Saturday, 26 April 2008

LANTIK HU PANG CHOW SEBAGAI SENATOR


Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kelantan atau Kedah yang diterajui PAS memilih Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chow sebagai calon Senator.

Selain itu beliau juga mencadangkan seorang lagi wakil dari Kelab Penyokong PAS India juga dipilih untuk jawatan sama.

"Perkara ini penting bagi membuktikan bahawa PAS adalah sebuah parti yang mementingkan semua kaum tanpa mengira agama dan bangsa" kata beliau kepada Blog ini pagi ini.

"Kini sudah sampai masanya PAS melantik wakil-wakil kaum bukan Melayu di Dewan Negara setelah golongan ini dilantik sebagai ahli PBT, Penghulu dan lain-lain di Kelantan" tambah beliau.
PAS katanya, mesti meneruskan agenda memberikan kebajikan merentasi agama, budaya dan kaum kerana dalam konteks Malaysia parti-parti perkauman sudah tidak relevan lagi sehingga sebahagian besar calon-calon Parti perkauman seperti MCA, MIC, Umno dan Gerakan di tolak rakyat di Semenanjung Malaysia.

"Kini orang Tionghua dan India tidak takut lagi mengundi PAS dan PKR manakala orang Melayu sudah tidak segan lagi mengundi DAP" tegas beliau dengan serius.

Di tanya siapa di kalangan kaum India yang layak dilantik sebagai Senator, Sofi menjawab Kumutha, bekas Calon Kelab Penyokong PAS pada PRU 12 adalah antara calon yang layak untuk dipertimbangkan.

Sejak akhir-akhir ini Kelab Penyokong PAS seluruh negara terus mendapat sambutan yang menggalakkan. Terkini Kelab Penyokong PAS telah ditubuhkan di Negeri Melaka Khamis lalu. Malah di negeri-negeri lain Kelab Penyokong PAS Cina dan India telah ditubuhkan sampai ke peringkat Kawasan Parlimen.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

sebol said...

Bukankah dia dah tolak tawaran Ustaz Azizan sebagai senator di kedah?

deli said...

kalau dia dah tolak kita lantik plak calon tunggal wanita dari kelab pas yang bertanding kat Negeri Johor tempohari..sapa ntah nama dia.

Anonymous said...

http://www.fendy1982.blogspot.com/

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59