Friday, 18 April 2008

PERALIHAN KUASA BELUM TENTU UBAH SOKONGAN RAKYAT

Kenyataan bekas MB Selangor bahawa peralihan kuasa yang segera daripada Pak Lah kepada Najib akan dapat menyelamatkan Umno dianggap omongan kosong.

Ini kerana selagi dasar dan cara pentadbiran Umno tidak diubah selagi itulah rakyat akan tetap menolak BN seperti yang ditunjukkan pada Pilihanraya Umum lalu.

Siapa yang tidak kenal Najib semua orang tahu bahawa latarbelakang Najib jauh lebih teruk dari Pak Lah. Kita tidak pernah mendengar Pak Lah mempunyai skandal samada skandal peribadi, rasuah, penyelewengan dan lain-lain sebelum beliau menjadi Perdana Menteri. Keperibadian dan latarbelakang Pak Lah yang baik di mata orang Umno sebelum beliau bergelar Perdana Menteri menyebabkan beliau digelar Mr Clean.

Ini berlainan sekali dengan Najib yang dari dahulu dikenali sebagai antara pemimpin yang bermasalah. Paling baru Najib dikaitkan dengan isu Al Tantuya dan isu komisen pembelian kapal selam.

Najib juga dikenali sebagai teman rapat Rahim Thamby Chik yang semua orang tahu perangainya yang 'bagus' itu.

Andaikata Umno memilih Najib menggantikan Pak Lah maka ini memberikan senjata baru kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Malah Anwar telah lama mencabar Najib supaya menafikan dakwaan yang beliau terlibat dengan isu kapal selam dan Altantuya.

Pemerhati politik berasa yakin bahawa isu kapal selam dan Altantuya ini sudah pasti akan melemahkan Najib, Umno serta BN sendiri. Maka untuk menyelamatkan Umno bukannya mengangkat Najib menggantikan Pak Lah tetapi mencari alternatif lain yang dikira lebih baik dari Najib.

Maka pendapat Khir Toyo dalam blognya yang menyatakan Pak Lah mesti menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno kepada Najib dengan segera untuk menyelamatkan Umno adalah pendapat yang dangkal dan tidak cerdik.

Khir dalam blognya menyatakan bahawa dengan Pak Lah masih menjadi pemimpin nombor satu, mood di kalangan ahli Umno dan BN akan berada di tahap amat rendah dan amat sukar untuk BN menang.

Khir Toyo juga meramalkan satu pilihanraya kecil akan berlaku tahun ini bagi membolehkan Anwar ke parlimen.

"Keputusan hampir pasti akan menyebelahi PKR."

Apabila ini berlaku, kemenangan Anwar bukan sahaja menghancurkan keyakinan rakyat, terutama ahli Umno, kepada Pak Lah tetapi juga kepada Datuk Seri Najib (Razak). Umno hampir pasti hancur jika ini berlaku."

Kenyataan bangang Khir Toyo diteruskan lagi dengan berkata "Jika proses peralihan kuasa ini dilakukan segera, ia akan memberi ruang dan masa untuk Datuk Seri Najib melakukan sesuatu yang drastik, menyusun semula kabinet dan melakukan pembaharuan dalam parti."

Khir berkata jika kuasa diserahkan segera kepada timbalan Abdullah, "rancangan Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil pasti tergendala" dengan alasan sokongan ahli dan rakyat akan berubah kepada BN sebagai sokongan kepada Najib.

Khir Toyo ini memang tidak cerdik. Mungkin ada orang di belakang Khir Toyo yang menyebabkan Khir Toyo berani mengkritik Pak Lah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

mymoksha said...

KALAU KERETA DAH BURUK, TUKAR DRIVER PUN TAK KAN JD KERETA BARU. KERETA BURUK TETAP KERTA BURUK.

Bukan tukar pemimpin je yg penting, tukar sekali dasar, idealogi, pendekatan, sikap dan perangai buruk ahli2 UMNO dan pemimpin2 nya termasuk MT, Pemuda, Wanita, Puteri dan Putera UMNo Rempit. Jgn berngan la UMNo nak jadi baik atau bagus kalau semua ni tak bertukar. Kalau berjuang selain dari Islam atas nama apa sekalipun memang takkan berjaya. Perjuangan yang hanya utk duniawi mcm UMNO akan terus jd haprak dan kuno.

Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah.” (Riwayat ini sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi, lihat: Al-Mustadrak, 1/237, Beirut: Dar al-Ma’rifah).

wan ismail said...

Asmbth Dato Seri Khir.

Sabarlah dulu dan tunggu pemilihan UMNO untuk membuat keputusan sama ada Pak Lah perlu dikekalkan atau disebalkiknya. Jika ada percalonan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan lain-lain jawatan kita serahkan kepada bahagian yang menentukannya.

Sebagi ahli UMNO saya telah membuat tinjauan sama ada ke atas orang UMNO, PKR mahupun PAS. Kesimpulannya begini:-

1. Apakah Dato Seri Najib layak jadi PM selepas Pak Lah. Sedangkan Najib dituduh terlibat dalam rasuah menerima komisyen kapalselam. Dato' Seri Anwar selalu sebut secara terbuka dalam ceramahnya. Jika fitnah sila dakwa Anwar. Pak Lah mengatakan Najib tidak bersalah. Saya nak tanya apakah Pak Lah yang boleh menentukan atau Mahkamah yang boleh membuat keputusan ke atas Najib.

2. Pengawal Najib dikatakan terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Begitu juga penggunaan bahan letupan C4. Kenapa Najib tidak dipanggil untuk mendapatkan maklumat?.

3. Isteri Razak Baginda pernah berteriak bahawa suaminya bukan bercita-cita untuk menjadi PM dan kenapa suaminya dikambinghitamkan?.

4. Semua maklumat keluar/masuk Altantuya telah dipadamkan. Nampaknya siapa yang berani mengarahkan Ketua Jabatan berkenaan supaya padamkan maklumat keluar/masuk Altantuya ke Malaysia?. Soalan ini perlu disiasat dan pihak polis tidak boleh berdiam diri.

5. Kes khalwat dengan Zaina Zain telah dikaitkan dengan Najib di sebuah hotel/chalet di Negeri Sembilan. Apakah ianya fitnah?.

Oleh itu kepada Dato Seri Khir saya mencadangkan tokoh yang sesuai untuk menerajui UMNO seperti cadangan berikut:-

Presiden: Tengku Razaliegh.
Tim. Presiden: TS Mahyudin.

Naib-Naib Presiden:

1. Dato Hishamudin
2. Dato Seri Dr Zahid Hamidi
3. Dato Seri Khir Toyo.

Ketua Wanita: Dato Shahrizat
Naib Ketua: Dato Halimah

Ketua Pemuda: Dato Mukhriz

Sekian, terima kasih

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59