Friday, 30 May 2008

POLIS TERUS JADI SAMSENG


Polis pernah membunuh penduduk kampung yang tidak berdosa – Kg Memali 19 Nov 1985. Sehingga kini kes tersebut belum diputuskan di Mahkamah.

Sudah ramai tahanan yang mati di dalam lokap atau penjara sedangkan semasa dimasukkan tahanan-tahanan tersebut sihat walafiat.

Polis bertindak menyerang peserta demonstrasi aman – hampir semua demo rakyat disembur dengan air kimia, gas pemedih mata dan ada yang dipukul dan ditangkap.\

Rakyat yang tidak dibuktikan bersalah terus merengkok di Kem Tahanan ISA.

Banyak sekali kekejaman Polis terhadap rakyat terutama ahli-ahli parti-parti politik.


Dua hari lepas sekali lagi Polis berlagak umpama samseng jalanan.

20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membelasah remaja Chang Jiun Haur dengan cota dan ditendang sehingga berdarah.

Chang Jiun, 21 dikatakan hadir di tempat pembinaan benteng konkrit dekat Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi bersama adik perempuannya dan dua lagi rakan lelaki.

Ketika memandu keluar dari tapak benteng tersebut pada kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, kereta beliau dikepung oleh anggota polis yang sebelum ini, menyeleraikan pergaduhan membabitkan penduduk BMC.

Alasan beliau dipukul kerana didakwa melanggar anggota FRU. Bagaimanapun, seorang pegawai polis yang membawa Chang ke Hospital Kajang berkata tidak seorangpun anggotanya dilanggar oleh kereta remaja itu.

Sementara media elektronik dan akhbar 'mainstream' secara besar-besaran serta menjadi berita utama melaporkan remaja terbabit melanggar anggota FRU dengan keretanya.

Laporan yang sering kali menyalahkan orang awam apabila berlaku tragedi sedemikian tanpa usul periksa memang kerap berlaku. Malah penduduk yang dipukul samseng juga dilaporkan secara memutar belitkan kejadian dengan menuduh penduduk bergaduh dengan pekerja.
Akhbar berbahasa Cina melaporkan lebih daripada 10 orang cedera parah dalam kejadian pergaduhan samseng dengan penduduk tersebut.

"Mereka terus menyerang penduduk terbabit. Kira-kira 10 orang dipukul dan tiga daripadanya adalah wartawan. Kamera juga turut dirampas," dakwa Pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan BMC, Tan Boon Hwa.

Penduduk BMC, Chin Kee Chong patah tangan kanannya serta turut cedera di bahagian kepala, manakala seorang lagi penduduk, Lee Ah Seng, cedera parah di kepalanya yang memerlukan tujuh jahitan.

Akhbar Inggeris ada menyiarkan jurugambar Utusan Malaysia, Roy Azis Abdul Aziz dipukul ketika beliau cuba mengambil gambar pergaduhan tersebut.

Sebaliknya media memanipulasikan berita mengatakan wartawan dipukul penduduk dan kemera mereka dirampas.

Bagaimanapun penduduk Selangor kali ini sangat bersyukur mempunyai pemerintah yang prihatin tentang nasib dan maruah mereka yang diaibkan sedemikian rupa.

Hal seumpama ini tidak berlaku dalam pemerintah Barisan Nasional (BN) yang lebih memihak kepada pemaju bila berlaku konflik antara kedua pihak.

Nikmat hidup sebagai rakyat yang dihargai pemerintah mula terasa sejak pakatan rakyat mengambil alih pemerintahan selepas pilihan raya umum lalu. Inilah pentingnya menyokong kerajaan berjiwa rakyat.

Kebahagian seumpama ini hanya dapat dikecap semasa pemerintahan khalifah Umar apabila mengarahkan tentera memerangi Yahudi yang mempersendekan dan mentertawakan seorang muslimat yang auratnya terdedah dikalayak ramai di pasar.

Wanita tersebut merasa terhina dan maruahnya dicabar lalu mengadu kepada pemerintah Umar. Lalu Umar mengarahkan tentera tersebut bertujuan memberi peringatan dan pengajaran bahawa rakyat di bawah pemerintahan Islam akan dibela maruah dan keaiban mereka.

Ini contoh negara Islam dan perkara inilah yang perlu diteladani oleh pemerintahan pakatan rakyat.

Dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan Selangor, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan menyiasat hubungan kumpulan samseng yang didakwa diupah oleh syarikat konsesi lebuh raya Cheras-Kajang sehingga menimbulkan ketegangan berdarah di BMC.

"Kerajaan negeri akan memanggil (mesyuarat agung tergempar atau EGM) untuk membuat audit terhadap Grand Saga Sdn Bhd untuk mendapatkan penjelasan aliran kewangan untuk mengupah samseng tersebut," kata Abdul Khalid.

"Jika ada bukti syarikat (konsesi lebuh raya) tersebut ada berbuat demikian, kerajaan percaya pegawai-pegawai termasuk pengarah syarikat boleh dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencedera," kata Abdul Khalid di Shah Alam, semalam.

Khalid berkata Selangor tidak boleh mengetepikan hak orang awam walaupun anak syarikat kerajaan negeri memiliki saham dalam Grand Saga.


Thursday, 29 May 2008

EZAM KEMBALI KE DALAM TONG 'TAIK'


Ezam Mohd Nor bekas pengampu Anwar Ibrahim kembali ke dalam tong 'taik' Umno. Tong 'taik' inilah yang menjadi sasaran serangan pidato dan ceramah Ezam sejak lebih sepuluh tahun lalu. Pelbagai nama cembungan yang diberikan Ezam kepada Umno dek kerana kemarahan Ezam kepada Umno lantaran Umno dan kerajaan Barisan Najis (BN) sanggup menghukum dan menyumbat Bossnya Anwar ke 'Universiti' Sg Buloh.

Namun hari ini Ezam 'swing' dan kembali masuk ke dalam tong 'taik' yang pernah menajiskan Anwar dari awal 80-an hingga 1998. Anwar sendiri gagal menyucikan tong 'taik' tersebut lantaran hebatnya tekanan dan cabaran di dalam tong 'taik' yang sebenarnya mustahil untuk dibuang baunya. Kini Ezam cuba pula menggunakan auranya untuk menyucikan Tong 'taik'.

Ezam mungkin ego dan perasan yang dirinya hebat dan berupaya untuk menyucikan tong 'taik' itu atau mungkin Ezam sendiri sudah berfikiran sama dengan penghuni-penghuni di dalam Tong 'taik'.

Selamat membasuh Tong 'taik' wahai Ezam 'taik'man.


Tuesday, 27 May 2008

ADUN DAP LEBIH FAHAM ISLAM DARI IMAM HADHARI?


ADUN DAP Kampung Tungku Lau Weng Sang nampaknya lebih faham Islam dari Imam Hadhari dalam bab kebebasan dan keadilan.

Dalam hujahnya ketika membentang usul tergempar mengkritik ISA, YB Lau berkata ISA jelas bertentangan dengan ajaran agama. Misalannya, ia bercanggahan dengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan seperti yang diterangkan dalam al-Quran, iaitu ayat 58 surah an-Nisa', ayat 15 surah as-Syura dan ayat 90 surah an-Nahl.

Apa yang jelas, penahanan seseorang tanpa perbicaraan merupakan satu bentuk pencabulan hak asasi manusia yang patut dikutuk dan dikritik sekeras-kerasnya, khususnya dalam kes ini di mana seorang wakil rakyat telah dinafikan hak dan kebebasannya untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat.

Lau berkata demikian ketika membentang usul tersebut yang berbunyi "Bahawa Dewan ini menetap untuk mengkritik penahanan Yang Berhormat Tuan M Manoharan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kota Alam Shah serta pemimpin-pemimpin Hindraf (Barisan Bertindak Hak-hak Hindu) dan aktivis-aktivis sosial yang lain tanpa perbicaraan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyeru Kementerian Dalam Negeri membebaskan tahanan-tahanan ini."

Dari hujah-hujah beliau diatas jelas beliau lebih memahami Islam dalam bab keadilan dan kebebasan berbanding Imam Besar Islam Hadhari, Pak Lah Badawi yang masih mengekalkan ISA yang tidak bertamadun.

Kita hairan bagaimana seorang yang mengaku hebat dan faham Islam masih mahu mengekalkan ISA yang jelas bertentangan dengan Islam.

MALULAH SIKIT KEPADA YB LAU WENG SAN YANG BELUM ISLAM TETAPI LEBIH MEMAHAMI KEADILAN DAN KEBEBASAN DALAM ISLAM.


ISU PULAU BATU PUTIH : BN SANGGUP GADAIKAN MARUAH NEGARA


Penolakan usul tergempar PAS tentang isu Pulau Batu Putih ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat. Malah tidak ada seorang pun Ahli Parlimen BN yang menyokong usul ini supaya dibahaskan.Itulah rupa sebenar Ahli Parlimen BN yang langsung merasa apa-apa dengan 'kehilangan' Pulau Batu Putih yang jatuh ke tangan Singapura.

Mereka tindak hairan jika negara tergadai sekalipun asalkan mereka dapat memuaskan perut dan 'bawah perut' mereka. Sebab itulah bila Imam Hadhari 'menggadaikan' Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) kepada Singapura tidak seorang pun pemimpin Umno dan BN yang menentang hasrat 'kurang siuman' Imam Hadhari tersebut.

Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme boleh menilai dan menghakimi sendiri sikap dan gelagat Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional ketika usul mengenai kehilangan Pulau Batu Puteh dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini."Ketika saya menggunakan peraturan yang memerlukan sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen bangun untuk menyokong supaya usul itu dibahaskan, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) bangun beramai-ramai sebagai tanda sokongan.

"Malangnya, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), khususnya yang mewakili Umno Johor, enggan bangun untuk menyokong supaya usul itu dibahaskan. Hebat Umno Johor."Saya sangat kagum dengan semangat patriotisme mereka sehingga enggan menyokong supaya isu kehilangan Pulau Batu Puteh dibincangkan!" kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang membentangkan usul tersebut.


Saturday, 24 May 2008

PADI ALI RUSTAM KELUARKAN HASIL 2 KALI DALAM MASA 4 TAHUN


Ali Rustam dalam blognya memberitahu sekelian rakyat Melaka bahawa kerajaan negeri berusahan untuk menambahkan pengeluaran beras.

