Sunday, 20 April 2008

KOMEN DARI SESEORANG YANG MENGAKU AHLI UMNO


Asmbth Dato Seri Khir,

Sabarlah dulu dan tunggu pemilihan UMNO untuk membuat keputusan sama ada Pak Lah perlu dikekalkan atau disebalkiknya. Jika ada percalonan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan lain-lain jawatan kita serahkan kepada bahagian yang menentukannya.Sebagi ahli UMNO saya telah membuat tinjauan sama ada ke atas orang UMNO, PKR mahupun PAS.

Kesimpulannya begini:-

1. Apakah Dato Seri Najib layak jadi PM selepas Pak Lah. Sedangkan Najib dituduh terlibat dalam rasuah menerima komisyen kapalselam. Dato' Seri Anwar selalu sebut secara terbuka dalam ceramahnya. Jika fitnah sila dakwa Anwar. Pak Lah mengatakan Najib tidak bersalah. Saya nak tanya apakah Pak Lah yang boleh menentukan atau Mahkamah yang boleh membuat keputusan ke atas Najib.

2. Pengawal Najib dikatakan terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Begitu juga penggunaan bahan letupan C4. Kenapa Najib tidak dipanggil untuk mendapatkan maklumat?.

3. Isteri Razak Baginda pernah berteriak bahawa suaminya bukan bercita-cita untuk menjadi PM dan kenapa suaminya dikambinghitamkan?.

4. Semua maklumat keluar/masuk Altantuya telah dipadamkan. Nampaknya siapa yang berani mengarahkan Ketua Jabatan berkenaan supaya padamkan maklumat keluar/masuk Altantuya ke Malaysia?. Soalan ini perlu disiasat dan pihak polis tidak boleh berdiam diri.

5. Kes khalwat dengan Zaina Zain telah dikaitkan dengan Najib di sebuah hotel/chalet di Negeri Sembilan. Apakah ianya fitnah?.

Oleh itu kepada Dato Seri Khir saya mencadangkan tokoh yang sesuai untuk menerajui UMNO seperti cadangan berikut:-

Presiden: Tengku Razaliegh.
Tim. Presiden: TS Mahyudin.

Naib-Naib Presiden:

1. Dato Hishamudin
2. Dato Seri Dr Zahid Hamidi
3. Dato Seri Khir Toyo.

Ketua Wanita:
Dato Shahrizat
Naib Ketua: Dato Halimah

Ketua Pemuda: Dato Mukhriz

Sekian, terima kasih

Komen ini dihantar kepada kami oleh seseorang yang menamakan dirinya Wan Ismail

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

ape_kes said...

salam

saya tak rasa pun pemilihan yang dibuat oleh c konon2 nya ahli umno tu betul..entah-entah diaorg ni main tulis je nak mengaburi mata orang lain..cukup2 lah wahai pemuda pas.bn kalah pun aku rasa sebab rasa ketidakpuasan..tu je.dan pas takkan ada peluang tuk menang..bagusnya pas ni cuma satu penegak agama dan bukanya penegak bangsa dan tunggak kejayaan..

ermmm.........

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59