Tuesday, 27 May 2008

ADUN DAP LEBIH FAHAM ISLAM DARI IMAM HADHARI?


ADUN DAP Kampung Tungku Lau Weng Sang nampaknya lebih faham Islam dari Imam Hadhari dalam bab kebebasan dan keadilan.

Dalam hujahnya ketika membentang usul tergempar mengkritik ISA, YB Lau berkata ISA jelas bertentangan dengan ajaran agama. Misalannya, ia bercanggahan dengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan seperti yang diterangkan dalam al-Quran, iaitu ayat 58 surah an-Nisa', ayat 15 surah as-Syura dan ayat 90 surah an-Nahl.

Apa yang jelas, penahanan seseorang tanpa perbicaraan merupakan satu bentuk pencabulan hak asasi manusia yang patut dikutuk dan dikritik sekeras-kerasnya, khususnya dalam kes ini di mana seorang wakil rakyat telah dinafikan hak dan kebebasannya untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat.

Lau berkata demikian ketika membentang usul tersebut yang berbunyi "Bahawa Dewan ini menetap untuk mengkritik penahanan Yang Berhormat Tuan M Manoharan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kota Alam Shah serta pemimpin-pemimpin Hindraf (Barisan Bertindak Hak-hak Hindu) dan aktivis-aktivis sosial yang lain tanpa perbicaraan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyeru Kementerian Dalam Negeri membebaskan tahanan-tahanan ini."

Dari hujah-hujah beliau diatas jelas beliau lebih memahami Islam dalam bab keadilan dan kebebasan berbanding Imam Besar Islam Hadhari, Pak Lah Badawi yang masih mengekalkan ISA yang tidak bertamadun.

Kita hairan bagaimana seorang yang mengaku hebat dan faham Islam masih mahu mengekalkan ISA yang jelas bertentangan dengan Islam.

MALULAH SIKIT KEPADA YB LAU WENG SAN YANG BELUM ISLAM TETAPI LEBIH MEMAHAMI KEADILAN DAN KEBEBASAN DALAM ISLAM.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

anakbulan said...

Saya terharu dengan perkembangan ini. Hujah2 YB Lau menggetarkan hati saya.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59