Kerajaan negeri Melaka telah mengambil langkah-langkah awal sejak 4 tahun yang lepas iaitu langkah pertama dengan menubuhkan Syarikat Padi Melaka Sdn Bhd.

Syarikat ini diberi tugas untuk menyewa tanah penduduk yang tidak diusahakan dengan kadar bermula pada RM500 setahun. Sehingga kini syarikat telah 2 kali melakukan pengeluaran yang melibatkan 73.6 hektar di mukim Bukit Lintang, Semabuk dan Padang Temu.

Begitulah bangganya Ali Rustam menunjuk-nunjuk kepada kita kononnya Melaka telah lama mengorak langkah untuk menghadapi krisis kekurangan beras ini.

Malangnya Ali Rustam hanya memperbodohkan dirinya sendiri kerana padi yang 'ditanam'nya mengeluarkan hasil 2 kali dalam masa 4 tahun. Padi apa agaknya yang ditanam oleh Syarikat Padi Ali Rustam ini. Kalau nak diharapkan kepada syarikat ini untuk membekalkan beras kepada rakyat Melaka alamat kebulurlah kita semua.

Di Thailand padi mereka boleh mengeluarkan hasil 3 kali setahun tetapi padi Ali Rustam 'lagi hebat' iaitu 2 kali dalam masa 4 tahun.


GANI PATAIL JAGUH KAMPUNG


Keputusan ICJ yang memberikan hak kedaulatan Pulau Batu Putih kepada Singapura membuktikan kegagalan Gani Patail, Peguam Negara yang mewakili Malaysia dalam perbicaraan tersebut.Menurut pemerhati, hujah Malaysia amat lemah berbanding dengan Singapura.

Malah 'team' Malaysia kelihatan tidak melaksana 'homework' yang secukupnya bagi menghadapi hujah dan fakta yang dikemukakan oleh Singapura.Kegagalan Malaysia dalam isu yang sangat penting ini mencerminkan kelemahan Peguam Negara ini.

Maka kami rakyat Malaysia mendesak Perdana Menteri melantik individu-individu lain yang lebih berwibawa dan cerdik bagi menggantikan Gani Patail yang layak di panggil Jaguh Kampung.

Peguam negara hanya layak berhadapan dengan Halim-hakim tempatan sahaja kerana hakim-hakim itu sendiri ramai yang takut kepada Gani.

Jika Perdana Menteri gagal memecat Gani, rakyat Malaysia mahukan Gani sendiri meletakkan jawatan kerana maruah kamu telah tercalar dan imej kamu begitu buruk di mata rakyat.


ANWAR ULANGI LAGI, PAKATAN RAKYAT AKAN BENTUK KERAJAAN


Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengulangi sekali lagi bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan membentuk kerajaan baru kerana bilangan ahli parlimen BN yang akan sertai PR sudah lebih dari mencukupi.

Bercakap pada majlis makan malam anjuran PKR di Kuching malam tadi, Anwar berkata banyak perkara yang membuatkan ahli parlimen BN tidak berpuashati dan akan menyertai PR.

Malaysia, kata Anwar terus ketinggalan dari negara-negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan Vietnam dari segi ekonomi dan politik.

Sementara bercakap dalam majlis yang sama, Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Dr Jeffry Kitingan berkata sebilangan ahli parlimen BN akan menyertai PR pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan. Ia akan diikuti oleh Ahli Parlimen dari Semenanjung dan akhir sekali ahli parlimen dari Sarawak.

Anwar telah berulang kali mendakwa bahawa PR akan membentuk kerajaan pusat selewat-lewatnya 16 September depan.

PR telah membentuk kerajaan di 5 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan serta juga menguasai kesemua kerusi Parlimen di Kuala Lumpur kecuali Setia Wangsa pada PRU 12 8 Mac lalu.


Friday, 23 May 2008

BN GAGAL TUNAIKAN JANJI SELEPAS 50 TAHUN. PR BARU PERINTAH KURANG 100 HARI BERILAH PELUANG UNTUK MEREKA TUNAIKAN JANJI


Janji-janji Pakatan Rakyat dalam manifesto pilihan raya umum lalu memang menarik perhatian umum terutamanya para pemimpin BN. Daripada konsep negara kebajikan sehinggalah janji menurunkan harga minyak; janji-janji itu memang meletakkan BN dalam keadaan sukar.
PAS dan KeADILan di beberapa negeri seperti Selangor memberikan tawaran tambahan buat rakyat selain manifesto parti dan tawaran lima perkara di peringkat nasional.

Tawaran-tawaran tambahan Pakatan Rakyat di peringkat negerilah yang banyak menjadi sasaran politik BN.

Sebab itu sekarang BN menggunakan senjata medianya untuk mengelirukan rakyat kononnya PR gagal menunaikan janji mereka di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kelantan. Saban hari 'lagu' ini dimainkan di dalam media cetak dan elektronik.

Sedangkan kerajaan PR baru berumur tidak sampai 100 hari.(Dari tarikh angkat sumpah). Berilah mereka peluang.

BN muncul dengan manifesto pilihan raya bertemakan "Selamat, Aman, Makmur". Bagaimanapun manifesto BN itu tidak menarik perhatian sebahagian rakyat kerana ia adalah pengulangan janji-janji BN yang tidak tertunai sejak 4 hingga 53 tahun lalu.

Oleh kerana itulah, sejak hari pertama Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di lima buah negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor; para pemimpin BN khususnya Umno beriya-iya mahukan segala janji dalam manifesto Pakatan Rakyat ditunaikan. Antara tujuannya adalah untuk memberitahu rakyat bahawa bukan sekadar BN, malah Pakatan Rakyat pun gagal melaksanakan janji-janji pilihan raya mereka.

Mereka tidak peduli sama ada Pakatan Rakyat baru sehari, seminggu, sebulan ataupun 90 hari menerajui negeri berbanding setengah abad pemerintahan BN. Apa yang penting janji-janji itu perlu dilaksanakan segera, tanpa lengah dan tanpa mempedulikan apa saja termasuk perjanjian, peraturan dan undang-undang yang mereka gubal sendiri ketika mentadbir negeri.

Sikap kebudak-budakan ini tidaklah sukar untuk difahami. BN khususnya Umno belum lagi reda dengan kejutan tsunami politik yang melanda. Rasa malu dan getir kehilangan kuasa tidak mudah reda. Umno sendiri terumbang-ambing dengan kemelut politik dalaman yang tidak kesudahan.

Sehubungan itu, apa juga isu yang ada walau sekecil mana cuba dieksploitasi untuk mengalihkan perhatian umum terhadap masalah yang mereka hadapi.

Bagi para penyokong dan aktivis Pakatan Rakyat, janganlah pula menari mengikut gendang yang dipukul Umno dan BN. Ingatlah, empat daripada lima negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat masih lagi bertatih mengukuh tapak. Realitinya, semua kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat berjaya mengharungi mehnah besar sepanjang 60 hari pentadbirannya.

Kelicinan proses transmisi pentadbiran empat negeri terbabit perlu mendapat pujian. Itu lebih utama daripada janji-janji manifesto yang sebenarnya boleh dan mampu dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tempoh lima tahun pentadbiran.

Belum melaksanakan sebahagian kandungan manifesto ekoran kekangan undang-undang, birokrasi pentadbiran, ketiadaan peruntukan tahunan dan sebagainya bukan bererti memungkiri janji.

Masa yang cukup diperlukan untuk merealisasikan janji-janji manifesto itu. Pengubahsuaian yang dilakukan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor dalam pelaksanaan janji-janji manifestonya dibuat berdasarkan realiti dan keadaan semasa.

Langkah ini bukan bermakna Pakatan Rakyat memungkiri janji tetapi lebih mengamalkan kaedah usul fiqh - "jika tidak dapat semua, jangan tinggal semua".

Banyak 'sampah sarap' yang ditinggalkan bekas pentadbiran BN negeri perlu dibersihkan sebelum janji-janji manifesto dilaksanakan.

Ambil sahaja contoh perjanjian bekalan air yang ditandatangani kerajaan negeri dan syarikat terbabit sehari sebelum pilihan raya umum; dan kering kontangnya peruntukan RM500,000 bagi setiap Adun BN untuk belanja pembangunan bagi tempoh setahun, tetapi dihabiskan dalam masa dua bulan!

Ini tidak termasuk sikap murah hati bekas pemimpin badan kebajikan isteri wakil rakyat Selangor (Balkis) yang mendermakan hampir RM10 juta wang derma agensi kerajaan negeri kepada persatuan kebajikan isteri menteri kabinet!

Kita yakin dalam tempoh lima tahun pentadbirannya, kerajaan Pakatan Rakyat mampu melaksanakan janji-janji pilihan rayanya.

Dan antara janji-janji manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat Selangor yang tidak langsung disentuh BN adalah:
* memastikan semua pemimpin bersih daripada rasuah* menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri* menghentikan projek-projek membazir dan rugi* memastikan ketelusan pentadbiran negeri* menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan dan* melarang ahli-ahli exco terlibat dalam perniagaan.

Janji-janji pilihan raya di atas lebih utama dilaksanakan sekarang berbanding tawaran-tawaran kebendaan untuk rakyat (yang boleh dilaksanakan secara berperingkat) kerana ia akan menjadikan pemimpin-pemimpin Umno negeri seperti 'cacing-cacing kepanasan'.


PELACURAN DIGALAKKAN, PENGAJIAN AGAMA DIPANTAU


Pelacuran semakin berleluasa masjid semakin lengang. Itulah realiti yang dihadapi oleh umat Islam di Melaka.

Apa tidaknya semalam sebuah media mendedahkan bagaimana kegiatan pelacuran yang bermula sejak tahun 70-an masih gagal dibenteras oleh pihak berwajib di negeri Melaka ini. Malah dari sehari ke hari ianya bertambah.

Sekurang-kurangnya 8 hotel murah disekitar Jalan Bunga Raya, Jalan Jalan Kee Ann, Jalan Munshi Abdullah dan Kampung Jawa terus menjadi syurga pelaku-pelaku maksiat. Mengapa perkara ini dibiarkan oleh kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan JAIM dan lain-lain.

Pada masa yang sama kerajaan negeri dan JAIM begitu serius memantau masjid dan surau agar tidak menjalankan ceramah-ceramah agama yang dikatakan bersifat politik. Akibatnya masjid semakin sepi dan layu. Inilah sikap double standard kerajaan negeri dan JAIM.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab di dalam Blognya menggesa kerajaan negeri, JAIM, TNB dan PAM mengambil langkah-langkah drastik untuk mencegah penularan kegiatan maksiat ini.

