Wednesday, 16 April 2008

KERAJAAN BN GAGAL KAWAL HARGA BERAS, RAKYAT TERUS MERANA


Bahana menyokong BN terus menghantui rakyat Malaysia apabila harga beras melambung tinggi sejak Ahad lalu.

Ini kerana kerajaan BN yang memerintah tidak tahu menguruskan masalah beras. Oleh kerana kesilapan mengundi BN selagi lagi, maka rakyat Malaysia dihukum dengan kenaikan harga beras ini.

Media hari ini melaporkan bahawa harga beras di seluruh negara mencatatkan kenaikan mendadak antara 10 peratus hingga 20 peratus sejak Ahad lalu, dipercayai berpunca daripada peningkatan harga beras global.

Kegagalan kerajaan Pusat mengawal harga beras ini adalah disebabkan kita tidak mempunyai stok beras tempatan yang mencukupi untuk kegunaan domestik. Ini disebabkan banyak kawasan jelapang padi telah ditukar kepada menjadi kawasan industri.

Ini juga bakal terjadi di kawasan ZIPY di Kedah di mana beribu hektar kawasan jelapang padi akan ditukar menjadi kawasan industri petroleum jika BN terus memerintah Kedah. Nasib baik rakyat Kedah cerdik dengan menumbangkan BN pada pilihanraya umum lalu.

Tinjauan mendapati beras Super Special 5% Tempatan jenama Jasmine naik antara RM3 hingga RM4 sekampit dengan harga terbaru RM15.90 bagi kampit 5 kilogram berbanding RM12.90 sebelum ini dan RM28.80 bagi kampit 10 kilogram berbanding RM24.80.

Pemantauan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendapati ia berlaku di kawasan bandar di seluruh negara termasuk di Lembah Klang.

Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd. Yusof Abd. Rahman berkata, peningkatan harga itu perlu dibendung segera supaya tidak membebankan rakyat.

“Kita menerima laporan mengenai wujud kenaikan ini yang didakwa peniaga berpunca daripada peningkatan harga di peringkat global,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harga beras dunia yang kini berada pada paras AS$780 (RM2,464) setan metrik berbanding AS$360 (RM1,137) setan metrik pada akhir tahun lalu.

Harga tersebut dijangka meningkat antara AS$1,000 (RM3,160) hingga AS$1,200 (RM3,792) setan metrik dalam tempoh dua bulan akan datang kerana kesukaran memenuhi permintaan dan masalah untuk meningkatkan pengeluaran dalam masa singkat.

Kelmarin, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, kerajaan akan menambah stok beras negara yang kini sebanyak 600,000 tan metrik kerana ia hanya mampu bertahan untuk tempoh tiga bulan sahaja.

Mohd. Yusof berkata, orang ramai yang tidak mampu membeli beras mahal perlu beralih menggunakan beras gred super tempatan kerana ia dikawal oleh kerajaan.

“Tiada kenaikan terhadap beras jenis ini yang ditetapkan antara RM1.65 hingga RM1.80 sekilogram bagi harga runcit mengikut zon,” jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan perlu mengambil langkah meningkatkan kuantiti beras kawalan berkenaan berikutan terdapat aduan beberapa kawasan di seluruh negara berlaku kehabisan bekalan.

“Perkara ini tidak sepatutnya terjadi kerana ia menjadi alternatif kepada orang ramai yang tidak mampu membeli beras jenis lain yang semakin meningkat harga,” katanya.

Di ALOR STAR, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail berkata, harga beras di negeri itu naik kira-kira RM1 hingga RM2 sejak minggu lalu.

Menurut beliau, pejabatnya menerima lebih 100 panggilan telefon daripada pengguna yang mengadu kenaikan harga beras secara mendadak.

“Ada pengguna yang mengadu bahawa dia perlu membayar RM17.50 berbanding RM15.50 untuk sekampit berat 10 kilogram.

“Tinjauan saya juga mendapati banyak pekedai mendakwa mereka terpaksa menaikkan harga berikutan terpaksa membeli beras dengan harga yang mahal daripada pemborong,” ujarnya.
Menurutnya, Kedah merupakan jelapang padi negara dan masalah kekurangan beras tidak sepatutnya berlaku di negeri itu.

Di KOTA BHARU, harga beras gred super tempatan di sekitar bandar itu meningkat sebanyak 20 sen sejak minggu lalu, menjadikan ia kini berharga RM2.50 sekilogram.

Harga beras Siam pula meningkat secara mendadak iaitu antara 30 dan 40 peratus dengan beras gred A naik daripada RM2.50 sekilogram kepada RM4 sekilogram berikutan permintaan yang semakin bertambah dan kekurangan bekalan.

Harga beras tempatan dijangka terus meningkat berikutan kebanyakan penduduk yang menggunakan beras Siam mula bertukar kepada beras tempatan.

Tinjauan mendapati mendapati hanya sebilangan peniaga menaikkan harga beras gred super tempatan kerana bimbang dikenakan tindakan pihak berkuasa disebabkan bahan ruji itu adalah barangan kawalan.

Di KUANTAN, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang mendapati beras import seperti Basmathi mengalami kenaikan harga antara lima hingga 20 peratus sejak krisis pengeluaran barangan makanan itu berlaku.

Kecuali beras import, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung kekurangan bekalan gred super tempatan di Pahang.

Pengarahnya, Abu Samah Shabudin berkata, orang ramai perlu faham, kerajaan hanya mengawal harga beras gred super tempatan yang mengandungi 15 peratus kandungan beras hancur dan ke bawah.

“Kita tidak mengawal harga beras import seperti jenis Basmathi,” katanya.
Di SHAH ALAM, tinjauan mendapati beras-beras import seperti Basmathi Super Special naik antara RM1 hingga RM4 sekampit.

Seorang peruncit di Seksyen 8, Nartini Mustar, berkata, beliau agak terkejut apabila melihat harga pada kampit-kampit beras yang baru sampai di kedainya tiga hari lalu naik mendadak.

Menurutnya, bagi beras Super Special 5 % Tempatan jenama Jasmin naik antara RM3 hingga RM4 sekampit dengan harga terbaru RM15.90 bagi kampit lima kilogram berbanding RM12.90 sebelum ini dan RM28.80 bagi kampit 10 kilogram berbanding RM24.80.

“Pelanggan-pelanggan juga merungut dengan kenaikan yang mendadak bagi beras jenama tersebut yang menjadi pilihan ramai,” katanya.

Bagaimanapun di Johor Bahru dan Kuching, tinjauan mendapat harga beras masih kekal pada paras biasa.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

Ye la tu. Aku nak tanya kat PAS sekarang ni, cubalah korang perintah sikit. Barulah korang semua tahu yang betapa susah. Wei, bukan jer Malaysia yg naik harga beras tapi satu dunia sedang di landa krisisi makanan. jadi semuanya naiklah! bodoh!!! Sah PAS parti yg memfitnah owang. Semuanya auta. Islam Hadhari tak ada yang mengatakan bahawa blh membuka aurat. Wei, sapa yg wat blog ni memang katak bwh tempurung. Pegi beli buku ISLAM HADAHARILAH. wei pengerusi alumni Universiti Azhar pun mengakui yg bhw Islam Hadhari itu bagusu kotak tulis pon bahalol!

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59