Friday, 11 April 2008

KINI BARU KAU SEDAR


Kini baru kau sedar bahawa kamulah yang menyebabkan kekalahan BN dan Umno, tetapi masalahnya kamu masih berdegil tidak mahu melepaskan jawatan.

Selain mengaku beliau sendiri antara punca kemerosotan BN dalam pilihanraya umum, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mendedahkan beliau menerima desakan negeri-negeri agar berundur."Ada (terima desakan), bukan semua (negeri) kata begitu.

Saya juga dapat laporan... "Takpelah mereka nak cakap... tentang undur apa semua... saya pun bukan orang yang nak kekal selama-lamanya dalam kepimpinan," kata perdana menteri lagi selepas pertemuan dengan badan perhubungan Umno Johor di sebuah hotel di sini.

Menurut agensi Bernama, Abdullah mengulas laporan bahawa pemimpin-pemimpin bahagian Umno di Kedah dan Pulau Pinang dalam pertemuan dengan jawatankuasa pengurusan, yang diketuai timbalannya Datuk Seri Najib Razak, semalam. Umno Johor hari ini, seperti diduga, secara lembut mendesak Abdullah berundur apabila menyarankan beliau menyediakan "pelan peralihan" kuasa kepada penggantinya.

BN mengalami kemerosotan luar biasa apabila gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, manakala lima negeri - termasuk Kelantan - jatuh ke tangan pembangkang.

Di Wilayah Persekutuan, BN hanya meraih satu daripada 11 kerusi parlimen. Selepas pilihanraya umum 8 Mac, kepemimpinan dan imej Abdullah terus tercalar apabila calon-calon menteri besar lantikannya di Perlis dan Terengganu ditolak mentah-mentah oleh Sultan masing-masing.

Awal bulan ini, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Abdullah memerintah di lima negeri sahaja, termasuk Sabah dan Sarawak, selepas "sembilan negeri" menolak kepemimpinannya.

Sembilan negeri itu: lima yang ditadbir pembangkang, Wilayah Persekutuan, Perlis, Terengganu dan Johor.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59