KENYATAAN BELIAU DIPETIK DARI BLOGNYA mutaligat.blogspot.com :-

MBMB sebagai sebuah kerajaan tempatan semestinya berkuasa untuk menamatkan lesen sesebuah premis yang melanggar peraturan. Atau apakah MBMB memberi lesen untuk hotel menjalankan kegiatan pelacuran???

Begitu juga dengan Kerajaan Negeri, adakah Ketua Menteri dan Exco-exco takut untuk bertindak. Bukankah kerajaan negeri boleh meminta jasabaik TNB dan anak syarikatnya Perbadanan Air Melaka (PAM) memotong bekalan elektrik dan air ke premis-premis 'celaka' tersebut.

KERAJAAN NEGERI, MBMB, TNB DAN PAM MESTILAH MENGAMBIL TINDAKAN SERTA MERTA KE ATAS SEMUA HOTEL YANG MENJALANKAN KEGIATAN PELACURAN TERSEBUT. HANYA TINDAKAN DRASTIK SEPERTI MEMBATALKAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN, MEMOTONG BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK SERTA MENYAMAN PIHAK-PIHAK YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG MUNGKIN DAPAT MENYEDARKAN MEREKA.

JANGAN KITA MENGUNDANG BALA ALLAH DI ATAS MAKSIAT YANG DILAKUKAN DI DALAM NEGERI KITA.


Wednesday, 21 May 2008

SHAFEI APDAL SAJA YANG SIMPATI PADA TUN M



Hanya Shafei Apdal saja yang simpati kepada Tun M apabila mengeluarkan kenyataan yang Tun M tidak patut digelar duri dalam daging.

“Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan kerana Dr. Mahathir merupakan seorang negarawan yang banyak berjasa kepada pembangunan negara. Perkara ini memang tidak boleh kita nafikan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Semalam, Musa yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tindakan Dr. Mahathir meninggalkan parti bagaikan ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.

Nampaknya semua 'meriam' dihalakan kepada Tun M atas tindakan beliau keluar Umno. Namun di peringkat akar umbi Tun M masih mendapat sokongan. Malah lebih 300 orang ahli Umno di Kedah telah pun mengikut jejak Tun M keluar parti.

Malangnya anak Tun M, Mukhriz masih sayangkan Umno kerana mungkin berfikir bahawa jika beliau keluar Umno hasratnya untuk merebut jawatan Ketua Pemuda akan berkubur.


Tuesday, 20 May 2008

MUHYIDDIN AKUI TINDAKAN DR M GUGAT UMNO


Naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan parti itu semalam sebagai "kritikal".

Nampaknya Muhyiddin mengakui tindakan Dr M menggugat Umno.

Muhyiddin juga berkata tindakan Dr Mahathir itu "pastinya akan membawa kesan kepada beberapa pihak, maka anggota Umno perlulah berhati-hati supaya perpaduan orang Melayu tidak akan terjejas", lapor Bernama dari New York.

"Kalau semua orang mengambil tindakan sebegitu maka tiada orang lagi dalam Umno. Siapa yang nak berjuang untuk orang Melayu? "Bagaimana kepimpinan kita dalam Barisan Nasional dan kerajaan?" beliau dipetik sebagai berkata sebagai mengulas ura-ura anggota Umno cawangan di Johor bakal mengikut jejak Dr Mahathir.

Melahirkan perasaan terkejutnya dengan keputusan bekas presiden Umno itu, Muhyiddin menasihati anggota Umno supaya tidak tergopoh-gapah membuat keputusan yang boleh merosakkan parti, kedudukan orang Melayu dan negara.

Beliau berkata tindakan perlu diambil secara bijaksana dan berhemah supaya keadaan tidak bertambah buruk lagi.Muhyiddin, yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, berkata kepada pemberita selepas seminar Peluang Perniagaan Malaysia-Amerika Syarikat di negara itu semalam.

Beliau juga dilaporkan berkata, penting bagi anggota Umno menjaga keselamatan parti dan kedudukan orang Melayu kerana "parti komponen BN akan hilang keyakinan jika Umno terus bergolak."

"Kalau ada mesej daripada tindakan yang memeranjatkan ini, apa yang perlu dibuat adalah melalui proses demokrasi dalam parti melalui musyawarah, muzakarah dan perbincangan.

"Kalau mereka tidak puas hati ada caranya seperti proses pemilihan parti. Di situ ahli parti boleh memberikan cadangan yang perlu dibuat untuk menyelesaikan kemelut di dalam Umno," katanya seperti dilaporkan.

Namun Muhyiddin jangan lupa bahawa di sana ada lagi parti orang melayu dan Islam yang kuat dan gagah yang bakal menjadi tempat bernaung orang Melayu dan Islam. Bahkan orang Melayu pasti akan selamat dan gagah jika mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian tidak sebagaimana sekarang orang melayu berjuang atas dasar nafsu dan akal manusia semata-mata.


Monday, 19 May 2008

BERITA GEMPAR : MAHATHIR UMUM KELUAR DARI UMNO


Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Ini merupakan sesuatu yang diluar dugaan kerana sebelum ini beliau boleh dikatakan tidak pernah menyuarakan hasrat untuk keluar dari Umno. Bagaimana tidak diketahui apa pendirian Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir dalam isu ini. Apakah beliau turur keluar dari Umno untuk menyahut seruan bapanya.

Mahathir diberitakan berkata, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dr Mahathir berkata, beliau akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar.

Berucap dalam satu forum di Alor Sta pagi ini, Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.
"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presidenparti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003.

PM paling lama

Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia.

Dr Mahathir dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925. Beliau aktif dalam politik sejak 1954 melalui pembabitan dalam kempen anti-Malaysian Union.

Dr Mahathir menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan pada tahun berikutnya (1946). Dalam pilihanraya ketiga pada 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan.

Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada 1969 dan kalah dengan majoriti 989 kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa.Ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat dari jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai tahun berkenaan selepas beliau mengedarkan secara terbuka suratnya kepada perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir mengkritik cara Tunku mengendalikan pentadbiran negara yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina. Dr Mahathir kemudiannya dipecat dari parti pada 26 September 1969.Ketika itulah Dr Mahathir menulis bukunya yang bertajuk "The Malay Dilemma" di mana beliau cuba menjelaskan punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di Kuala Lumpur dan sebab-sebab mengapa orang Melayu ketinggalan di belakang dalam bidang ekonomi dalam negara mereka sendiri.

Dasar Ekonomi Baru

Buku tersebut diterbitkan pada 1970 dan terus diharamkan oleh kerajaan Tunku. Bagaimanapun, beberapa cadangan dalam buku tersebut telah digunakan oleh Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikan Tunku sebagai perdana menteri, dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asanya untuk mengambil langkah ekonomi yang afirmatif bagi menangani jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.Pengharaman buku itu kemudiannya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981.

Beliau menyertai semula Umno pada 7 Mac 1972, dan dilantik sebagai Senator pada 1973. Dr Mahathir melepaskan jawatan senator pada 1974 untuk bertanding dalam pilihanraya umum dan menang tanpa bertanding di parlimen Kubang Pasu, dan seterusnya dilantik sebagai menteri pendidikan.

Pada 1975, beliau terpilih sebagai salah seorang naib presiden Umno. Tun Hussein Onn kemudiannya melantik Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri pada 15 September 1978, dan dalam rombakan kabinet, turut melantik Dr Mahathir sebagai menteri perdagangan dan industri.Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 16 Julai 1981 selepas Tun Hussein Onn melepaskan jawatan perdana menteri atas sebab-sebab kesihatan.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang pertama yang bukan dari keluarga bangsawan atau diraja.

Malaysiakini


DARI BLOG MUTALIGAT : SIAPA PEMBOHONG, MENTERI ATAU PEMIMPIN HINDRAF?


Siapa sebenarnya yang bercakap benar, siapa yang menipu (pelawok kata orang Kelantan). Pemimpin Hindraf P Waythamoorthy yang mendakwa pasportnya telah dibatalkan oleh kerajaan Islam Hadhari atau Menteri dalam Negeri yang menyatakan pasport P Waythar moorthy masih 'hidup'.SIAPA YANG BENAR, SIAPA YANG PEMBOHONG.???

Kalau P Waythamoorthy menipu, itu dikira salah juga, tetapi kalau SYED HAMID YANG BERBOHONG ini satu perkara besar kerana seorang menteri berbohong. Sudah tentu kreadibilitinya boleh dipersoalkan.Wahai SYED HAMID, Sila nyatakan perkara sebenar, kamu yang berbohong atau P Waythamoorthy.

Kalau kamu yang berbohong sila minta maaf kepada P Warthamoothy dan rakyat Malaysia dan kembalikan pasportnya. Jangan kamu nafikan Hak Asasi Manusia yang sepatutnya diterima oleh P Waythamoorthy.Namun di negara kita menteri berbohong sudah menjadi perkara biasa kerana Imam Besar Islam Hadhari pun memang suka berbohong.

Ingat lagikah kita bagaimana beliau secara bersahaja menipu rakyat Malaysia sehari sebelum pembubaran Parlimen dulu. Mana ada parlimen bubar katanya tetapi keesokannya beliau mengumumkan Parlimen dibubarkan.Memang menjadi resam Umno, kalau tidak pandai berbohong tidak boleh jadi pemimpin Umno dan BN.

BLOG : www.mutaligat.blogspot.com


CERAMAH YB UST NASARUDDIN MAT ISA DI BUKIT KATIL 21 MEI


Seluruh rakyat negeri Melaka di jemput untuk menghadiri ceramah umum Timbalan Presiden PAS, YB Ust Nasaruddin Mat Isa (Ahli Parlimen Bachok ) pada 21 Mei jam 9.00 malam di Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil.

Turut berceramah bersama beliau pada malam itu ialah Ahli Parlimen Padang Serai, YB N Gobalakrishnan dan ADUN Bachang, Lim Jak Wong.

Di jangka ceramah ini akan memberikan impak yang besar kerana banyak isu-isu terkini yang melanda negara lebih-lebih selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat pada PRU 12 lalu.

Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amat dialu-alukan.


