Tuesday, 15 April 2008

KASIHAN MAT TAIB.....BERBUIH-BUIH MULUT PERTAHAN IMAM HADHARI


Melalut-lalut dan berbuih-buih mulut Mat Tyson mempertahankan Imam Hadhari. Semuanya tidak diendahkan oleh Ahli Umno.

Semalam Mat Tyson meminta ahli dan pemimpin Umno disaran meniru disiplin ahli-ahli PAS sewaktu parti itu menerima kekalahan teruk di Terengganu dalam pilihanraya umum 2004.Ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata ahli-ahli parti pembangkang itu tidak pernah mendesak presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang - yang juga menteri besar Terengganu waktu itu - berundur.

Beliau juga meminta Umno melihat parti-parti komponen BN yang tidak membuat desakan sedemikian walaupun mereka mengalami kekalahan yang lebih teruk daripada Umno. "Kita lihat MIC, MCA dan Gerakan senyap sahaja dalam isu keputusan pilihanraya umum. "Kita tengok PAS semasa parti itu menang hanya empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, tiada ahli (PAS) yang menyuruh presiden PAS meletakkan jawatan.

"Orang Umno tidak melihat disiplin orang PAS dalam perkara ini," katanya selepas pertemuan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan wakil-wakil rakyat dan senator BN di ibu negara hari ini.PAS kehilangan negeri itu, yang dimenanginya pada 1999, apabila berjaya menguasai hanya empat daripada 32 kerusi DUN. Dalam pilihanraya umum sebelum itu, PAS memperolehi rekod di luar jangkaan apabila menang di 28 kerusi.

Muhammad juga mendakwa Umno tidak mengamalkan budaya mendesak presiden parti meletakkan jawatan - mengulas suara-suara yang ingin Abdullah berundur segera susulan kekalahan BN yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya umum 8 Mac.

Lima negeri, termasuk Kelantan, jatuh ke tangan pembangkang dan BN juga gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat."Mendesak perdana menteri berundur segera bukan budaya Umno dan bukan budaya orang Melayu. Kita tidak tahu budaya dari mana," katanya.

"Kita perlu melihat kembali sejarah peralihan kuasa dalam Umno. Jika perkara ini (desak presiden berundur) berterusan, saya fikir ia akan menghancurkan parti." Beliau menambah, Umno menunjukkan prestasi baik dalam pilihanraya ke-12 tetapi parti-parti komponen lain - khususnya Gerakan, MCA dan MIC - yang kalah teruk.

"Prestasi Umno dalam pilihanraya baik. Cuma komponen BN yang gagal berprestasi. Kita lihat di Perak, Umno menang 28 kerusi DUN, MCA satu (kerusi) sahaja," katanya.Di Pulau Pinang, BN menang di 11 kerusi, semuanya calon Umno. Di Kedah, 14 kerusi BN dimenangi masing-masing satu MCA dan Gerakan, manakala selebihnya Umno.

Di Selangor, Umno menguasai 18 daripada 20 kerusi yang dimenangi BN.Empat negeri ini sekarang ditadbir Pakatan Rakyat.

Untuk pengetahuan Mike Tyson Presiden kami tak macam Presiden awak yang anak beranak kaya raya disebabkan penyalahgunaan kuasa. Sebab itu ahli Umno meluat dan minta Imam Hadhari letak jawatan.

Takkan itupun awak tak boleh fikir wahai Mike Tyson. Memang wajarlah awak jadi Menteri jaga Kemas dan PPRT.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59