Thursday, 10 April 2008

TAK LAMA LAGI DOLLAH DAN KUNCU-KUNCUNYA TERSUNGKUR?


Rundingan PKR dengan ahli-ahli parlimen BN "berjalan lancar" dan perkembangan lompat parti itu akan diumumkan "bila tiba masanya", kata seorang pemimpin kanan parti pembangkang itu."Mereka menunjukkan respon yang positif," kata naib presiden PKR Azmin Ali."Kita tidak menawarkan wang kepada ahli parlimen tersebut tetapi perjuangan untuk membela rakyat dan negara."Ahli parlimen Gombak itu berkata, wakil-wakil BN yang bakal menyertai PKR itu bertanggungjawab terhadap pengundi di kawasan mereka.

"Umno tidak lagi relevan kepada orang Melayu dan tindakan wakil rakyat tersebut untuk menjamin survival dan ketuanan Melayu," katanya lagi.

Tambahnya, ahli parlimen terbabit tidak meletakkan jawatan dan bertanding semula untuk menyertai PKR kerana mempunyai banyak pilihan berbuat demikian.

Menurutnya, PKR tidak mengejar masa untuk membawa masuk ahli-ahli parlimen itu kepada parti pembangkang. "Apa maknanya mereka terus berada dalam Umno kerana parti itu telah kalah dan tidak lagi diterima rakyat," tambahnya.

PKR juga, kata Azmin, akan menfailkan petisyen untuk membuktikan penyelewengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam mengendalikan pilihanraya umum 8 Mac.Beliau mendakwa, pihaknya mempunyai banyak bukti bahawa SPR melakukan penyelewengan dalam pilihanraya umum lalu."Kemenangan Barisan Nasional (BN) adalah melalui penipuan SPR," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Brickfields hari ini.

Tambah Azmin lagi, PKR akan meneruskan tekanan untuk memaksa pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya melepaskan jawatan.Katanya, PKR telah membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) baru-baru ini.

Sementara itu, Azmin berkata kira-kira 10,000 orang dijangka menghadiri majlis sambutan 'Gelita 14' yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di ibu negara, Isnin depan.

"Anwar akan menyampaikan ucapan perdana yang pertama selepas pilihanraya umum lalu. PKR juga mengundang pemimpin PAS dan DAP untuk majlis tersebut," katanya.'Gelita 14' disambut setiap tahun sebelum ini bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999.

Sambutan ini pada tahun-tahun awal 2000-an biasanya bersifat demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur anjuran aktivis Gerakan Reformasi dan penyokong PKR.Perhimpunan "Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat" kali ini berbeza, menurut seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR Badrul Hisham Shaharin.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59