Sunday, 18 May 2008

NELAYAN KUALA SUNGAI MENDAKWA DITIPU KERAJAAN NEGERI


Janji Kerajaan negeri untuk menyediakan peruntukan RM540,000 untuk diagih-agihkan kepada 400 nelayan di Kuala Sungai Baru berikutan kerja-kerja melombong bijih timah di kawasan itu hanya tinggal janji.

Setiap nelayan dikatakan akan memperolehi RM1,600 sebagai bayaran permulaan dan jumlah itu akan ditambah jika kerja-kerja melombong di kawasan itu mendatangkan pendapatan kepada kerajaan negeri. (sumber : Blog Alirustam.com)

Namun janji ini tidak ditunaikan oleh kerajaan negeri sehingga nelayan terbabit terpaksa berdemonstrasi baru-baru ini.

"Semenjak kerja-kerja melombong dijalankan pendapatan nelayan semakin merosot, dimana sebelum ini mereka mendapat kira-kira RM300 sehari tetapi sekarang ini nak dapat RM150 pun sakit" kata salah seorang nelayan terbabit yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurutnya, kerajaan negeri jelas mungkir janji kerana sebelum ini janji ditaburkan kepada nelayan tidak ditunaikan.

"Mana kami nak cari duit bagi makan anak bini kami,pampasan yang dijanjikan pun tak dapat lagi" kata beliau dengan kesal.

Ini bukanlah kali pertama nelayan ditipu kerajaan negeri kerana sebelum ini nelayan Pantai Klebang juga diperdayakan oleh Ali Rustam dan kuncu-kuncunya sehingga memaksa nelayan terbabit menjalankan demonstrasi.

Kerja-kerja melombong bijih timah di kawasan tersebut dimulakan awal Mac lalu setelah diluluskan oleh kerajaan negeri.


SUKAN PASTI BUKIT KATIL 2008 MERIAH


Pesta Mini Sukan PASTI Kawasan Bukit Katil yang berlangsung pagi ini meriah dengan kehadiran kira-kira 500 pengunjung yang terdiri dari ahli-ahli keluarga pelajar, pimpinan-pimpinan PAS dan masyarakat setempat.

Kejohanan tahunan ini seperti juga tahun-tahun lepas disertai oleh hampir semua PASTI dalam kawasan Bukit Katil.

Dalam acara Bolasepak Johan tahun lalu, PASTI Al Kauthar, Ayer Keroh sekali lagi mempertahankan kejuaraannya apabila menewaskan PASTI Jaya Insan, Bukit Katil dengan 3-1 melalui sepakan penalti. Manakala acara Bolajaring di menangi oleh PASTI Ar Rahmah, Solok Gaong yang menewaskan PASTI Al Ikhwan, Melaka Baru.

Menurut Pengarah Program, Khairuddin Ismail kejohanan tahun ini dihadiri oleh lebih ramai ahli keluarga dan masyarakat setempat berbanding dengan tahun-tahun lepas.

"Saya mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak terutama guru-guru PASTI, Maahad Ar Rahmah dan semua AJK pelaksana program dan tidak lupa pada semua yang hadir" kata Khairuddin dengan bersungguh-sungguh.

Salah seorang pelajar PASTI Ar Rahmah yang ditemui Syakirin Khalid, 6, berkata beliau sangat gembira dapat menyertai pertandingan ini bersama-sama kawan-kawan.

Pertandingan kali ini seperti juga tahun lepas di adakan di padang Maahad Rahmah di mana ianya telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.20 petang.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah PASTI Negeri, Kadir Dewa; Timbalan Ketua Dewan Pemuda Kawasan, Ustaz Abu Bakar Ramle dan Khairuddin Ismail.

Gambar Johan dan Naib Johan acara bolasepak


Friday, 16 May 2008

NAZRI ARIFFIN DILANTIK PEMANGKU KETUA DPPK BUKIT KATIL


Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Nazri Ariffin dilantik sebagai Pemangku Ketua DPPBK yang baru menggantikan Ketua sebelum ini, Sofi Wahab yang melepaskan jawatannya atas faktor usia.

Nazri yang berpengalaman luas dalam Dewan Pemuda menjelaskan bahawa beliau bukanlah orang terbaik untuk menggalas amanah besar tersebut namun atas dasar amanah dan perjuangan Islam beliau menerimanya dengan berat hati.

"Saya mengharapkan sahabat-sahabat AJK DPPBK dapat membantu saya menggerakkan program kepemudaan demi untuk memastikan anak-anak muda menyokong dan simpati kepada perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS" katanya.

Sementara itu Jauhar Dawi pula dilantik sebagai Pemangku Bendahari DPPBK menggantikan Hj Hishamuddin Ismail yang keuzuran sejak Februari lalu.


MELAKA PERLUKAN PEMBANGKANG MELAYU DAN ISLAM


Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Nazri Ariffin berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka memerlukan pembangkang melayu dan Islam bagi membawa suara umat Islam di dalam DUN Melaka.

Menurutnya, tanpa pembangkang Islam isu-isu berkaitan agama Islam susah hendak diketengahkan oleh ADUN yang bukan beragama Islam.

"Nak harap pada wakil Umno, jauh panggang dari api, sebab mereka semuanya bersikap 'yes man' tukang angguk saja."

"Sudah lebih 50 tahun merdeka, Melaka belum pernah mempunyai pembangkang Islam, sebab itu isu-isu tentang kedaulatan dan kepentingan Islam tidak dibawa ke DUN" kata Nazri yang juga merupakan Penolong Setiausaha PAS Kawasan.

Beliau juga menjelaskan bahawa isu-isu penyelewengan dan bangsa Melayu boleh dibahaskan di DUN melalui wakil-wakil DAP dan ianya tidak menjadi masalah kerana selama inipun wakil-wakil rakyat DAP memang sentiasa bersedia untuk bertemu kita.

Tetapi bila mereka cuba mengutarakan isu berkaitan agama, mereka dihentam dan dicaci oleh Ketua Menteri dan wakil rakyat Umno kerana menurutnya DAP tiada untuk bercakap atas isu agama Islam.

Menurutnya lagi, banyak isu-isu agama seperti isu tanah wakaf dijual, isu wang zakat dan sebagainya masih tidak mendapat penjelasan dari kerajaan negeri.


SAMY VELLU SEORANG DIKTATOR


Presiden MIC yang tidak malu dan bersifat muka tembok (walaupun kalah pilihanraya lepas) terus menunjukkan kuasanya apabila mencadangkan seorang Ketua Bahagian MIC dipecat. Kesalahannya ialah mengkritik Samy Vellu.

Jelas sekali Samy memang seorang diktator yang tidak boleh dikritik. Semua yang dibuatnya betul belaka. Semua keputusannya pantang disanggah. Kalau disanggah alamat seseorang itu 'pendek umur'.

Sumber-sumber memberitahu akhbar internet Malaysiakini, bahawa CWC (Jawatankuasa Pusat MIC) sedang menimbang untuk memecat ketua bahagianKlang, Alex Thiagarasan semalam kerana membuat komen pedas terhadap Saamy yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times.

Alex telah menggelar Samy sebagai seorang "diktator, hakim, juri dan pelaksana hukuman" dan menyalahkan presiden MIC itu di atas masalah yang wujud dalam parti itu.

Cadangan Samy untuk memecat Alex dibantah oleh naib presiden MIC Tan Sri KS Nijhar dan sebahagian CWC.

Semasa mesyuarat MIC masih berlangsung semalam Nijhar kelihatan meninggalkan bilik mesyuarat dalam keadaan tergesa-gesa dan enggan bercakap dengan pemberita.

Beliau kedengaran menjerit: "Mana boleh anda pecat orang itu? Mengapa anda begitu kejam?"

Dalam sidang akhbar tersebut, Samy enggan mengulas perkara tersebut dan sebaliknya meminta wartawan bertanya sendiri kepada Nijhar mengenai perkara tersebut.

Itulah Samy Vellu pemimpin yang perangai lebih kurang sama sahaja dengan Imam Hadhari yang masih perasan anak buah masih menyokong mereka. Bongkak, ego, tak sedar diri dan perasan menjadi 'pakaian' mereka.


SELAMAT HARI GURU


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada seluruh guru-guru di Malaysia.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mendoakan semua guru-guru mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Kepada guru-guru yang telah meninggalkan kita, Dewan Pemuda PAS Kawasan mendoakan agar roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para anbia, syuhada dan muttaqin.

Jasry Jaafar
Setiausaha DPPBK


Thursday, 15 May 2008

SIASAT PERDANA JUGA JANGAN HANYA KARPAL


Pemuda PKR hari ini membuat satu laporan polis terhadap perdana menteri Datuk Seri Abdullah Badawi yang dianggap tidak menghormati Raja-raja Melayu.

"Kami amat tidak berpuas hati kerana ini menunjukkan perdana menteri cuba menderhaka kepada institusi istana," kata ketua angkatan muda (AMK) PKR dalam laporannya Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang dibuat bagi pihak Pemuda tiga parti dalam Pakatan Rakyat.Dalam laporannya di ibu pejabat daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini, Shamsul Iskandar merujuk kenyataan dan insiden sewaktu perebutan jawatan menteri besar Terengganu hujung Mac lalu.

Mengulas pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar baru Terengganu pada 23 Mac lalu sebagai ganti Datuk Seri Idris Jusoh yang menjadi pilihannya, Abdullah berkata istana Terengganu "tidak mengikut perlembagaan"."Semua Adun yang bilangannya agak besar itu tetap menyokong Datuk Seri Idris Jusoh. Itu satu perkara yang tidak ada perubahan dari segi sokongan.

"Dengan itu, maka sebarang lantikan yang dibuat terhadap orang lain itu, tidak kena dengan Perlembagaan," kata perdana menteri.Pada hari yang sama, sewaktu Ahmad menerima watikah pelantikannya, sekumpulan penyokong Idris dan 22 wakil rakyat BN berdemonstrasi membantah wakil Kijal itu dekat kediaman menteri besar Terengganu.

Beberapa orang daripada mereka menaikkan kain rentang yang menyebut "Kami nak Idris, natang". "Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.Shamsul Iskandar berkata tindakan ahli dan penyokong Umno itu seperti menyamakan Sultan Terengganu sebagai binatang."Ini merupakan tindakan yang biadap dan menghina raja-raja Melayu.

