Wednesday, 16 April 2008

KHIR TOYO SANGAT BERANGAN UNTUK JADI TAUKEH BABI


Rupa-rupanya Khir Toyo sangat berangan-angan untuk menjadi taukeh babi bersama dengan orang kuatnya ADUN Tangjung Sepat, Karim Mansur. Tetapi angan-angannya berkecai kerana BN kalah pada Pilihanraya Umum lalu.

Sebab itulah Khir Toyo dan Karim begitu lantang menghentam kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dalam isu babi yang dibesar-besarkan oleh media pengampu BN.

Tembelang Khir Toyo dan Karim didedahkan oleh pemimpin MCA Dr Lee Chong Meng 2 hari lepas.


Hari ini Kerajaan Selangor pula mendedahkan foto-foto yang membuktikan pentadbiran BN sebelum ini berhasrat membangunkan projek ladang berpusat penternakan babi di Kuala Langat.


Exco kerajaan negeri Yaakob Sapari mendedahkan, antaranya, foto yang menunjukkan pemimpin Umno dan juga wakil rakyat Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor, berdiri di luar petak ternakan dengan tangan menunjukkan lambang "bagus".


Yaakob berkata foto itu diharapkan boleh menjelaskan kepada ahli-ahli Umno bahawa parti itu tidak menentang projek tersebut."Kita harap beliau (Karim) berhenti mempolitikkan perkara itu mulai sekarang," kata Yaakob petang semalam, selepas taklimat projek tersebut kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dari Kuala Lumpur dan Selangor.


Karim dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo antara ahli politik Umno yang lantang menentang projek itu yang didakwa diluluskan sejak pentadbiran kerajaan BN lagi.Selepas seorang pemimpin MCA mendedahkan pembabitannya beberapa hari lalu, Karim - bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir - mengakui beliau terlibat dengan beberapa lawatan di luar negara, termasuk Jerman, untuk mengkaji sistem moden menternak babi.


Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng dilaporkan berkata sebuah syarikat bumiputera berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.Karim dilaporkan pernah berkata projek itu akan menyebabkan masalah kerana daerah Kuala Langat akan dikenali sebagai daerah penternakan babi.


Yaakob sebelum itu turut memberikan taklimat mendalam kepada wakil media tentang projek tersebut yang dijangka disiapkan dalam tempoh dua tahun.Berbeza dengan laporan awal, Yaakob berkata kerajaan negeri tidak membiayai projek tersebut kerana ia dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta, usahasama antara Persatuan Penternak Babi Kuala Langat dan sebuah lagi syarikat yang tidak dinamakan.


Yaakob berkata, syarikat itu - yang dijangka melabur R360 juta - akan dinamakan kemudian. Dalam projek itu, penternak-penternak akan melabur RM125 juta.Beliau juga memberi jaminan ia tidak akan mencemarkan kawasan sekitarnya kerana ladang itu tertutup dan dilengkapi penghawa dingin, manakala sisa ternakan dikitar semula untuk kegunaan ladang.Mengulas bantahan penduduk Melayu di daerah itu, Yaakob berkata ladang itu akan dialihkan ke tempat yang lebih jauh daripada lokasi cadangan asal.


Beliau juga berkata projek itu akan dibangunkan di kawasan tanah bukan Melayu dan jumlah haiwan yang diternak dihadkan kepada 250,000 ekor.Ladang Tumbuk di Kuala Langat menjadi tumpuan kegiatan penternakan binatang itu dan menerima rungutan penduduk sejak bertahun-tahun. Karim, dihubungi Malaysiakini kelmarin, menafikan beliau membantah projek tersebut seperti dilaporkan media berbahasa Melayu.


Malah, katanya, beliau terlibat dalam usaha memodenkan projek penternakan babi bermula sejak 2002 lagi.Bagi mengatasi masalah ladang haram penternakan haiwan itu dan pencemaran yang dihasilkannya, projek pemodenan itu diperkenalkan mulai 2005.


Tambahnya, mereka bukan sahaja melawat Frankfurt (Jerman), tetapi meninjau juga Bangkok (Thailand) dan Amsterdam (the Netherlands).

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

4 Comments:

Nenos said...

Attention! See Please Here

aKuPunyAsUkA said...

KU SETUJU BANGAT DENGAN KOMEN ORANG KAMPUNG...
BN DAH SAH2 TENGAH BERKERJA... N TGK LAH SI BETTY...SIBUK KE P.PINANG..(KWSAN SPT BIASA..DITINGGALKAN) YANG JAGA KAWASAN DIA KETUA MENTERI KITA YANG RAJIN DAN KOMITED JUGAK...
APALAH NASIB ORG KOTA MELAKA... DAPAT WAKIL RAKYAT YANG HAMPEH..BAIK BAGI KERUSI TU KAT PAS..KIRA BOLEH GAK SUMBANG TENAGA DAN KOMITMEN..(LAGI BAIK LAH DARI DAP KAN...)AT LEAST ORG "KITA" GAK..ORG "MELAYU"..
BUAT WAKIL RAKYAT X KIRA PEMBANGKANG DAN BN.. BUATLAH KEJE..
JANGAN PANDAI NGOMPLEN ORG JEK..
BOSANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
NIASIB BAIK AKU X JADIK CALON PRU 12 HARI TUH AHAKS!!!

