Tuesday, 29 April 2008

PAK LAH PENGECUT


Presiden Umno yang sekarang ini seperti cacing kepanasan, meminta semua bahagian UMNO tidak mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi membincangkan isu pemilihan pucuk pimpinan, sebaliknya memusatkan tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat.

Gesaan beliau jelas membuktikan bahawa Imam Al Hadhari Wal Badawi ini benar-benar rimas dan takut kerana semakin banyak Umno Bahagian yang berani mengadakan EGM bagi membincangkan kekalahan teruk BN/Umno pada PRU 12 lalu.

Imam Hadhari cuba memujuk hatinya yang lara dengan berkali-kali membuat dakwaan bahawa rakyat terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negara pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu, sedangkan sebenarnya kemenangan majority kerusi BN adalah disumbangkan oleh Sabah dan Sarawak. Sedangkan di Semenanjung BN/Umno sudah kecundang.

Kita ingin memberitahu Imam Hadhari bahawa selagi kerajaan tidak bersedia untuk berubah jangan harap rakyat akan kembali menyokong mereka.

Isu rasuah, kezaliman, kronis, nepotisem, pengalahgunaan kuasa, kelemahan pentadbiran dan lain-lain masih berakar umbi di dalam kerajaan. Sebab itu rakyat dan ahli Umno sendiri menolak Imam Hadhari dan Umno.

Rakyat terus tertekan dengan tindakan zalim kerajaan menggunakan ISA, AUKU, OSA, akta Polis dan sebagainya.

Rakyat terus menderita dengan kenaikan harga barangan yang tiada penghujungnya disebabkan kelemahan dan kelembapan kerajaan menanganinya. Rakyat nampak bahawa Imam Hadhari lebih banyak tidur dari melakukan kerja. Bila diajukan soalan, Imam itu akan menjawab semuanya Ok atau sila tanya menteri berkenaan.

Rakyat miskin terus miskin, pemimpin kaya terus membina kekayaan kerana dasar rasuah, kronsime dan nepotisme. Rakyat tidak lupa bagaimana anak, menantu, keluarga dan kawan-kawan pemimpin menjadi jutawan segera dengan tidak perlu bersusah payah.

Rakyat terus takut dan kecut dengan akta-akta zalim yang setiap saat menghambat rakyat seperti akta draconian ISA, AUKU, OSA, AKta Polis dan sebagainya. Rakyat diugut dengan kata-kata seperti “sesiapa sahaja boleh disumbat di bawah ISA”,” Pelajar akan ditahan dan dibicarakan dengan AUKU”; “perhimpunan HARAM” dan sebagainya.

Banyak lagi isu dan penderitaan rakyat yang tidak mampu untuk dicatatkan di sini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59