Kedua-dua tindakan ini memberi maksud perdana menteri dan Umno tidak menghormati kedudukan Raja-raja Melayu dan PM cuba menderhaka kepada institusi istana," katanya sebelum membuat laporan.

Shamsul Iskandar juga berkata, Abdullah sebagai presiden Umno mesti bertanggungjawab atas tindakan penyokong parti itu. Beliau turut meminta polis menyiasat dan peguam negara mendakwa perdana menteri dengan segera.

"Jika dalam tempoh seminggu peguam negara tidak menyiasat perkara ini, kami akan menghantar memorandum (kepada peguam negara) memprotes tindakan ini," katanya.Menurutnya lagi, laporan polisnya sebagai reaksi terhadap 20 laporan yang dibuat Umno dan badan lain terhadap pengerusi DAP Karpal Singh atas tuduhan menghina kedaulatan Raja-raja Melayu walaupun ahli parlimen Bukit Gelugor itu menafikannya.

"Mereka nak kumpul laporan banyak-banyak. Kita ambil pendekatan yang sama. Kita buat laporan," kata Shamsul Iskandar.Setiausaha Pemuda DAP Lok Sew Fook pula mendakwa laporan yang dibuat terhadap Karpal bertujuan memalingkan tumpuan rakyat terhadap krisis dalaman Umno semata-mata.

Pemuda PAS yang diwakili setiausahanya Ahmad Sabki Yusof pula berharap orang Umno tidak mempolitikkan isu Karpal."Mereka ini jangan main politik. Imbas semula perlakuan mereka (di Terengganu). "Lihat bagaimana Adun-adun Umno yang terang-terang menolak pelantikan (Ahmad) yang dibuat Sultan. Ini menunukkan sikap berpura-pura pemimpin mereka.

"Mereka mendakwa kononnya memperjuangkan kedaulatan Raja-raja Melayu. Sedangkan mereka juga mempertikaikannya," katanya.Turut hadir, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Malaysiakini


Wednesday, 14 May 2008

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT MESTI DIBENTUK DISETIAP UPU


sAJK Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Ahmad Rafa'i Hassan mencadangkan semua Unit Peti Undi di Melaka mempunyai Pusat Khidmat Masyarakat untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat.

Rafa'i dalam kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa, PAS Melaka mesti memulakan tugas berkhidmat kepada masyarakat sebagai satu cara untuk mendekati masyarakat agar semua rakyat sedar bahawa PAS keujudan PAS sangat diperlukan.

"Ada banyak khidmat dan amal yang boleh diberikan kepada masyarakat, contohnya pembayaran bil, kendarat, pasukan unit amal, kelas memasak, tuisyen, khidmat kaunseling dan sebagainya"

"PAS di semua UPU seluruh negeri mesti berusaha untuk menubuhkan Pusat Khidmat tersebut bermula dari sekarang. Mungkin di peringkat permulaan UPU boleh mencari dana, mengenalpasti tempat dan petugas, selepas setahun baru boleh tubuh, yang penting perancangan dan gerakerja mesti dimulakan" tegas Rafa'i.

Beliau berkata mana-mana cawangan dan UPU yang telah mempunyai pejabat yang strategik mungkin tiada masalah untuk menubuhkannya. Apa yang penting mereka perlu mencari petugas.

Menurut Rafa'i PAS Kawasan mesti menjadikan usaha menubuhkan Pusat Khidmat di setiap UPU sebagai KPI (Key Performance Indicator) kepada setiap MTD agar ianya menjadi kenyataan.

MTD pula menurutnya, mesti merangka pelan tindakan dari segi prasarana, kewangan, modal insan dan sebagainya.


CUBA TUTUP ISU LINGAM, USUL DITOLAK


Kerajaan di hujung tanduk BN terus mengamalkan sifat buruk cuba menutup isu Video Lingam kerana bimbang akan menjejaskan orang tertentu yang masih menjadi pengampu pemimpin sekarang.

Hari ini usul tergempar mengenai isu ini ditolak di parlimen. Usul itu dibentang oleh Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Usul Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membahaskan laporan siasatan suruhanjaya diraja - yang telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan belum didedahkan kepada umum - ditolak di peringkat dalam kamar yang dipetua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Keputusan yang dipertua Dewan Rakyat untuk menolak usul tergempar tersebut amat mengecewakan," kata presiden PKR, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, dalam satu kenyataan hari ini.

"Malah alasan yang dikemukakan jelas memperlihatkan percubaan kerajaan Barisan Nasional untuk menutup perkara yang berkepentingan umum ini dibahaskan dalam Parlimen.

"Tambahnya, usul tersebut perlu dibahaskan segera memandangkan jemaah menteri akan memutuskan sama ada laporan tersebut akan didedahkan atau sebaliknya kepada pengetahuan umum Jumaat ini.

Menurutnya lagi, Pandikar Amin memaklumkan bahawa penolakan usul tersebut menurut peraturan mesyuarat 18(5) yang menyebut "tidak lebih daripada satu usul boleh dibawa pada satu hari persidangan mesyuarat".

Wan Azizah berkata, yang dipertua memaklumkan bahawa terdapat satu usul lain daripada ahli parlimen Ipoh Barat akan dibahaskan hari ini.

"Kami berpendirian bahawa, sekiranya kerajaan Barisan Nasional bersungguh-sungguh ingin memulihkan integriti sistem kehakiman negara,... yang dipertua sewajarnya menangguhkan usul yang penting itu kepada keesokan hari, dan bukannya ditolak mentah-mentah dalam kamar," katanya lagi.

"Perbahasan usul tersebut dalam Dewan Rakyat penting bagi memulihkan kembali keyakinan umum terhadap badan kehakiman negara yang begitu teruk tercemar seperti mana didedahkan dalam video Lingam."


Tuesday, 13 May 2008

KETUA PENERANGAN PAS MELAKA LANCAR BLOGNYA SENDIRI


JEMPUT KE BLOG BELIAU DI ALAMAT mutaligat.blogspot.com.

MENURUTNYA BLOG TERSEBUT AKAN MEMAPARKAN PANDANGAN BELIAU TERHADAP APA JUGA ISU SEMASA TEMPATAN, DALAM DAN LUAR NEGERI.

BELIAU JUGA MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN, CADANGAN, ARTIKEL DAN BERITA YANG BOLEH DIMUATKAN DI DALAM BLOG ITU. SILA EMAILKAN KEPADA kpnmelaka@gmail.com UNTUK PERHUBUNGAN.


TAJOL ROSLI KURANG CERDIK


Sabtu lepas Ketua Pembangkang DUN Perak, Tajol Rosli Ghazali yang juga merupakan Menteri Besar yang ‘diterajang’ oleh rakyat Perak membuat pengumuman bahawa beliau tidak takut meletak jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu kerana beliau yakin boleh menang semula kerusi itu untuk membuktikan bahawa Barisan Nasional masih berkuasa di Perak.

Mungkin kerana marah atau ingin menunjukkan kejantanannya Tajol terlupa bahawa jika beliau meletakkan jawatan ADUN maka beliau tidak boleh bertanding Pilihanraya selama 6 tahun.

Sedarkah beliau akan undang-undang ini.? Beranikah beliau melepaskan jawatannya yang amat disayanginya itu. Sedangkan beliau sendiri sebelum ini tidak dapat menerima kekalahan dalam PRU 12 sehingga beliau cuba memujuk PAS untuk bergabung membentuk kerajaan negeri.

Jelas sekali Tajol kurang cerdik, patutlah Umno BN Perak pimpinannya 'diterajang' oleh orang Perak.

Selepas PRU lepas jelas sekali Tajol 'gila talak' untuk berkuasa semula. Pelbagai cara dan orang perantaraan digunakan untuk memujuk PAS menerima pelawaan membentuk kerajaan campuran.

Jelas sekali bahawa pemimpin Umno sehingga sekarang masih bermimpi dan mengingau dengan kekalahan ngeri mereka tempohari sehingga kata-kata dan kenyataan mereka sering tersasar dan mengelirukan.

Mungkin mereka masih terasa bahawa mereka masih memerintah di negeri-negeri yang ditawan oleh Pakatan Rakyat.

Kepada Tajol Rosli kita harapkan beliau mengotakan janjinya untuk meletakkan jawatan. Ini kerana perletakkan jawatannya itu memang sesuai pada masanya agar beliau bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk BN di Perak. Jangan beliau meneladani sikap Imam Hadhari yang masih sayang kepada kuasanya sehingga mukanya menjadi ’muka tembok’ terus memegang jawatan Perdana Menteri sedangkan kekalahan BN di lima negeri dan Kuala Lumpur adalah disebabkan kelemahan dan kedunguan beliau yang gagal memerintah negara.


JANGAN JADI ’YES MAN’ DAN PAK ANGGUK


BAGI saya, apa yang benar dan baik saya akan sokong tidak kira dari pihak mana, begitu juga yang salah, saya akan kritik tidak kira dari pihak mana.

Saya amat menentang prinsip "Satu Kapal" iaitu menilai isu mengikut kepentingan "kapal" yang saya naiki.

Saya suka mencontohi sikap Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang mengkritik apa yang salah tanpa mengira puak/golongan atau parti. Saya berharap semua pejuang-pejuang politik UMNO/PAS akan bersikap seperti ini dan marilah sama-sama menolak kefanatikan parti/puak/mazhab.

Itulah tulisan dan komen ABDUL HALIM HAFEZ dalam MSTAR.com. Pandangan tersebut memang sepatutnya dipertimbangkan oleh semua Tok Mufti yang kelihatan sering menjadi Yes Man terhadap apa juga keputusan kerajaan negeri dan pusat.

Resam ’Yes Man’ juga sudah menjadi darah daging kepada Umno. Sehingga sesiapa yang berani menentang orang atasan sudah pasti dicantas dan ditamatkan riwayatkan politiknya.


MASA SEMAKIN HAMPIR....BN AKAN JADI PEMBANGKANG?


Pak Lah semakin hampir menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Kenyataannya ini bakal berlaku tidak lama lagi.

Itulah fakta yang diyakini oleh Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim. Sejak sebulan lalu Anwar semakin menampakkan keyakinan bahawa akan berlaku Tsunami kedua iaitu Ahli-ahli Parlimen BN akan menyeberang ke dalam kem Pakatan Rakyat.

Semalam, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bermain teka-teki berhubung jumlah ahli parlimen BN yang akan melompat parti dan tarikh sebenar peristiwa besar itu akan terjadi.Beliau berkata pihaknya masih menunggu masa yang sesuai.

