Tuesday, 15 April 2008

'TAHI' HISHAMUDDIN MASIH MELEKAT DI MANA-MANA?


Satu lagi kes malang berlaku, nasib baik ianya tidak melibatkan kehilangan nyawa manusia kalau tidak siapa yang hendak bertanggungjawab dengan kehilangan nyawa tersebut.

Samy Vellu yang celupar sudah letak jawatan, namun Hishamuddin yang 'lembik' tetapi berlagak samseng menghunus keris masih bertakhta di 'singgahsana' Kementerian Pelajaran walaupun pelbagai kes yang melibatkan bangunan sekolah dan bangunan komputer sekolah.

Kegagalan demi kegagalan untuk memastikan keselamatan pelajar sekolah samada dari segi jenayah, pergaduhan, maksiat, bangunan runtuh dan sebagainay sedikitpun tidak memberi kesan kepada Imam Hadhari sebaliknya terus melantik "Ketua Puteri" Umno, Hishamuddin menjadi Menteri Pelajaran.

Kesemua projek-projek yang menggunakan kaedah Perundingan Pengurusan Projek (Projek Management Consultant, PMC) di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8) di Terengganu tidak selamat.

Ini kerana, bangunan sekolah dan dewan di bawah kendalian PMC merupakan projek 'mee segera' khusus diberikan kepada kontraktor-kontraktor yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan pemimpin Umno Terengganu ketika negeri ini diperintah oleh kerajaan PAS.
Kerajaan pusat ketika itu di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bertindak merampas hak Terengganu mendapat royalti Petroleum semata-mata kerana PAS memerintah tahun 1999 hingga 2004.

Peruntukan dana khas (wang ehsan) yang diambil dari hasil royalti itu disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) melalui Umno negeri bagi menguruskan kesemua projek-projek pembangunan termasuk pembinaan sekolah, dewan dan pagar di Terengganu.
Kini, berpuluh-puluh buah sekolah dan dewan di bawah kendalian PMC tanpa pemantauan Jabatan Kerja Raya (JKR) dianggap tidak selamat serta mengancam keselamatan nyawa ribuan para pelajarnya.

Kes terbaru, Sabtu lalu sebuah Dewan Serbaguna bernilai lebih RM2 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Tapai, Marang yang siap dibina tidak sampai empat tahun ranap secara tiba-tiba pada jam 8.30 malam.

Bangunan dewan tersebut siap dibina tahun 2004 dan mula digunakan pada tahun 2005 itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno Terengganu.
Sumber Harakah memaklumkan runtuhan itu dipercayai akibat struktur pada kekuda sendi bumbungnya tidak kukuh serta menyebabkan ianya tidak mampu menampung berat atap genting berkenaan.

Berikutan itu, satu notis penutupan dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) terhadap semua bangunan sekolah dan dewan yang dikendalikan oleh PMC serta merta selama satu bulan.

Tinjauan Harakah menemui ibu bapa serta orang ramai mengenai isu tersebut yang melahirkan rasa bimbang terhadap keselamatan nyawa anak-anak mereka.
Abdullah Said, 55, dari Kampung Wakaf Tapai terkejut dengan tragedi keruntuhan dewan serbaguna SMK Wakaf Tapai itu.

Katanya, bimbang kerana waktu itu para pelajar sekolah berkenaan sedang mengikuti kem selama tiga hari termasuk anaknya.

"Alhamdulillah, syukur anak saya dan semua pelajar terselamat dalam kejadian bumbung dewan runtuh Sabtu lalu.

"Apa akan terjadi jika waktu itu semua pelajar berada dalam dewan dan bumbung itu runtuh menimpa mereka," ujarnya.
Menurutnya, ketika kejadian tidak berlaku ribut atau angin kencang yang boleh menyebabkan bangunan itu runtuh.

Sementara itu, Aminah Yasin, 48, mahukan agar pihak berwajib segera menyiasat punca kejadian yang membahayakan nyawa para pelajar serta mendakwa pihak kontraktor tersebut.
"Kami (ibu bapa) mahu kerajaan siasat segera dan dakwa pihak kontraktor yang buat dewan itu kerana telah membahayakan nyawa anak-anak kami," ujarnya.

Katanya, pihak kontraktor hanya fikir untung tanpa memikirkan tahap serta mutu keselamatan bangunan yang dibina itu.

Dalam pada itu, Azman Razak, 43, dari Bukit Sawa yakin berlaku menyelewengan tertentu yang menjadi punca struktur bangunan tidak kukuh.

Katanya, kajian perlu dilakukan terhadap mutu serta bahan yang digunakan mengikut piawaian JKR atau hanya keuntungan pihak kontraktor.

"Kami mahukan siasatan terperinci dengan mutu bahan binaan yang digunakan dan saya yakin tentu ada penyelewengan di pihak kontraktor atau di peringkat PMC itu," ujarnya.
Sebelum ini, katanya pernah berlaku kejadian yang sama melibatkan keruntuhan bangunan makmal komputer di beberapa buah sekolah di Terengganu.

Ketika kejadian, sebahagian pelajar tingkatan empat dan lima sekolah berkenaan sedang mengikuti kem selama tiga hari yang diadakan di sekolah tersebut namun mereka terselamat kerana pada waktu itu para pelajar terbabit berada di kelas masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman mengesahkan dewan SMK Wakaf Tapai itu dibina menggunakan kaedah PMC.

"Saya telah minta pihak JPNT mengenal pasti setiap sekolah di negeri ini yang terlibat dengan pembinaan PMC kerana projek PMC tidak dipantau oleh Jabatan Kerja Raya Negeri (JKR).
"Dewan ini (SMK Wakaf Tapai) antara yang disenaraikan dibina menggunakan kaedah PMC," jelasnya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Sebelum ini, Harakah pernah melaporkan tentang keretakan pada bangunan dewan berkenaan tahun lalu tetapi tidak mendapat perhatian pihak berwajib bagi mengatasi masalah tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59