Tuesday, 22 April 2008

MAT SAID MULA NAK TUNJUK BELANG


Menteri Besar Terengganu yang dilantik oleh Sultan Terengganu bukan oleh Imam Hadhari mula menunjukkan belangnya.


Keberanian Ahmad Said patut dicontohi oleh Menteri Besar/Ketua Menteri kerajaan negeri pengampu yang lain iaitu Sabah, Sarawak, Perlis, Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.


Jangan nanti semua yang dilakukan oleh Imam Hadhari dan kerajaan pusat betul belaka. Seolah-olah kerajaan pusat 'maksum' tidak melakukan kesalahan.

Ahmad Said berkata semalam bahawa sejak wang ehsan diperkenalkan pada 2000, semua projek yang dilaksanakan tidak merujuk kerajaan negeri dan tidak mengambil kira keperluan rakyat.

Ahmad juga menggesa royalti lima peratus dikembalikan kepada kepada kerajaan negeri seperti sebelum perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad menukar wang royalti kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut "wang ehsan". "Ada projek yang kita rancang... kita akui.

Tetapi ada projek yang kita tidak rancang. Tiba-tiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat."Buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta. Kita hanya mengetahui tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya," kata Ahmad semalam.

"Ini yang menjadi masalah... sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan. Mereka menggunakan wang kita, jadi apabila kementerian yang buat ia adalah berasaskan kepentingan kementerian semata-mata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu.

"Ini menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri. "Saya cakap terus terang, ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah," katanya.

Ahmad berkata wang royalti diserahkan kembali, ia akan memudahkan kerajaan negeri merancang projek pembangunan menurut keutamaannya berbanding amalan sekarang yang memerlukan permohonan dikemukakan terlebih dahulu kepada kerajaan pusat.

Kritikan Ahmad Said ini menimbulkan rasa tidak senang Imam Hadhari, menyebab beliau terpaksa menempelak MB Terengganu itu.

Imam Hadhari terpaksa menafikan dakwaan menteri besar Terengganu bahawa wang royalti minyak yang disalurkan melalui kaedah "wang ehsan" tidak banyak membantu rakyat negeri itu kerana projek-projek pembangunan ditentukan di peringkat pusat.

Imam Hadhari berkata "ada satu kaedah yang telah kita buat dengan kewujudan wang ehsan ini, dan ini sebenarnya membantu rakyat negeri Terengganu selama ini,".

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59