Wednesday, 7 May 2008

JANGAN JADIKAN NAFSU MENJADI HAKIM


Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Melaka, Khirul Che Salleh menyarankan semua rakyat Malaysia supaya tidak menjadikan nafsu sebagai hakim.

"Jangan sampai kita menggunakan nafsu marah kita sehingga mengambil tindakan membelakangkan undang-undang yang ada di negara kita".

"Akibatnya nanti amat parah, sehingga ada yang tidak dibuktikan bersalah pun di ambil tindakan" kata beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Khirul juga menggesa satu siasatan menyeluruh dan terperinci dilakukan dan semua yang dibuktikan bersalah dijatuhkan hukuman setimpal supaya kematian Hatib dapat menyedarkan rakyat bahawa jangan mengambil tindakan terburu-buru dengan membelakangkan undang-undang yang ada.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu pembunuhan seorang buruh Hatim Leman , 35 di Kampung Belakang Kilang Ais dekat Kuala Perlis baru-baru ini.

Selain itu Khirul juga kesal kerana kerajaan BN hari ini masih mahu mengekalkan undang-undang jenayah penjajah yang tidak ada kena mengena dengan undang-undang Islam. Undang-undang ini ternyata gagal menggerunkan penjenayah kerana ianya tidak ada unsur-unsur keberkatan dari Allah seperti yang ada pada undang-undang Islam.

"Selagi undang-undang Islam tidak diamalkan selagi itulah kes-kes jenayah akan terus meningkat", kata Khirul.

Hatib dilaporkan dipukul hingga mati oleh sekumpulan 20 lelaki dihadapan isterinya Fazilah Muhammad, 31 yang masih dalam pantang.

Hatib meninggal 5 orang anak berumur antara 1 bulan dan 18 tahun.

Fazilah kini hilang tempat bergantung akibat kematian suaminya itu, apatah lagi beliau kini masih di dalam pantang. Mereka kini bergantung hidup kepada dua orang anaknya, Hayati, 17 yang bekerja di sebuah restoran dan anak kedua, Mohd Asri, 16, yang bekerja sebagai seorang nelayan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

OraNgKaTa said...

Ceramah Perdana Pakatan- Rakyat Tertipu Lagi..

Alkisahnya…ayat inilah yang pertama kali keluar dari bibir penulis tatkala mendengar rungutan daripada seorang pesara yang menjadi mangsa penipuan parti Pakatan Rakyat . Sedia maklum, baru-baru ini Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti PAS, PKR dan DAP telah mengadakan satu ceramah perdana di Stadium Melawati, Shah Alam.

Berikutan itu, tentu sekali ia akan ditafsirkan sebagai satu ceramah yang gilang-gemilang kerana penceramah yang di undang bukanlah calang-calang orang.Tentu sekali para penyokong Pakatan yang taksub akan memenuhi ruang stadium apabila mendengar nama-nama hebat akan berpidato pada malam itu.Tetapi, apa yang berlaku adalah di sebaliknya.

Biarpun kehadiran tokoh-tokoh pembangkang seperti Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR), Lim Guan Eng (DAP), Dato’ Nik Aziz Nik Mat (PAS), Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Ustaz Azizan Abd Razak (PAS) menjanjikan kemeriahan namun reality disebaliknya hanyalah gambaran luaran sahaja.

Itulah yang ingin penulis kisahkan di sini dimana, kebanyakan penonton yang hadir adalah kerana terpaksa setelah di tipu oleh oleh dalang penganjuran ceramah terbabit.Bukanlah penulis ingin menafikan kehadiran penonton pada malam itu bukan ahli Pakatan tetapi apa yang perlu penulis kisahkan adalah taktik kotor penganjur dalam mencapai nisbah perdana dengan menipu rakyat agar memenuhi lapangan stadium tersebut.

Apapun, secara keseluruhan ceramah ini gagal mencapai matlamatnya.Ini berdasarkan kehadiran yang ada sangat tidak memberangsangkan dan ianya jelas menunjukkan rakyat sudah mula jelak dengan aktiviti Pakatan Rakyat yang hanya sering menganjurkan sesi ceramah, perhimpunan dan masih belum kelihatan janji-janji mereka berjaya dikotakan.

Semuanya seakan kabur malah berkemungkinan manifesto mereka omongan kosong sahaja.
Dari bekalan air percuma, penurunan kadar cukai pintu apatah lagi pemansuhan tol, kini tinggal sebuah cerita disebalik cerita.

Mengulas kembali mengenai program di Shah Alam itu, terdapat lebih kurang 5 buah bas sekolah bernombor pendaftaran yang berasal dari serata Negara. Berdasarkan temubual dengan beberapa orang yang hadir menggunakan bas tersebut ternyata berlaku penipuan dalam mengheret rakyat untuk menghadiri program ini.

Sebenarnya mereka ini sememangnya langsung tidak mengetahui tentang program ceramah perdana ini. Kehadiran mereka adalah di atas tiket rombongan ke Shah Alam. Seharian sejak dari awal pagi lagi mereka telah dibawa melawat ke serata kawasan di Shah Alam. Mereka telah dibawa melawat Masjid Negeri, Taman Pertanian Shah Alam, UiTM Shah Alam, Tasik Shah Alam dan beberapa tempat lagi ( mujurlah tidak di bawa ke kilang Carlsberg ).

Akan tetapi, apa yang mereka kejutkan ialah apabila sebelah petangnya ( senja ) mereka telah dibawa ke perkarangan Stadium Shah Alam. Disangkakan untuk menonton perlawanan bolasepak yang akan berlangsung pada malam itu rupa-rupanya untuk menghadiri “Program Ceramah Perdana Pakatan Rakyat”.

Penulis sempat menemubual salah seorang yang yang hadir pada malam itu dan bertanya datang dari mana serta bertanya menarikkah ceramah malam itu? Tanpa diduga, inilah alkisahnya…

“Den tak tau menahu pasal ceramah nih do jang, yang den tau diorang nak bawak kito semuo poei rombongan, ruponyo den ni nak poei dongar coramah PAS!, mintak mahap la jang oi, tapi dek dah takdo pilihan terpakso yo lah den masuk gak…….”

Demikianlah kata-kata kesalan dari seorang pesara yang menjadi mangsa penipuan penganjur ceramah Pakatan yang berasal dari Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan yang tiada pilihan lain selain masuk mendengar ceramah tersebut walaupun terpaksa.

Kesimpulannya dapatlah kita lihat di sini, betapa rakusnya perbuatan mereka mengheret penyokong ' hantu ' demi memperlihatkan kononnya sokongan yang diberikan rakyat kepada mereka adalah tinggi. Paling mendukacitakan walaupun dengan kehadiran penyokong 'hantu' itupun, mereka tetap gagal untuk memenuhkan tempat duduk Stadium Melawati Shah Alam kerana jumlah kehadiran hanya 1000-1500 orang sahaja.

Bahkan bagi penulis, adalah lebih memalukan dengan jumlah kehadiran orang ramai tersebut bilamana program ceramah dibarisi oleh pemimpin Pakatan yang berpangkat Menteri Besar.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59