Saturday, 24 May 2008

ANWAR ULANGI LAGI, PAKATAN RAKYAT AKAN BENTUK KERAJAAN


Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengulangi sekali lagi bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan membentuk kerajaan baru kerana bilangan ahli parlimen BN yang akan sertai PR sudah lebih dari mencukupi.

Bercakap pada majlis makan malam anjuran PKR di Kuching malam tadi, Anwar berkata banyak perkara yang membuatkan ahli parlimen BN tidak berpuashati dan akan menyertai PR.


Malaysia, kata Anwar terus ketinggalan dari negara-negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan Vietnam dari segi ekonomi dan politik.

Sementara bercakap dalam majlis yang sama, Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Dr Jeffry Kitingan berkata sebilangan ahli parlimen BN akan menyertai PR pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan. Ia akan diikuti oleh Ahli Parlimen dari Semenanjung dan akhir sekali ahli parlimen dari Sarawak.

Anwar telah berulang kali mendakwa bahawa PR akan membentuk kerajaan pusat selewat-lewatnya 16 September depan.

PR telah membentuk kerajaan di 5 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan serta juga menguasai kesemua kerusi Parlimen di Kuala Lumpur kecuali Setia Wangsa pada PRU 12 8 Mac lalu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59