"Masa itu bergantung kepada keadaan (sokongan) Umno yang semakin sedikit. Sekarang mereka mulai panik dan memainkan sentimen perkauman, isu kelangsungan masa depan Melayu. Jadi kami rasa biar mereka sambung perdebatan itu. Kita akan mempertimbangkan pilihan kita."Perubahan besar begini tidak harus dilakukan secara tergesa-gesa. Kita harus beri ruang kepada pimpinan (Pakatan) untuk meneliti semua aspek.

"Dan baiknya ialah apabila kita berikan tempoh, ia dibahaskan di seluruh negara. Jadi dia tidak menimbulkan hal yang agak tegang," katanya di sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya petang tadi.Mengulas jumlah ahli parlimen BN yang sudah berada di pihaknya, Anwar menjawab: "Saya sudah jelaskan, biar Umno dan BN buat spekulasi masing- masing. Kita ambil langkah mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur dan kita akan umumkan pada waktu yang tepat."Bila sampai waktu, saya bagi notis," katanya, sambil ketawa kecil dan disambut ketawa beberapa wartawan.

Anwar juga berkata, terpulang kepada ahli-ahli parlimen itu sendiri jika hendak membuat pengumuman lebih awal meninggalkan BN. "Ada pilihan pada mereka untuk mengumumkan pada masa yang sesuai. Mereka bebas untuk mengumumkan bila masa yang sesuai. Tugas saya sebagai memimpin tiga parti hanya mengumumkannya mengikut jadual," katanya.

Tentang langkahnya bertanding dalam pilihanraya kecil untuk dilantik sebagai seorang ahli parlimen, Anwar berkata beliau mempunyai pilihan sama ada untuk bertanding sebelum atau selepas pembentukan kerajaan baru.

"Kita mempertimbangkannya kedua-duanya (pilihan). Berlawan dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan," katanya.Mengulas kenyataan menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kegiatan lompat parti sebagai tidak bermoral, Anwar menjawab perkara itu bergantung kepada keadaan."Yang dimaksudkan dengan tidak bermoral (oleh Nik Aziz) itu apabila ada kaedah membeli orang," katanya.

"Kita tahu proses pilihanraya banyak penipuan. Pilihanraya yang dilaksanakan pada 8 Mac itu penuh dengan penipuan termasuk pembatalan dakwat. Kerusi yang wajib dimenangi, dikalahkan dengan cara tipu-helah," tambahnya.

Beliau mengulangi kenyataan awalnya bahawa dasar lompat parti yang sedang diusahakannya tidak melibatkan duit tetapi kesediaan wakil BN mengikut agenda parti-parti pembangkang."Banyak ahli dan kawan kita daripada BN, termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak sedar bahawa berlaku penipuan pada pilihanraya lalu. Tiada harapan untuk perubahan atau reformasi yang bermakna dalam pemerintahan sekarang atau bawah kerajaan pimpinan Umno," katanya.

Ditanya tentang kemungkinan BN membubarkan parlimen untuk mengelakkan peralihan kuasa melalui langkah lompat parti, Anwar tidak menolak kemungkinan itu.Beliau berkata jika pilihanraya umum yang baru diadakan, beliau berharap ia tidak dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sedia ada."Saya yakin ia (BN) akan menyaksikan kekalahan cukup parah," katanya.

Sumber Malaysiakini


Sunday, 11 May 2008

KUDA TUA DICADANGKAN JADI KETUA PEMUDA UMNO


Kuda tua, Adnan Yaakub dicadangkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.

Kalaulah Adnan Yaakub ini diangkat menjadi Ketua Pemuda Umno, kita bimbang nanti pemuda-pemuda Umno habis menjadi samseng kerana Adnan terkenal dengan perangai samsengnya sepertimana beliau pernah menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong PAS semasa penamaan calon Pilihanraya Kecil Sanggang, Pahang beberapa tahun dahulu.

Selain itu Menteri Besar Pahang ini pernah mengatakan "Go to Hell" kepada wartawan ketika sessi perbahasan di dalam DUN Pahang.

Media melaporkan bahawa Pemuda Umno Pahang berpendapat bahawa Khairy belum sesuai untuk menjadi Ketua Pemuda dan mencadangkan beliau mempertahankan jawatan naib ketua yang beliau sandang sekarang.

Semalam, Utusan Meloya melaporkan bahawa kesemua 14 bahagian Pemuda Umno Pahang akan mencalonkan Adnan Yaakob bertanding jawatan ketua pergerakan tersebut.

Ketua Pemuda Umno Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob berkata, pihaknya beranggapan Adnan merupakan calon terbaik bagi mengisi jawatan berkenaan kerana beliau seorang yang berkarisma dan memiliki personaliti tegas yang sesuai bagi mengawal golongan muda dalam parti.

“Kesemua ketua Pemuda bahagian di Pahang telah bersetuju untuk mencalonkan Adnan dalam mesyuarat yang akan bermula Oktober depan,” katanya dalam laporan Utusan hari ini.

Menurut Khairuddin, Pemuda Umno kini berhadapan dengan krisis kepercayaan untuk memilih pemimpin baru berikutan ketua sedia ada, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut.


Saturday, 10 May 2008

APAKAH 'PELAKON-PELAKON' VCD LINGAM AKAN DIDAKWA?


Setelah Suruhanjaya Siasatan VCD Lingam melaporkan bahawa VCD tersebut adalah tulen, rakyat dan seluruh dunia menanti dengan seribu tanda tanya apa 'pelakon-pelakon' VCD dan nama-nama yang disebutkan di dalam 'adegan' itu akan dihadapkan dengan pelbagai tuduhan.

Tetapi jika kita merujuk kepada sejarah lama, sukar bagi untuk melihat ianya berlaku, kerana nama-nama yang disebut di dalam VCD adalah orang-orang penting dan ternama. Biasanya mereka ini 'imun' dan kebal.

Persoalannya adakah Imam Hadhari masih mahu meneruskan polisi melindungi orang-orang tertentu walaupun rakyat telah mula bangkit menghukum Imam Hadhari dan kuncu-kuncunya 8 Mac lalu.???

Sama-sama kita tunggu.


HEBAT BETUL POLIS MALAYSIA, SIASATAN TERHADAP KARPAL HAMPIR SIAP


Bagaikan kilat, Polis bertindak menyiasat Karpal dalam isu yang berkenaan 'penghinaan' Karpal terhadap Sultan Perak. Tahniah diucapkan kepada Polis.

Baru sahaja semalam Ku Nan dan pengampu-pengampu BN/Umno membuat laporan Polis hari ini Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang mengumumkan bahawa siasatan Polis hampir siap. Siang tadi dua orang Pegawai Polis hadir di pejabat guaman Karpal di Georgetown menyoal Karpal.

Tindakan Polis ini memang world class, semalam lapor hari ini hampir siap.

Kalaulah Polis dapat bertindak seperti ke atas semua laporan Polis yang dibuat oleh semua orang terutaman laporan rasuah terhadap pemimpin-pemimpin BN dan Umno sudah tentu negara ini akan lebih sentosa.

Kalaulah Polis dapat bertindak secepat ini terhadap kes-kes jenayah sudah tentu negara kita akan lebih Selamat, Aman dan Makmur.

Malangnya Polis hanya bertindak sepantas kilat terhadap kes-kes tertentu sahaja. Kes-kes yang melibatkan pemimpin kerajaan adakalanya tidak disiasat atau kalau siasat pun ala kadar sahaja.

Itulah Polis Malaysia, pengampu dan pen##lat Umno.


Friday, 9 May 2008

IMAM HADHARI PERDANA MENTERI YANG LEMAH


Pengerusi DAP, Karpal Singh menyifatkan Imam Hadhari sebagai Perdana menteri lemah. Oleh kerana kelemahannya itulah, kata Karpal, Imam Hadhari cuba mengalihkan isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, daripada isu perundangan menjadi isu perkauman.

"Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap perdana menteri dan timbalannya,Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya mereka masih mahu membuat kenyataan yang memfitnah saya," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Karpal berkata beliau menjangkakan perdana menteri sudah matang dalam politik tetapi sebaliknya (Abdullah) bersama-sama yang lain bertindak menyerangnya.

"Kenyataan yang saya keluarkan pada 3 Mei lalu sama sekali tidak berniat untuk menimbulkan kemarahan atau menyinggung mana-mana pihak terutama sekali Sultan Perak."

Jelas sekali, saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan mereka yang membuat laporan (polis) terhadap saya mesti bersedia menanggung akibatnya," katanya.

Karpal mendakwa, Abdullah cuba mengalih perhatian daripada kedudukannya yang semakin goyang sebagai perdana menteri ekoran desakan bahagian-bahagian Umno supaya Abdullah meletak jawatan, di samping berdepan dengan cabaran Tengku Razaleigh yang akan bertanding jawatan presiden Umno Disember ini.

Semalam tiga laporan dibuat terhadap Karpal berhubung kenyataannya itu.
Laporan polis itu dibuat oleh Umno, Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

Sebelum itu, Pemuda Umno Perak turut membuat laporan yang sama terhadap Karpal.


MESYUARAT AGONG PAS KAWASAN BUKIT KATIL 8 JUN


PAS Kawasan Bukit Katil akan menjalankan mesyuarat agong tahunannya pada 8 Jun depan di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil bermula 8.00 pagi.

Mesyuarat Agong Kawasan tahun ini amat penting bagi merangka hala tuju PASKawasan selepas PRU 12, 8 Mac lalu yang menyaksikan BN tewas di 2 DUN dalam kawasan Bukit Katil iaitu Ayer Keroh dan Bachang. BN juga hanya menang tipis kurang dari 2,000 undi di Parlimen.

PAS Kalah di kedua-dua kerusi yang ditandingi iaitu DUN Bukit Baru dan Ayer Molek.

Seluruh perwakilan cawangan-cawangan, dewan-dewan serta pemerhati dijemput hadir.


POLIS TERUS MENGGANAS


Dua kes yang berlaku dalam masa kurang dari 2 minggu cukup menggerunkan. Polis bertindak memukul wakil rakyat.

Di Melaka 1 Mei lalu ADUN Bachang YB Lim Jak Wong mendakwa dipukul oleh Polis ketika beliau ditangkap di Balai Polis Melaka Tengah.

