat diperlukan.

"Ada banyak khidmat dan amal yang boleh diberikan kepada masyarakat, contohnya pembayaran bil, kendarat, pasukan unit amal, kelas memasak, tuisyen, khidmat kaunseling dan sebagainya"

"PAS di semua UPU seluruh negeri mesti berusaha untuk menubuhkan Pusat Khidmat tersebut bermula dari sekarang. Mungkin di peringkat permulaan UPU boleh mencari dana, mengenalpasti tempat dan petugas, selepas setahun baru boleh tubuh, yang penting perancangan dan gerakerja mesti dimulakan" tegas Rafa'i.

Beliau berkata mana-mana cawangan dan UPU yang telah mempunyai pejabat yang strategik mungkin tiada masalah untuk menubuhkannya. Apa yang penting mereka perlu mencari petugas.

Menurut Rafa'i PAS Kawasan mesti menjadikan usaha menubuhkan Pusat Khidmat di setiap UPU sebagai KPI (Key Performance Indicator) kepada setiap MTD agar ianya menjadi kenyataan.

MTD pula menurutnya, mesti merangka pelan tindakan dari segi prasarana, kewangan, modal insan dan sebagainya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

4 Comments:

Anonymous said...

Sokong pendapat saudara...
nasihat saya>>>
Jangan cakap jer tapi habuk pun tak der..
Cadangan macam2 tapi kerja satu pun tak jalan...
Semua negeri dh ada wakil rakyat pas tinggal negeri melaka jer yang takde wakil rakyat pas..
Gempur mlaka.

Pemerhati Luar Melaka said...

Alhamdulillah. Eloklah tu. Sepatutnya dah lama buat. Jangan asyik mengutarakan kelemahan UMNO dan BN dan pimpinan mereka saja. PAS perlu tunjukkan keprihatinan mereka. Banyak benda boleh buat sebenarnya. Lagi satu Blog Pemuda Bukit Katil ni cubalah elakkan letak gambar yang kutuk pemimpin BN terutamanya poster Pak Lah, tak originallah. Orangramai dah tahu kelemahan BN dan pemimpin mereka. Orang ramai terutama di Melaka ini nak tengok pula apa kelebihan yang ada pada PAS di Melaka. Kalau setakat kutuk pemimpin UMNO BN je, orang UMNO sendiri boleh buat

Anonymous said...

Melaka perlu buat perubahan...
Jangan ketinggalan zaman..
Harap dapat berfikiran lebih kreatik lg..
Buat kerja mestilah bersungguh-sungguh.
Jangan macam melepaskan batuk ditangga shj..
Rakyat melaka nak tengok kelebihan dan kelainan pas..

Anonymous said...

Krisis Beras, Ahli PAS Perlu Tunjuk contoh

Tidak dinafikan kerajaan gagal menangani krisis beras. Itu kesalahan di pihak kerajaan.

Di pihak kita ? Kita sebagai ahli terutama diperingkat kepimpinan pula haruslah menunjukkan contoh kepada masyarakat agar berjimat cermat. Barulah mereka akan yakin dengan apa yang kita perjuangkan.

Justeru itu mesej ini perlu disampaikan kepada semua kepimpinan dan ahli agar mereka dapat menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Antara sikap berjimat cermat yang seharusnya ditonjolkan ialah :

1. Elakkan makan di luar, melainkan tidak dapat elak (dalam musafir dsbnya). Amalkan makan dirumah , walaupun lauk telor goreng, ikan masin dsbnya. Paling tidak beli lauk saja , nasi masak, makan bersama keluarga di rumah. Tolong isteri masak sekali-sekala.

2. Simpan lauk yang berlebih , nasi dan sebagainya dalam peti ais. Panaskan semula lauk ini untuk hari kemudian. Jangan membazir lauk dan nasi. Buat nasi goreng segera, campur saja dengan lauk-lauk, sedap.

3. Elakkan minum teh tarik, kopi tongkat ali, melepak di kedai-kedai. Kalau perlu beli kopi Radix dsbnya, lebih baik lepak di Markas, PASTI, Pusat Khidmat, sediakan air panas sahaja dan biskut tawar.

4. Nasihatkan ahli kita yang merokok berhenti rokok, atau beransur-ansur berhenti rokok atau jangan merokok depan orang yang tidak merokok, terutamanya anak-anak.

5. Kepimpinan harus mengamalkan sikap kitar semula. Ajar anak-anak kumpul kertas, plastik dan besi. Selepas banyak boleh jual atau kumpulkan di rumah mereka yang boleh jual di pusat kitar semula. Mungkin boleh dapat RM 50 sebulan, nampak tak banyak, tapi kalau dah 100 rumah buat macam ni RM 5000. Bukan soal duit, tapi tanam sikap berjimat cermat , jaga alam sekitar, kurangkan sampah.

Banyak lagi amalan berjimat cermat yang lain, yang masih ramai di kalangan kita yang alpa. Penjimatan elektrik, air dsbnya.

Untuk membantu mereka yang susah dalam krisis beras ini , lancarkan Program Satu Keluarga Sekampit Beras Setiap Bulan, dimana setiap ahli yang mampu beri sumbangan sekampit beras setiap bulan dan kumpulkan di markas atau Pusat Khidmat DUN utk diagihkan keluarga miskin di kawasan setempat.

Jangan pandang kelemahan orang sahaja, pandang kelemahan sendiri

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59