Thursday, 24 April 2008

IMAM HADHARI DAN NAJIB PUCAT GIGI DENGAN ASAKAN ANWAR


Belum pun reda pergolakan dalam Umno ekoran kekalahan pada PRU 12 lalu, Imam Hadhari makin bertambah kecut perut dan pucat gigi kerana asakan dari luar Umno. Sudahlah otaknya pening untuk mempertahankan dirinya dari serangan kumpulan Najib dan Ku Li kini Anwar pula mengasak beliau dari luar Umno.

Semakin hari asakan dan serangan secara perang saraf dan psikologi oleh Anwar makin hebat dan menggerunkan.

Kini Imam Hadhari dan pemimpin Umno lain begitu memandang serius apa sahaja yang dinyatakan Anwar walaupun sebelum PRU 12 dahulu mereka memandang enteng dan remeh apa yang diperkatakan oleh Anwar.

Kini Imam Hadhari dan pemimpin Umno lain benar-benar pucat gigi.

Mana tidaknya Anwar semalam sekali menegaskan bahawa beberapa ahli parlimen Barisan Nasional di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa sesuai, selewat-lewatnya pertengahan September.

Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Ahli-ahli parlimen ini belum pun mengangkat sumpah di parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu dalam lawatan ke negeri itu, semalam.

Penasihat Parti KeADILan Rakyat (PKR) itu menambah, lapor Bernama, jika mereka tidak menyertai bulan depan, mungkin dalam bulan berikutnya, Julai atau malah pada Hari Merdeka (31 Ogos).

"Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya.Bagaimanapun laman web The Star Online pula, juga memetik kenyataan Anwar di tempat yang sama, memberikan tarikh yang berbeza, 16 September atau hari ulang tahun pembentukan Malaysia.

Beliau juga mendakwa BN sedang memantau dengan dekat pergerakannya sekarang dan ada kemungkinan akan bertindak keras atau mengugut wakil-wakil parti itu yang ingin berpindah kepada Pakatan.

Bekas menteri kewangan itu mendakwa, beliau boleh mengadakan rundingan dengan wakil rakyat BN sama ada di Singapura, Abu Dhabi atau Hong Kong walaupun "bunyinya seperti bahan lawak."

Selain itu, laporan sama dipetik, Anwar juga memerlukan masa untuk mengadakan rundingan dengan parti-parti lain dalam gabungan pembangkang itu sebelum bertindak.Sementara agensi AFP melaporkan, Anwar meramalkan beliau akan menjadi perdana menteri "dalam tempoh tiga tahun ini".

Katanya, tiada jangka masa jelas tentang tarikh beliau akan menjadi perdana menteri tetapi meramalkan tempohnya "tidak sampai tiga tahun lagi"."(Tetapi) saya bukannya tergesa-gesa," katanya kepada agensi berita antarabangsa itu.Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini membantah usaha menggerakkan kempen lompat parti wakil-wakil BN seperti yang dijalankan Anwar .

Sambil menyifatkan usaha sedemikian "tidak sah dan tidak beretika", presiden PRM Hassan Abdul Karim menggesa keputusan pilihanraya umum lalu harus dihormati semua pihak."PRM berpendapat kerajaan BN perlu diberi peluang untuk mentadbir kerajaan pusat bagi lima tahun lagi dengan aman dan tanpadiganggu-gugat secara yang tidak demokratik," katanya.

Akhbar Utusan Meloya melaporkan parti-parti komponen BN di negeri itu menafikan mereka akan melompat parti dan menyertai Pakatan. Timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Eric Majimbun (gambar) dilaporkan berkata, desas-desus terdapat wakil parti itu berhasrat melompat parti berkemungkinan besar timbul susulan kelantangan SAPP menyuarakan pandangan kepada pimpinan BN.

Lawatan Anwar di negeri itu dan Sarawak memanaskan lagi cakap-cakap tentang isu lompat parti yang dimulakan daripada kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu sejak kemenangan besar PKR dan dua rakannya DAP dan PAS pada 8 Mac.

Tawaran terbuka pengerusi jawatankuasa pemandu PKR Sabah dan Sarawak, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan kepada wakil rakyat BN agar menyertai pakatan pembangkang baru-baru ini menghangatkan lagi keadaan.

Dipetik dan diolah dari Bernama dan Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

Pengasas: said...

As-Salamu 'Alaikum!
Tak kan Islam Hadhari tak boleh selesaikan masalah Um No? Tak kanlah Siyasah Hadhariyah tak mampu selamatkan Be End?
Mujahidin sekalian! Insya ALLAH, PRU13 akan mendatangkan hasil. Patuhlah kepada Siyasah Syar'iyah kepimpinan kita.
Takbiir!

Tun Perak said...

anwar boleh cakap apa yang dia hendak dan mendakwa apa yang dia mau, nak tanya pas kalau benar anwar akan meneraju pakatan rakyat sebagai pm, adakah anwar setuju dengan pas nak wujud negara islam... kitsiang dan guan eng pulak macam mana.

Anonymous said...

http://gerakan-anti-pas.blogspot.com/

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59