Semalam, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dan pengerusi jawatankuasa buka jalan BMC didakwa dipukul oleh anggota polis berpakaian biasa.Ianya berlaku sejurus selepas Lim tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 10 malam untuk memberi sokongan kepada penduduk yang berkumpul di persimpangan Bandar Tun Hussien Onn dengan Lebuhraya Kajang-Cheras.

Nampaknya Polis belum insaf dan serik terus menunjukkan kekuasaan mereka dengan memukul bukan sahaja rakyat biasa malah Yang Berhormat (YB) pun mereka pukul.

Mereka masih mewarisi perangai Bekas Ketua mereka iaitu Rahim Noor yang memukul Anwar Ibrahim tahun 1998 dahulu.

Kerajaan BN mesti mencari jalan untuk memperbaiki imej Polis yang semakin tercalar walaupun pelbagai slogan manis diketengahkan sejak akhir-akhir ini.


Thursday, 8 May 2008

PEMIMPIN UMNO LEBIH HEBAT HINA SULTAN


Pemimpin Umno lebih hebat menghina Sultan berbanding orang lain. Penghinaan ini berlaku sejak dari dahulu hingga sekarang.

Malah kuasa raja-raja Melayu pun dihadkan oleh mereka dengan penggubalan undang-undangnya pada hujung tahun 90-an dahulu. Ketika itu Perdana Menteri yang juga Presiden Umno 'menelanjangi' Raja-raja Melayu dengan memburukkan mereka dalam media-media massa. Apa sahaja yang tidak dikatakan oleh mereka tentang keburukan Sultan-sultan. Semua rakyat masih ingat.

Baru-baru ini sekali lagi raja-raja Melayu di hina di mana Umno menentang keputusan Sultan Terengganu dan Sultan Perlis dalam isu perlantikan Menteri Besar kedua-dua negeri tersebut. Walaupun pada akhirnya mereka menerima Menteri Besar yang dipilih oleh Sultan. Mengapa ketika itu tidak ada laporan Polis atau herdikan dari sesiapa.

Kini heboh isu kebiadapan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, YB Karpal Singh yang membuat komen terhadap Sultan Perak yang menitahkan Menteri Besar Perak membatalkan pertukaran Jamry Suri. Bukan hebat lagi pemimpin Umno mencerca Karpal dengan pelbagai tuduhan. Karpal hanya memberikan pandangan, berbeza dengan pemimpin Umno yang jelas menyanggah dan menghina Sultan dalam kes-kes sebelum ini.

Masih ingatkah kita bagaimana Pengerusi Umno Kelantan, Annuar Musa yang menabalkan Tengku Ibrahim kerabat diraja Kelantan menjadi Sultan Kelantan hujung tahun 90-an dahulu. Adakah tindakan biadap Annuar tersebut tidak MENGHINA Sultan Kelantan.


Wednesday, 7 May 2008

JANGAN JADIKAN NAFSU MENJADI HAKIM


Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Melaka, Khirul Che Salleh menyarankan semua rakyat Malaysia supaya tidak menjadikan nafsu sebagai hakim.

"Jangan sampai kita menggunakan nafsu marah kita sehingga mengambil tindakan membelakangkan undang-undang yang ada di negara kita".

"Akibatnya nanti amat parah, sehingga ada yang tidak dibuktikan bersalah pun di ambil tindakan" kata beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Khirul juga menggesa satu siasatan menyeluruh dan terperinci dilakukan dan semua yang dibuktikan bersalah dijatuhkan hukuman setimpal supaya kematian Hatib dapat menyedarkan rakyat bahawa jangan mengambil tindakan terburu-buru dengan membelakangkan undang-undang yang ada.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu pembunuhan seorang buruh Hatim Leman , 35 di Kampung Belakang Kilang Ais dekat Kuala Perlis baru-baru ini.

Selain itu Khirul juga kesal kerana kerajaan BN hari ini masih mahu mengekalkan undang-undang jenayah penjajah yang tidak ada kena mengena dengan undang-undang Islam. Undang-undang ini ternyata gagal menggerunkan penjenayah kerana ianya tidak ada unsur-unsur keberkatan dari Allah seperti yang ada pada undang-undang Islam.

"Selagi undang-undang Islam tidak diamalkan selagi itulah kes-kes jenayah akan terus meningkat", kata Khirul.

Hatib dilaporkan dipukul hingga mati oleh sekumpulan 20 lelaki dihadapan isterinya Fazilah Muhammad, 31 yang masih dalam pantang.

Hatib meninggal 5 orang anak berumur antara 1 bulan dan 18 tahun.

Fazilah kini hilang tempat bergantung akibat kematian suaminya itu, apatah lagi beliau kini masih di dalam pantang. Mereka kini bergantung hidup kepada dua orang anaknya, Hayati, 17 yang bekerja di sebuah restoran dan anak kedua, Mohd Asri, 16, yang bekerja sebagai seorang nelayan.


SYABAS RPK


Raja Petra Kamaruddin (RPK) memilih untuk masuk penjara dengan tidak membayar ikat jamin.

Beliau sudah tentu berupaya membayar ikat jamin yang berjumlah RM5,000 dengan duit beliau sendiri atau duit derma rakyat, tetapi memilih penjara untuk memberi isyarat bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan mendakwa beliau.

Syabas RPK kerana berani menyampai bantahan senyap kepada pihak berkuasa yang jelas menggunakan undang-undang untuk melindungi seseorang.

Beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya.

Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dalam pembunuhan seorang wanita muda Mongolia.Raja Petra minta dibicarakan. Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.

Kes tersebut akan didengar pada 6 hingga 10 Oktober depan dan Raja Petra dibenarkan ikatmain RM5,000.Beliau bagaimanapun enggan membayar ikatjamin dan ditahan di Penjara Sungai Buloh.Kertas tuduhan itu memuatkan sembilan perenggan dalam artikelnya yang didakwa berunsur hasutan.

Pendakwaan dibuat oleh timbalan pendakwaraya Nordin Hassan manakala Raja Petra diwakili oleh sepasukan enam peguambela yang diketuai oleh Karpal Singh.
Malam tadi, beliau diminta menyerah diri di kompleks mahkamah Jalan Duta pada jam 9.30 pagi ini untuk menghadapi tuduhan menghasut.

Ketika beliau sedang menunggu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur apabila menerima panggilan telefon dari pihak polis pada kira-kira jam 10.20 pagi supaya hadir di mahkamah Petaling Jaya.Bercakap kepada pemberita di komplek mahkamah Jalan Duta pagi tadi, Raja Petra mendakwa, beliau menjadi mangsa pendakwaan politik.

Katanya, beliau tahu mengenai gesaan yang dibuat oleh seorang pemimpin Umno dari Petaling Jaya (Utara) kira-kira tiga minggu lalu yang mahu "mereka mencari jalan untuk menangkap saya".Berita mengenai kes Raja Petra itu cepat tersebar malam tadi dan pagi ini orang ramai berkumpul di kompleks mahkamah sebagai tanda sokongan terhadapnya.Turut hadir ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Ronnie Liu serta ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Jumaat lalu, Raja Petra dipanggil memberi kenyataan kepada polis berhubung artikel dalam blognya, Malaysia Today dua minggu lalu berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.Pada 25 April, Raja Petra menyiarkan satu artkel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' dalam blognya, Malaysia Today.

Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi itu.Najib kemudiannya menafikan perkara itu melalui setiausaha akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Rosmah juga telah menafikan dakwaan terhadapnya itu.Perbicaraan kes pembunuhan Altantunya sedang berjalan di Shah Alam.


Monday, 5 May 2008

KESAL PENANGKAPAN KE ATAS AHLI PARLIMEN DAN ADUN DAP


Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab menyatakan kekesalannya dengan penahanan 3 orang wakil rakyat DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him; ADUN Kesidang YB Goh Leong San dan ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong.

Penangkapan ketiga-tiga wakil rakyat merupakan suatu pencabulan kepada kedaulatan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat di mana tiada sebab yang jelas mengapa mereka bertiga di tangkap.

"Polis mesti menyatakan sebab mengapa ketiga-tiga mereka ditangkap kerana rakyat mahu tahu mengapa tindakan itu diambil. Apakah Polis boleh menangkap sewenang-wenangnya sesiapa sahaja tanpa sebab"

"Sedangkan wakil rakyat pun boleh ditangkap tanpa alasan munasabah inikan pula rakyat biasa" kata beliau ketika diminta mengulas isu ini.

Ketiga-tiga wakil rakyat tersebut ditangkap Khamis lalu di berdekatan Sekolah Tun Tuah. YB Lim Jak Wong telah ditangkap kira-kira jam 11.00 pagi. Selepas Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him dan ADUN Kesidang, YB Goh Leong San pula diarahkan memberikan kenyataan di Balai Polis Melaka Tengah dan mereka juga di tahan bersama-sama YB Lim di Balai Polis tersebut.

Lebih malang lagi Peguam ketiga-tiga YB tersebut, Damien Yeo telah dihalang oleh Polis bagi mewakili mereka ketika beliau sampai di Balai Polis tersebut kira-kira jam 12.30 tengahari pada hari yang sama.


RAJA BERUK TAK MAHU KOMEN ISU MEM'BERUK'KAN PESERTA DEMO BERSIH


Raja segala 'Beruk' di Malaysia tidak mahu komen terhadap kenyataan beliau yang MEM'BERUK'KAN rakyat yang menyertai Demo BERSIH tahun lepas.

Mengapa beliau tidak mahu komen.? Mungkin kita dapat menekanya kerana beliau telah malu kerana BN/Umno yang terpaksa 'tunduk' kepadanya dalam pemilihan calon pilihanraya umum ke-12 lalu kecundang teruk. Maka Raja Beruk malu untuk memperkatakan isu tersebut.

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Raja Beruk enggan menjawab bila diminta komennya terhadap cabaran supaya beliau memohon maaf kerana memanggil peserta perhimpunan Bersih November tahun lalu sebagai beruk.

"Tiada komen, terima kasih," kata Raja Beruk selepas berulangkali diminta mengulas cabaran tersebut, ketika ditemui di luar dewan Parlimen hari ini.

Minggu lalu, ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mencabar beliau memohon maaf terhadap kenyataan yang dibuatnya itu pada 7 November tahun lalu di perhimpunan Pemuda Umno.

