Sunday, 11 May 2008

KUDA TUA DICADANGKAN JADI KETUA PEMUDA UMNO


Kuda tua, Adnan Yaakub dicadangkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.

Kalaulah Adnan Yaakub ini diangkat menjadi Ketua Pemuda Umno, kita bimbang nanti pemuda-pemuda Umno habis menjadi samseng kerana Adnan terkenal dengan perangai samsengnya sepertimana beliau pernah menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong PAS semasa penamaan calon Pilihanraya Kecil Sanggang, Pahang beberapa tahun dahulu.

Selain itu Menteri Besar Pahang ini pernah mengatakan "Go to Hell" kepada wartawan ketika sessi perbahasan di dalam DUN Pahang.

Media melaporkan bahawa Pemuda Umno Pahang berpendapat bahawa Khairy belum sesuai untuk menjadi Ketua Pemuda dan mencadangkan beliau mempertahankan jawatan naib ketua yang beliau sandang sekarang.

Semalam, Utusan Meloya melaporkan bahawa kesemua 14 bahagian Pemuda Umno Pahang akan mencalonkan Adnan Yaakob bertanding jawatan ketua pergerakan tersebut.

Ketua Pemuda Umno Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob berkata, pihaknya beranggapan Adnan merupakan calon terbaik bagi mengisi jawatan berkenaan kerana beliau seorang yang berkarisma dan memiliki personaliti tegas yang sesuai bagi mengawal golongan muda dalam parti.

“Kesemua ketua Pemuda bahagian di Pahang telah bersetuju untuk mencalonkan Adnan dalam mesyuarat yang akan bermula Oktober depan,” katanya dalam laporan Utusan hari ini.

Menurut Khairuddin, Pemuda Umno kini berhadapan dengan krisis kepercayaan untuk memilih pemimpin baru berikutan ketua sedia ada, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

mat terab said...

tak payah la pak nan...
lebih baik kau jaga negeri pahang dah le...rakyat pahang pun tak terjaga nak bertanding ketua pemuda pulah..awak tu bukan muda lagi dah tua...silap-silap tua lagi pada hishamuddin...
kalau tak jaga negeri pahang silap-silap jatuh ke tgn PR padan muka.......

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59