Anonymous said...

KENAPA SELANGOR TAK HARAMKAN JE LADANG BABI TERBESAR TU. THEN AFTER HARAMKAN JE AKTIVITI PENTERNAKAN BABI DI SELURUH SELANGOR. kALAU DEPA NAK MAKAN BABI BIAR DIORANG IMPORT. BIAR MAHAL.

TAK BOLEH KAH NAK HARAMKAN TERUS ??? ATAU SAMA JE ALASAN DENGAN PENUTUPAN KILANG ARAK KAT FEDERAL HIGHWAY TU ?

KALAU TAK BOLEH APA SEBAB DIA ? KALAU KORANG NAK TAU PKR NI SAMA JE MACAM BN .. TAKUT HILANG UNDI ORANG CINA !!! MEMANG MACAM KROMO JE BUNYI NYA TAPI ITULAH YANG BERLAKU.

PS: SAMA JE , RAKYAT YANG TERTIPU SENDIRI. MENENTANG BAYANG²

azam said...

Satu lagi usaha untuk menaikkan sentimen benci kepada PR. Jgn terpengaruh....

China beli babi Malaysia - * Harga termurah di Asia * Tampung permintaan tinggi negara itu

Oleh HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 18 April – Sekumpulan ahli perniagaan China baru-baru ini mengemukakan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport daging babi ke republik tersebut.

Ketua Unit Penternakan Babi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Beh Kim Hee berkata, cadangan itu dibuat kerana harga daging babi yang ditawarkan di ladang-ladang negara ini cukup kompetitif, malah antara yang termurah di Asia.

Sehubungan itu, katanya, beberapa syarikat dari China menyatakan minat untuk bekerjasama dengan penternak babi Malaysia bagi menampung permintaan daging babi yang semakin tinggi di negara itu.

“Beberapa syarikat menyatakan minat, tetapi kita tunggu dulu kunjungan wakil syarikat China itu ke Malaysia hujung bulan ini untuk membolehkan perbincangan lanjut.

“Setakat ini semuanya masih di peringkat awal dan tiada keputusan muktamad diambil,’’ kata Kim Hee ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar The Sun hari ini memetik laporan Nanyang Siang Pau yang melaporkan Malaysia dalam perancangan mengeksport daging babi ke China buat pertama kalinya.

Kim Hee dalam laporan itu berkata, urusan berhubung hal tersebut dilakukan dengan dua buah syarikat dari China selain usaha untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Beliau dipetik sebagai berkata, jika Malaysia dapat menjadi pengeksport babi ke China, para penternak akan berpeluang memperoleh pendapatan yang baik termasuk dari segi pertukaran wang asing memandangkan pasaran yang besar di negara itu.

China yang mempunyai penduduk lebih 1.2 bilion dilaporkan berhadapan dengan kekurangan bekalan daging babi berikutan permintaan yang semakin tinggi dalam kalangan penduduknya.

Ekoran taraf yang semakin baik, permintaan daging babi di negara berkenaan dilaporkan meningkat hingga China terpaksa mengimport daging babi dari Thailand, tetapi langkah itu juga dikatakan tidak mencukupi.

Malaysia sebelum ini turut mengeksport daging babi ke Singapura namun ia dihentikan selepas republik itu melarang import daging babi dari Malaysia berikutan penyebaran virus Nipah pada 1998.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Dr. Ibrahim Che Embong ketika diminta mengulas isu itu berkata, pihaknya belum menerima sebarang permintaan daripada para penternak babi berhubung penternakan besar-besaran untuk eksport ke China.

Dari segi dasar, ujarnya, hanya ladang ternakan secara moden yang dibenarkan ditambah manakala soal sama ada boleh atau tidak bilangan babi ditingkatkan terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

“Mengikut amalan, selaku tuan tanah negeri yang buat dasar mengenai penternakan babi. Negeri-negeri memang hanya menumpukan untuk menampung keperluan babi dalam negara. Sejak dari tahun 2000, sudah tidak ada eksport babi termasuk ke Singapura.

“Statistik menunjukkan jumlah babi di Malaysia berjumlah 2.6 juta ekor tetapi babi boleh ditingkatkan pengeluarannya dengan cepat.

“Haiwan itu boleh beranak tiga kali setahun dan setiap kali beranak, ia boleh melahirkan 11 ekor anak.

“Mungkin sebab itu para penternak merancang terlebih dahulu dengan syarikat China kerana mereka tahu jumlah babi boleh ditingkatkan dalam masa yang singkat,’’ katanya.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59