Monday, 5 May 2008

KESAL PENANGKAPAN KE ATAS AHLI PARLIMEN DAN ADUN DAP


Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab menyatakan kekesalannya dengan penahanan 3 orang wakil rakyat DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him; ADUN Kesidang YB Goh Leong San dan ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong.

Penangkapan ketiga-tiga wakil rakyat merupakan suatu pencabulan kepada kedaulatan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat di mana tiada sebab yang jelas mengapa mereka bertiga di tangkap.

"Polis mesti menyatakan sebab mengapa ketiga-tiga mereka ditangkap kerana rakyat mahu tahu mengapa tindakan itu diambil. Apakah Polis boleh menangkap sewenang-wenangnya sesiapa sahaja tanpa sebab"

"Sedangkan wakil rakyat pun boleh ditangkap tanpa alasan munasabah inikan pula rakyat biasa" kata beliau ketika diminta mengulas isu ini.

Ketiga-tiga wakil rakyat tersebut ditangkap Khamis lalu di berdekatan Sekolah Tun Tuah. YB Lim Jak Wong telah ditangkap kira-kira jam 11.00 pagi. Selepas Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him dan ADUN Kesidang, YB Goh Leong San pula diarahkan memberikan kenyataan di Balai Polis Melaka Tengah dan mereka juga di tahan bersama-sama YB Lim di Balai Polis tersebut.

Lebih malang lagi Peguam ketiga-tiga YB tersebut, Damien Yeo telah dihalang oleh Polis bagi mewakili mereka ketika beliau sampai di Balai Polis tersebut kira-kira jam 12.30 tengahari pada hari yang sama.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

Anonymous said...

kesal otak kau !!! kawan baik kau tue karpal sigh suka2 hati mempertikai kan sultan tue apa hal !! sapa lagi kesal nie !!! kesal kan org cina kafir ke or org kafir yg kurang ajar kat sultan ! bodoh punya PAS ! nampak sgt pas hanya ckp kosong agama sana sini islam sana sini allhuakbar sana sini ! cuba la ulas sikit pasal karpal sigh tue ! or takut ! bukankah kita sebagai umat islam kita hanya patut takut kepadaNYA sahaja ! tapi sejak pas bergabung begitu jelas menampak kan pas takut akan DAP N PKR ! takut hilang kuasa ? back up la sikit or mati kutu ! kalau bukan kerana PKR ntah ke mana la korang tue ! PAS yg dah lama bertapak kat malaysia pun tak seteguh n sekuat PKR yg jauh lebih senior dari PAS ! mmg dasar PAS sampai mati pun tak bole berdiri teguh tanpa bantuan PKR apatah lagi nak memerintah ! IQ cetek ! PAS hanya la landasan bagi PKR untuk memerintah ! apa barang memerintah seperti "satu kapal yg mempunyai 3 captain" ! steady la sikit !

Anonymous said...

pencabulan kepada kedaulatan sultan oleh karpal sigh mcm mana ?

petikan dari utusan malaysia online selasa may 2008 oleh karpal sigh
"Dalam hal ini, beliau berpendapat kerajaan negeri Perak tidak sepatutnya ‘tunduk’ kepada tekanan pihak istana."

-----------------------------------

pas yg selama ini melaung kan tentang islam hanya mampu berdiam diri kerana terpaksa akur dan mengambil sikap menutup sebelah mata malah menyokong segala tindakan PKR N DAP dlm sesetengah hal !
PAS kelihatan tidak berpegang pada prinsip n hala tuju dan concept sebenar PAS sebelum bekerjasama dgn DAP dan PKR !
tidak salah rasanya kalau PAS memberi pandangan bagi isu yg hangat diperkata kan kerana kami sebagai rakyat ingin mengetahui respond PAS yg selama ini sebagai pembangkang hanya la pandai membangkang segala yg dibuat oleh parti pemerintah dah apabila rakyat memberi peluang untuk memerintah maka PAS gagal memberi respond terhadap isu yg dilemparkan kepdanya seperti isu MB perak n karpal sigh .. kerana hidup PAS hanya la tahu untuk membangkang sahaja , bila isu2 MB perak n karpal pas sepeti "ludah n jilat balik" .. dulu menghentam org lain bila diri sendiri di hentam pas hanya la duduk diam sahaja ! hanya jadi jaguh kampung di warung bukit katil !

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59