Thursday, 3 April 2008

MUKA TAK TAHU MALU


Imam Hadhari semalam menafikan spekulasi yang beliau akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Abdullah mengulangi pendiriannya yang beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri. "Saya masih di sini. Saya masih di sini. Saya masih di sini. Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan.

"Kerajaan saya mendapat majoriti besar (walaupun) bukan dua pertiga tetapi amat kukuh...itulah sokongan yang diterima. Takkan saya nak lari, tinggal saya punya tanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said di pejabatnya di Putrajaya.

Dia betul-betul pemimpin yang tidak tahu malu. Atau mungkin dia masih tertidur dan leka diulik mimpi atau masih mengigau.

Selepas pilihanraya umum 8 Mac, Abdullah berdepan dengan tekanan hebat, khususnya daripada kalangan ahli Umno, ekoran prestasi paling buruk BN sejak kemerdekaan.BN kembali berkuasa dengan memenangi 140 daripada 222 kerusi parlimen tetapi hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

BN juga kehilangan empat negeri kepada barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Kedah, Perak dan Selangor merupakan kubu kuat Umno, tetapi menyaksi ramai calon Umno, termasuk menteri, yang tewas.Manakala kerajaan PAS Kelantan pula berjaya mengekalkan pentadbirannya di negeri itu dengan tambahan kerusi Dewan Undangan Negeri.

Umno sendiri kehilangan 31 kerusi parlimen apabila memenangi 78 kerusi daripada 109 yang dimenangi parti tunggak BN itu pada 2004.

Mansuh kuota

Keputusan luar jangka itu mendorong pelbagai pihak dalam Umno mendesak perubahan besar-besaran dilakukan pada barisan kepemimpinannya, termasuk memansuhkan kuota pencalonan bagi memudahkan jawatan tertinggi parti ditandingi.Mengikut kuota tersebut, calon presiden memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian, timbalan presiden (20% atau 38 pencalonan),

Majlis Tertinggi (10% atau 19 pencalonan) manakala kerusi MT pula memerlukan 5 peratus atau 10 pencalonan.Di samping itu, bekas naib presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga menyatakan kesediaannya untuk mencabar Abdullah bagi jawatan presiden dalam perhimpunan Umno pada 16 hingga 20 Disember depan.

Tengku Razaleigh juga menghantar surat kepada kesemua bahagian Umno di seluruh negara, supaya mendesak pucuk pimpinan parti mengadakan perhimpunan agung tergempar untuk membincang kekalahan Umno dalam pilihanraya umum lalu.Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - dan anaknya yang juga exco Pemuda, Mukhriz - mendesak Abdullah meletakkan jawatan. Terbaru, kedua-duanya mengulangi desakan itu di majlis diskusi hala tuju Umno di Petaling Jaya semalam.

Tidak adil

Sementara itu Pengampu No.1 di Malaysia, Mike Tyson (Mat Taib) tidak habis-habis mengampu lantaran janji Imam Hadhari untuk memberikan jawatan menteri kepadanya ditunaikan.

Ketua penerangan Umno yang pernah melarikan anak Sultan itu berkata, bukan sahaja tidak adil untuk meminta Abdullah meletakkan jawatan, tetapi juga untuk menyalahkan beliau sepenuhnya bagi prestasi paling buruk BN."Amat tidak adil untuk berulang kali meminta perdana menteri meletakkan jawatan. BN telah menang dengan majoriti besar.

"Kita telah memenangi 140 kerusi dalam parlimen berbanding 82 (kerusi) oleh pembangkang. Sebagai perbandingan, kita hanya kurang lapan kerusi bagi (mendapat) majoriti dua pertiga," kata beliau, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, di Putrajaya petang tadi.

"Jika perdana menteri punca kekalahan kita, oleh itu kita sepatutnya hilang seluruh negara kepada pembangkang.

"Kita kalah kerana terdapat banyak faktor penyumbang lain seperti penggunaan blog dan laman web untuk menghentam BN," katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59