Friday, 16 May 2008

NAZRI ARIFFIN DILANTIK PEMANGKU KETUA DPPK BUKIT KATIL


Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Nazri Ariffin dilantik sebagai Pemangku Ketua DPPBK yang baru menggantikan Ketua sebelum ini, Sofi Wahab yang melepaskan jawatannya atas faktor usia.

Nazri yang berpengalaman luas dalam Dewan Pemuda menjelaskan bahawa beliau bukanlah orang terbaik untuk menggalas amanah besar tersebut namun atas dasar amanah dan perjuangan Islam beliau menerimanya dengan berat hati.

"Saya mengharapkan sahabat-sahabat AJK DPPBK dapat membantu saya menggerakkan program kepemudaan demi untuk memastikan anak-anak muda menyokong dan simpati kepada perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS" katanya.

Sementara itu Jauhar Dawi pula dilantik sebagai Pemangku Bendahari DPPBK menggantikan Hj Hishamuddin Ismail yang keuzuran sejak Februari lalu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

Akmal Karim said...

ASSALAMUALAIKUM...
Harap kepimpinan pas bukit katil dan melaka berusaha untuk menarik sokongan pemuda...

Anonymous said...

pamerkan no untuk hubungi pemimpin pas... INGAT.. ORANG MELAKA BEGITU SUSAH UNTUK BERJUMPA PEMIMPIN PAS DAN PEMIMPIN PAS MELAKA TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN YG BAIK DENGAN RAKYAT MELAKA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59