Thursday, 24 April 2008

KELAB PENYOKONG PAS MELAKA DILANCARKAN


Kelab Penyokong PAS Melaka dilancarkan sebentar tadi oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, YB Dr Mujahid Yusof Rawa di perkarangan Pejabat PAS Negeri Melaka di Semabok.


Setelah sekian lama ianya dinantikan, akhirnya Kelab Penyokong PAS menjadi realiti apabila En Lim Swee dilantik sebagai Pengerusi kelab tersebut sebentar tadi.

Dr Mujahid dalam ucapannya melahirkan rasa syukur dan gembira kerana PAS Melaka akhirnya berjaya melahirkan Kelab tersebut setelah negeri-negeri selesai menubuhkannya bermula sejak tahun 2005 lagi.

"Insya Allah dengan penubuhan kelab ini di Melaka, PAS Melaka akan berjaya menarik lebih ramai kaum Cina dan India untuk mendekati PAS dan seterusnya berjaya meraih sokongan mereka dengan lebih baik lagi, lebih baik dari yang dizahirkan semasa pilihanraya umum baru-baru ini".

"Kita merasakan bahawa penubuhan Kelab Penyokong PAS di Melaka ini akan menyemarakkan lagi sokongan kaum bukan Melayu kepada PAS" kata Mujahid yang juga merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.

Encik Lim Swee telah dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS Melaka dan beliau telah menerima surat watikah perlantikan dari YB Dr Mujahid dalam majlis tersebut.
Dalam ucapan ringkasnya Encik Lim Swee mengharapkan semua pimpinan dan ahli PAS dapat membantunya menggerakkan Kelab Penyokong PAS Melaka bagi menarik lebih ramai kaum Bukan Melayu menyertai Kelab Penyokong PAS Melaka ini.
"Kita yakin PAS akan memenangi kerusi pada Pilihanraya akan datang dengan bantuan Kelab ini" tegas beliau dengan penuh semangat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, pimpinan-pimpinan PAS Negeri; aktivis Persatuan Penternak Babi Paya Mengkuang, Encik Lim Oh Pah; Aktivis masyarakat India, Encik Karupaya serta masyarakat Tionghua dan India dari seluruh negeri Melaka.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

sebol said...

Saya tiba lambat, orang dah habis makan, jadi saya ke Sebatu..

Pengasas: said...

Salam semua!
Tahniah kepada Kelab dan PAS negeri. Ya akhi ustaz Abd Ghani! Enta gada'.
Salam!

wan ismail said...

Syabas kepada Kelab Penyokong PAS.

Saya ingin mencadangkan kepada pemimpin PAS khususnya Dewan Pemuda PAS Bukit Katil supaya cadangan saya ini diberi perhatian dan pertimbangan oleh pemimpin PAS.

Pada masa ini kita tidak boleh nafikan bahawa kemenangan PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana sokongan orang-orang cina dan india disamping kerjasama antara PKR dan juga DAP.

Orang-orang PAS ramai yang mengundi calon PKR/DAP dan begitu juga orang-orang DAP juga telah mengundi PAS dibawah Pakatan Rakyat (PR)sebelum ini dpanggil Barisan Alternatif (BA).

Untuk menarik sokongan bukan islam saya ingin mencadangkan supaya penubuhan Dewan Non-Muslim PAS hendaklah ditubuhkan untuk menggantikan Kelab Penyokong PAS bagi membolehkan orang-orang cina dan india/dll boleh menjadi ahli PAS

Peranan Dewan Non-Muslim PAS samalah macam Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS. Maksud saya Dewan Non-Muslim PAS boleh memilih untuk melantik Ketua/Naib Ketua/Setiausaha/Bendahari/AJK . Jawatankuasanya boleh mengadakan aktiviti dan propgram kepada masyarakat mereka berdasarkan kelulusan dan persetujuan PAS Pusat.

Dalam Dewan Non-Muslim PAS boleh ditubuhkan Biro kaum misalnya Biro Kaum Cina , Biro Kaum india, Biro Bumiputra Bukan Islam Sarawak/Sabah dll.

Saya rasa sudah sampai masanya orang-orang bukan Islam boleh menyertai dan menjadi ahli PAS di bawah Dewan yang saya sebutkan tadi.

Jika UMNO mempunyai ahli bukan Islam misalnya Kadazan, Siam boleh menyertai dan menjadi ahli UMNO begitu juga PKR mempunyai ahli terdiri daripada orang-orang cina dan india, maka sudah sampai masanya PAS boleh memberi peluang kepada Non-Muslim menjadi ahli PAS melalui Dewan Non-Muslim.

Jika diadakan Muktamar PAS, Dewan Non-Muslim PAS boleh menghantar wakilnya di bawah kapasiti Dewan Non-Muslim PAS. Walau bagaimanapun terpulanglah kepada pimpinan PAS untuk memberi nama yang sesuai untuk Dewan Non-Muslim PAS.

Dengan tertubuhnya Dewan Non-Muslim PAS sudah tentu mereka akan memilih dan melantik Ketuanya. Mana-mana pemimpin dalam Dewan Non-Muslim kita boleh memilih mereka sebagai calon PAS dalam pilihanraya nanti di bawah lambang PAS.

Sekian semoga mendapat pertimbangan daripada ahli-ahli PAS. Kita sekarang ingin memerintah Malaysia bukannya hanya sekadar untuk memerintah Kelantan, Kedah, Perlis,Terengganu dan Pahang sahaja.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59