Tuesday, 22 April 2008

IMAM RABA BAHU, MAKMUM RABA PUNGGUNG?


Kalau Imam Hadhari iaitu Presiden Umno, yang dikatakan alim itu boleh meraba bahu amoi, sudah pastilah makmumnya akan melakukan kerja yang lebih dahsyat dari itu.


Mungkin hanya setakat raba punggung malah lebih dari itu pun boleh dilakukan. Ini kerana dalam Islam Hadhari raba bahu, jabat tangan, pegang tangan di kalangan bukan muhrim bukanlah suatu kesalahan atau dosa.

Hari ini tersebar berita di dalam laman tranungkite.net bahawa seorang bekas menteri yang masih seorang ahli parlimen tetapi digugurkan dari kabinet Islam Hadhari 2008, dikatakan meraba punggung seorang pelayan hotel di Kuala Lumpur.

Pelayan itu diberitakan baru sahaja menghidangkan air kencing syaitan kepada bekas menteri tersebut. Tidak lama selepas itu punggungnya diraba oleh si biadap tersebut.

Cerita penuhnya seperti berikut, "Seorang gadis yang berkerja sebagai pelayan hotel membuat laporan polis ke atas bekas seorang menteri dua hari lepas di sebuah balai polis di Kuala Lumpur kerana didakwa melakukan ganggu seks ke atasnya malam Jumaat lepas dengan memegang tangan dan meraba punggungnya.

Kejadian memalukan itu berlaku di Kelab Havana hotel Maridien di KL Sentral ketika gadis itu sedang melayan dan menyediakan minuman keras untuk menteri berkenaan.Bekas menteri berkenaan yang dalam keadaan mabuk dikatakan telah memegang tangan pelayan berkenaan tetapi dimarahi pelayan itu sambil berlalu dari situ.

Ketika pelayan itu berlalu bekas menteri berkenaan mengekori dari belakang dan meraba punggungnya menyebabkan pelayan itu menjerit dan memanggil teman lelakinya yang kebetulan bekerja di situ.Teman lelaki pelayan berkeranaan terus mendapatkan bekas menteri berkenaan.

Teman lelaki perlayan tersebut telah bertindak membuat satu laporan polis.Bekas menteri itu dikatakan sering ke kelab berkenaan untuk menghisap cigar (ceruk) di kelab berkenaan.Dalam pilihan raya lalu beliau menang di kerusi Parlimen tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri. Penggugurannya menimbulkan seribu persoalan dan khabarnya ianya ada kena mengena dengan beberapa kelakuannya yang tidak senonoh sebelum ini.

Menurut sumber blogger, kejadian ini 1001 peratus benar. Dakwanya beliau telah mendapatkan pengesahan dari sumber polis sendiri. "Kalau berita ini tidak benar datanglah potong kaki saya," kata sumber itu penuh yakin. msomelayu.blogspot.com

Begitulah 'hebatnya' seorang pemimpin Islam Hadhari dipimpin oleh pemimpin agung, Imam Badawi Wal Hadhari.

Itulah cara tarbiah dalam Umno Islam Hadhari. HALAL dan HARAM tolak tepi. Tapi bila masuk kampung merekalah duduk di saf paling hadapan ketika Sembahyang Jumaat, berlakon untuk mengabui mata orang kampung bahawa mereka pun taat dan patuh pada Allah.
( Apakah Mamat gambar di sebelah ini yang melakukannya....jangan menghukumnya sebelum dibuktikan bersalah)
Yang penting perkara ini diharapkan tidak ditutup oleh Polis dan kerajaan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

setiap orang punya kesalahan sendiri, namun hanya tuhan saja yg mengetahuinya dan janganlah kita alpa kepadanya..undang-undang manusia yg cipta tapi dosa & pahala hanya tuhan sj yang tahu..janganlah kita asik nampak kesalahan orang lain tp cuba cermin diri sendiri terlebih dahulu..Adalah lebih baik jadi Ubi,diam-diam berisi tp jgn m'jadi seperti tin kosong....

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59