Raja Beruk membuat kenyataan tersebut ketika menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap perhimpunan Bersih yang diadakan tiga hari selepas perhimpunan agung tersebut.

"Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihanraya umum," kata beliau ketika berucap menggulung perbahasan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC.

Contohi Hishammuddin Gobind berkata, Raja Beruk harus mencontohi langkah ketuanya, Hishammuddin Hussein yang memohon maaf kerana menghunus dan mencium keris di perhimpunan Pemuda Umno sebelum ini.

"Sebagai wakil rakyat dan ahli parlimen Rembau, seseorang itu bukan sahaja mewakili dirinya tetapi juga mewakili semua pengundinya, di samping menjadi naib ketua Pemuda Umno dan menantu perdana menteri, saya rasa beliau patut memohon maaf.

"Ini cabaran saya kepada beliau," kata Gobind dalam satu sidang akhbar minggu lalu, sambil menambah tindakan Raja Beruk menggunakan istilah beruk itu sebagai 'tidak boleh diterima".

"Anda tidak boleh memberi gelaran sesuka hati kepada orang lain."Bos beliau telah mengambil langkah pertama untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh Pemuda Umno terhadap rakyat Malaysia. Saya mencabar beliau (Raja Beruk) melakukan perkara yang sama. Lakukanlah perkara yang betul dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana berkata demikian," tambahnya dalam sidang akhbar tersebut.

Perbuatan memberi gelaran adalah satu kebiasaan dalam politik Malaysia. Yang terbaru berlaku minggu lalu apabila bapa Gobind, Karpal Singh, dipanggil 'beruk besar' oleh seorang penyokong kerajaan selepas Karpal memanggilnya "Bigfoot".


KU LI GUSAR PAS TELAH DAPAT TEMBUSI JOHOR


Bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah gusar kerana PAS berjaya memenangi 2 DUN di Johor.

Beliau menjangka pembangkang akan menyerang 'habis-habisan' negeri Johor - kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) - dalam pilihanraya umum akan datang."Jagalah negeri Johor ini kerana ia (Johor) akan diserang habis-habisan oleh lawan dalam pilihanraya akan datang.

"PAS telahpun menembusi kubu kuat orang Melayu ini dengan menang dua kerusi DUN (Sungai Abong dan Maharani)," katanya.Dalam pilihanraya umum lalu, BN kehilangan empat kerusi DUN dan sebuah kerusi Parlimen kepada pembangkang di Johor. DAP memenangi kerusi DUN Senai dan Sekudai. Kerusi parlimen tunggal itu diemanangi oleh DAP di Bakri.

Beliau mengingatkan demikian di majlis ceramah dan dialog bertajuk "Mengembalikan Kerelevanan Umno Di Hati Umat Melayu" anjuran Pemuda dan Wanita Umno Cawangan Bandar Bahagian Batu Pahat semalam, demikian menurut laporan Bernama.

Tengku Razaleigh yang juga ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata selepas kejayaan memenangi Selangor, Perak, Pulau Pinang serta Kedah dan mempertahankan Kelantan, pembangkang akan memperhebatkan "serangan" untuk menguasai lebih banyak negeri dalam pilihanraya umum akan datang.

Tengku Razaleigh berkata kekalahan BN terutamanya di tiga buah negeri yang disifatkan sebagai "kaya" seperti Pulau Pinang, Selangor dan Perak akan turut memberikan kesan terhadap keseluruhan pentadbiran kerajaan pusat.Pakatan Rakyat, kata ahli politik veteran Umno itu, yang kini berkuasa di lima buah negeri akan cuba memalukan Umno dan BN menerusi siri pendedahan tentang kesilapan yang dilakukan sebelum ini oleh kerajaan negeri yang diketuai oleh BN.

Katanya kerajaan negeri terlibat yang kini dikuasai pembangkang sedang berusaha untuk mencungkil dan menggali segala kesilapan yang dilakukan oleh para pemimpin kerajaan negeri BN terdahulu. Bagaimanapun, kata Tengku Razaleigh, Umno mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi tindakan oleh parti pembangkang itu.


Sunday, 4 May 2008

DAH TAK JADI MENTERI BARU SEDAR


Bukan main hebatnya Ong Ka Ting bercakap semalam. Lebih hebat dari pejuang etika kewartawanan. Ong berkata sekiranya tiada permit diperlukan untuk memulakan blog atau lamanweb, maka persoalan yang perlu diberi perhatian ialah mengapa permit mencetak akhbar masih diperlukan di Malaysia.

Bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu menegaskan bahawa kebebasan akhbar amat penting dalam demokrasi.Tidak kira apa juga peranan dan medium tempat mereka bekerja, katanya, MCA percaya para wartawan adalah komited kepada kebebasan akhbar.Ong menegaskan demikian dalam satu kenyataan sempena hari kebebasan akhbar sedunia hari ini.

Katanya, MCA menyokong cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar untuk menyemak semula peruntukan membaharui permit akhbar setiap tahunOng berkata, undang-undang yang ada sudah mencukupi untuk mengawalselia media cetak.

Oleh itu, katanya, langkah menyemak semula keperluan membaharui permit setiap tahun, pastinya mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kebebasan akhbar di negara ini.Beliau juga mengucap terima kasih kepada pihak media kerana turut memainkan peranan dalam pembangunan negara.

Katanya, pembaharuan undang-undang yang berterusan adalah penting bagi media cetak untuk terus kekal relevan dan berdepan saingan dari dunia internet.Jika tiada permit diperlukan untuk memulakan blog atau lamanweb, Ong berkata, persoalan yang perlu diberi perhatian ialah mengapa permit mencetak akhbar masih diperlukan di Malaysia.

Kini baru kau sedar rupanya, selepas tidak jadi menteri baru engkau nampak. Sebelum ni tak nampak ke?


WAKIL PARTI POLITIK MELAYU JUGA PATUT DI PANGGIL.


Wakil-wakil parti politik Melayu juga patut dipanggil untuk membentangkan kertas kerja dalam kongres permuafakatan Melayu yang berlangsung di Johor Bahru.

Ini kerana parti-parti inilah yang sebenarnya yang mencorak masa depan negara dan umat Melayu andaikata mereka dinobatkan sebagai pemerintah.

Umno yang telah memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun jelas gagal menjaga kedaulatan Islam dan Melayu.

Islam semakin hari semakin terpinggir, Bahasa Melayu semakin lesu, tanah orang melayu semakin berkurangan. Siapa punya angkara ini kalau tidak Umno.

Kini sudah sampai masanya orang-orang Melayu membuka mata supaya sedar bahawa bukan hanya Umno yang berupaya memerintah. 'Khurafat' bahawa hanya Umno boleh memerintah Malaysia mesti dilenyapkan terus.

Apakah orang Melayu belum sedar dengan kedurjanaan Umno yang memerintah selama ini sehingga orang Melayu semakin hilang kekuasaannya. Islam ke mana, Bahasa Melayu dan Tanah Melayu pun entah ke mana?


Thursday, 1 May 2008

NYAMUK 'PENDEKAR' LAWAN NYAMUK AEDES


Kerajaan Selangor membantah sekeras-kerasnya rancangan melepaskan berjuta-juta nyamuk "pendekar" untuk melawan aedes bagi mengawal peningkatan kes denggi, kata exco kesihatan negeri Dr A Xavier Jayakumar.

Sebuah syarikat Britain dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dilaporkan sedang merancang melepaskan jutaan nyamuk "pendekar" - yakni spesies jantan Aedes aegypti yang telah dijuruterakan genetiknya (GE) - di Pulau Ketam, Selangor untuk menguji keberkesanan kawalan biologi tersebut.Mengulas laporan media tentang rancangan tersebut, pengerusi jawatankuasa tetap kesihatan Selangor menyifatkan ujikaji itu "hentam keromo dan tidak terkawal dengan teknologi yang berbahaya.

" Kerajaan negeri membantah, kata Dr Xavier, kerana ujian-ujian lepas terhadap serangga GE telah menunjukkan kegagalan."Semua kajian IMR sebelum ini dijalankan di persekitaran yang dikawal sepenuhnya, maka tidak terdapat cara menilai mudarat ekologi dan dampak alam sekitar jangka panjang melepaskan nyamuk GE itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

IMR, sebuah institut bawah Kementerian Kesihatan, dengan kerjasama syarikat Oxitec Ltd, yang ada hubungan dengan Universiti Oxford, dilaporkan bercadang melepaskan nyamuk-nyamuk "pendekar" itu akhir tahun ini atau awal tahun depan. Ujian di pulau nelayan itu selepas kejayaan kajian peringkat makmal yang dijalan oleh IMR, lapor New Sunday Times hujung minggu lalu. Ujian lapangan itu bagi memerangi denggi yang menjadi penyakit bawaan vektor yang kian serius di negara ini.

Mulai 2003, penyakit ini meningkat 16 peratus setiap tahun. Pada 2004, kes kematian mencecah rekod tertinggi apabila 102 menemui ajal, manakala tiga bulan pertama tahun ini mencatatkan 9,800 kes dengan 25 kematian.Dr Xavier berkata sains menunjukkan mudarat ekologi akibat membebaskan organisme GE selalunya "tidak dapat dipulihkan lagi".

"Saya sangat khuatir mudarat yang mungkin timbul dan akibat jangka panjang yang harus dilalui oleh penduduk Selangor dan harga yang mereka bayar jika ujikaji ini mengalami kesilapan," katanya. "Kita harus faham bahawa dengan melepaskan nyamuk-nyamuk ini, kita tidak dapat menduga sejauh mana ia akan berkeliaran dan kemungkinan ia mengalami interaksi dan mutasi dengan ekosistem sedia ada.

"Semalam, Sahabat Alam Malaysia (SAM) turut membantah keras cadangan tersebut. Presidennya S M Mohamed Idris berkata apabila organisme yang dijuruterakan genetiknya dilepaskan ke persekitaran, ia tidak boleh lagi ditarik balik seumpama barangan yang dipasarkan.

"Kami mendesak kerajaan menghentikan semua kajian tentang aedes yang diubah genetiknya, termasuk ujian di lapangan, dan menyalurkan dana dan usaha kajian ke arah kaedah-kaedah mesra alam untuk mengawal denggi," katanya."Jika ia bercampur dan membiak silang dengan hidupan lain yang sama, atau lebih, berbahaya dengan aedes, tidak ada jalan untuk kita menghalang proses ini."

Malaysiakini


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59