Friday, 16 May 2008

MELAKA PERLUKAN PEMBANGKANG MELAYU DAN ISLAM


Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Nazri Ariffin berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka memerlukan pembangkang melayu dan Islam bagi membawa suara umat Islam di dalam DUN Melaka.

Menurutnya, tanpa pembangkang Islam isu-isu berkaitan agama Islam susah hendak diketengahkan oleh ADUN yang bukan beragama Islam.

"Nak harap pada wakil Umno, jauh panggang dari api, sebab mereka semuanya bersikap 'yes man' tukang angguk saja."

"Sudah lebih 50 tahun merdeka, Melaka belum pernah mempunyai pembangkang Islam, sebab itu isu-isu tentang kedaulatan dan kepentingan Islam tidak dibawa ke DUN" kata Nazri yang juga merupakan Penolong Setiausaha PAS Kawasan.

Beliau juga menjelaskan bahawa isu-isu penyelewengan dan bangsa Melayu boleh dibahaskan di DUN melalui wakil-wakil DAP dan ianya tidak menjadi masalah kerana selama inipun wakil-wakil rakyat DAP memang sentiasa bersedia untuk bertemu kita.

Tetapi bila mereka cuba mengutarakan isu berkaitan agama, mereka dihentam dan dicaci oleh Ketua Menteri dan wakil rakyat Umno kerana menurutnya DAP tiada untuk bercakap atas isu agama Islam.

Menurutnya lagi, banyak isu-isu agama seperti isu tanah wakaf dijual, isu wang zakat dan sebagainya masih tidak mendapat penjelasan dari kerajaan negeri.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

Anonymous said...

kena tunjukkan kerja dgn org ramai dr skrg. bukan time undi je....

GEGARSERKAM said...

masalahnyer bukan tak der .. ramai yang malu nak ke depan untuk berjuang .. kalau takat sembunyi dalam kelambu jer .. baik tak payah .. bak kata DS Anwar " kalau takutkan resiko jangan bicara soal perjuangan dan pepatah melayu juga ada kata " kalau takut dilambung tsunami jangan berumah kat tepi pantai"

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59