Monday, 28 April 2008

CADANGAN PENUBUHAN DEWAN NON-MUSLIM


Kami menerima komen dari seorang pengunjung yang menamakan dirinya WAN ISMAIL. Ikuti komennya di bawah ini:-

Syabas kepada Kelab Penyokong PAS.

Saya ingin mencadangkan kepada pemimpin PAS khususnya Dewan Pemuda PAS Bukit Katil supaya cadangan saya ini diberi perhatian dan pertimbangan oleh pemimpin PAS.Pada masa ini kita tidak boleh nafikan bahawa kemenangan PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana sokongan orang-orang cina dan india disamping kerjasama antara PKR dan juga DAP.

Orang-orang PAS ramai yang mengundi calon PKR/DAP dan begitu juga orang-orang DAP juga telah mengundi PAS dibawah Pakatan Rakyat (PR)sebelum ini dpanggil Barisan Alternatif (BA).Untuk menarik sokongan bukan islam saya ingin mencadangkan supaya penubuhan Dewan Non-Muslim PAS hendaklah ditubuhkan untuk menggantikan Kelab Penyokong PAS bagi membolehkan orang-orang cina dan india/dll boleh menjadi ahli PAS.

Peranan Dewan Non-Muslim PAS samalah macam Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS. Maksud saya Dewan Non-Muslim PAS boleh memilih untuk melantik Ketua/Naib Ketua/Setiausaha/Bendahari/AJK .

Jawatankuasanya boleh mengadakan aktiviti dan propgram kepada masyarakat mereka berdasarkan kelulusan dan persetujuan PAS Pusat.Dalam Dewan Non-Muslim PAS boleh ditubuhkan Biro kaum misalnya Biro Kaum Cina , Biro Kaum india, Biro Bumiputra Bukan Islam Sarawak/Sabah dll.Saya rasa sudah sampai masanya orang-orang bukan Islam boleh menyertai dan menjadi ahli PAS di bawah Dewan yang saya sebutkan tadi.

Jika UMNO mempunyai ahli bukan Islam misalnya Kadazan, Siam boleh menyertai dan menjadi ahli UMNO begitu juga PKR mempunyai ahli terdiri daripada orang-orang cina dan india, maka sudah sampai masanya PAS boleh memberi peluang kepada Non-Muslim menjadi ahli PAS melalui Dewan Non-Muslim.Jika diadakan Muktamar PAS, Dewan Non-Muslim PAS boleh menghantar wakilnya di bawah kapasiti Dewan Non-Muslim PAS.

Walau bagaimanapun terpulanglah kepada pimpinan PAS untuk memberi nama yang sesuai untuk Dewan Non-Muslim PAS.Dengan tertubuhnya Dewan Non-Muslim PAS sudah tentu mereka akan memilih dan melantik Ketuanya. Mana-mana pemimpin dalam Dewan Non-Muslim kita boleh memilih mereka sebagai calon PAS dalam pilihanraya nanti di bawah lambang PAS.

Sekian semoga mendapat pertimbangan daripada ahli-ahli PAS. Kita sekarang ingin memerintah Malaysia bukannya hanya sekadar untuk memerintah Kelantan, Kedah, Perlis,Terengganu dan Pahang sahaja.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59