Sunday, 6 April 2008

MAHATHIR BERI AMARAN : UNDI PAK LAH ANDA AKAN MUSNAHKAN UMNO. PAKATAN RAKYAT BERSEDIA UNTUK PERINTAH MALAYSIA


Mahathir memberi amaran kepada ahli-ahli Umno supaya tidak menyokong Pak Lah kerana sokongan kepada Pak Lah akan memastikan Umno musnah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan kepada 500 ahli Umno pada satu majlis di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Mahathir, Pak Lah mengambil mudah dengan merasakan bahawa beliau mendapat sokongan padu parti dan memberikan peluang kepada orang di sekelilingnya bercakap benar.

"Saya yakin jika kita tidak melakukan sesuatu dan membiarkan perkara ini berlaku, jika kita meneruskan sokongan dengan mencium tangan menunjukkan sokongan kita ....dan bila kita kita cuba pulihkan Umno sudah tentu mustahil untuk kita melakukannya " kata Mahathir.

Kunci kepada gerakan untuk memulihkan Umno ialah dengan bertindak berani dan memberitahu Pak Lah bahawa ini adalah masa untuk beliau berundur, kata Mahathir.

"Jika kita harap orang ini (Pak Lah dan pengikutnya) untuk memulihkan Umno, ianya tidak akan berlaku."

"Masih ramai ahli Umno yang tidak berani" tambah beliau.

"Jika seorang yang melakukannya, mungkin dia akan ditahan di dalam ISA tetapi kalau 1000 atau 100,000 orang sudah tentu tidak ada tempat untuk mereka ditahan" kata Mahathir.

Nampaknya hari ini perbalahan Mahathir dan Pak Lah semakin memuncak apabila Pak Lah buat pertama kali menghentam dan menyerang Mahathir.

Dalam sidang akhbar hari ini Pak Lah dengan nada marah tetapi masih bergaya lembik berkata,
"Jangan ingat saya lembik, tapi yang lembik ni pun ada juga yang takut," katanya dalam TV3 suku sebentar tadi.

"Jangan anggap orang lain bodoh semua dalam UMNO, ingat Khairy seorang saja yang cerdik, yang boleh mengatur semua yang ada dalam Umno?," katanya lagi.

Akhirnya kelembikan Pak Lah yang sebelum ini tidak menghentam Mahathir secara terang-terangan sudah sampai ke kemuncak.

Selepas sudah pasti akan ada tindakan yang lebih drastik dan mungkin tragis akan diambil oleh Pak Lah demi untuk menyelamatkan karier politiknya.

Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya. Yang penting bagi kita kukuhkan Pakatan Rakyat dan bersedia bila-bila masa untuk mengambilalih tampuk pemerintahan Kerajaan Pusat kerana semua perkara boleh berlaku.

Mungkin akibat dari perbalahan antara Pak Lah-Mahathir-Ku Li akan menyebabkan Ahli Parlimen, penyokong dan pimpinan Umno/BN menyeberang untuk menyertai Pakatan Rakyat. Maka di saat itu kita sudah pasti akan menjadi kerajaan.

Bersedia wahai pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59