Saturday, 10 May 2008

HEBAT BETUL POLIS MALAYSIA, SIASATAN TERHADAP KARPAL HAMPIR SIAP


Bagaikan kilat, Polis bertindak menyiasat Karpal dalam isu yang berkenaan 'penghinaan' Karpal terhadap Sultan Perak. Tahniah diucapkan kepada Polis.

Baru sahaja semalam Ku Nan dan pengampu-pengampu BN/Umno membuat laporan Polis hari ini Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang mengumumkan bahawa siasatan Polis hampir siap. Siang tadi dua orang Pegawai Polis hadir di pejabat guaman Karpal di Georgetown menyoal Karpal.

Tindakan Polis ini memang world class, semalam lapor hari ini hampir siap.

Kalaulah Polis dapat bertindak seperti ke atas semua laporan Polis yang dibuat oleh semua orang terutaman laporan rasuah terhadap pemimpin-pemimpin BN dan Umno sudah tentu negara ini akan lebih sentosa.

Kalaulah Polis dapat bertindak secepat ini terhadap kes-kes jenayah sudah tentu negara kita akan lebih Selamat, Aman dan Makmur.

Malangnya Polis hanya bertindak sepantas kilat terhadap kes-kes tertentu sahaja. Kes-kes yang melibatkan pemimpin kerajaan adakalanya tidak disiasat atau kalau siasat pun ala kadar sahaja.

Itulah Polis Malaysia, pengampu dan pen##lat Umno.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

mat terab said...

tahniah la pihak polis...
macam mana dengan kes di terengganu yang hina sultan di depan istana siap cakap sultan 'natang' senyap jer? dah berapa lama...kes nurin senyap jga, kes bnyk lagi kes-kes kanak-kanan hilang ada siasat ker?...

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59