Sunday, 18 May 2008

NELAYAN KUALA SUNGAI MENDAKWA DITIPU KERAJAAN NEGERI


Janji Kerajaan negeri untuk menyediakan peruntukan RM540,000 untuk diagih-agihkan kepada 400 nelayan di Kuala Sungai Baru berikutan kerja-kerja melombong bijih timah di kawasan itu hanya tinggal janji.

Setiap nelayan dikatakan akan memperolehi RM1,600 sebagai bayaran permulaan dan jumlah itu akan ditambah jika kerja-kerja melombong di kawasan itu mendatangkan pendapatan kepada kerajaan negeri. (sumber : Blog Alirustam.com)

Namun janji ini tidak ditunaikan oleh kerajaan negeri sehingga nelayan terbabit terpaksa berdemonstrasi baru-baru ini.

"Semenjak kerja-kerja melombong dijalankan pendapatan nelayan semakin merosot, dimana sebelum ini mereka mendapat kira-kira RM300 sehari tetapi sekarang ini nak dapat RM150 pun sakit" kata salah seorang nelayan terbabit yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurutnya, kerajaan negeri jelas mungkir janji kerana sebelum ini janji ditaburkan kepada nelayan tidak ditunaikan.

"Mana kami nak cari duit bagi makan anak bini kami,pampasan yang dijanjikan pun tak dapat lagi" kata beliau dengan kesal.

Ini bukanlah kali pertama nelayan ditipu kerajaan negeri kerana sebelum ini nelayan Pantai Klebang juga diperdayakan oleh Ali Rustam dan kuncu-kuncunya sehingga memaksa nelayan terbabit menjalankan demonstrasi.

Kerja-kerja melombong bijih timah di kawasan tersebut dimulakan awal Mac lalu setelah diluluskan oleh kerajaan negeri.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

Jernih said...

Salam~

Untuk aktiviti perlombongan timah tu, dia orang ada ke buat EIA?. Apakah nilainya bijih timah itu sampai kerajaan negeri memilih bijih timah lebih dari kepentingan nelayan dan sumber makanan?. Syarikat mana yang mebuat aktiviti perlombongan itu?. Siapakah pemegang saham syarikat itu?.

http://empangan-jernih.blogspot.com/

sebol said...

Pendapat saya yang hina

Adalah dicadangkan supaya laman web ini membuat pautan ke laman web jernih,

banyak isu melaka di siarkan disitu.

Anonymous said...

apalah pas ni suka sangat mengata orang tengoklah dalam kain sendiri banyak kurap

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59