Wednesday, 16 April 2008

PEMUDA BUKIT KATIL KOMITED UNTUK DEKATI GOLONGAN MUDA


Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Bukit Katil (DPPBK) dalam mesyuarat agong keempatnya Ahad lalu menegaskan bahawa mereka komited untuk melaksanakan program mendekati golongan pemuda bagi menjayakan hasrat untuk menyelamatkan diri dari terjebak ke lembah maksiat dan hedonisme.

Kenyataan itu dinyatakan oleh Ketua Lajnah Sukan, Seni dan Budaya DPPBK, Puhat Bedol selepas mesyuarat tersebut.

"Kami khususnya Lajnah Sukan, Seni dan Budaya akan cuba sedaya upaya menggerakkan aktiviti kepemudaan dalam usaha kita mendekati golongan ini yang rata-rata tidak tahu arah tujuan."

"Banyak aktiviti yang boleh dijalankan dalam usaha untuk menarik mereka. Biasanya acara sukan, rekreasi, seni, pelancongan dan sebagainya memang menarik minat mereka. Cuma kita mesti mempunyai dana yang cukup untuk menjayakannya" tegas Puhat.

Dalam perbahasan usul dan cadangan pada mesyuarat tersebut beberapa orang perwakilan mencadangkan agar lajnah ini bergerak aktif mendampingi remaja dan golongan pemuda.

"Kita tidak boleh menjauhkan diri dari mereka, semakin jauh kita dengan mereka maka semakin susahlah untuk mendapat sokongan mereka" tegas Khairul Amalin dari Cawangan Ayer Molek.

Mesyuarat Agong tersebut berlangsung dalam suasana yang ceria dan mendapat sambutan yang lebih baik berbanding tahun-tahun lepas.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59