Wednesday, 23 April 2008

BN MASIH AMALKAN POLITIK KUNO


BN masih mengamalkan politik kuno apabila menghalang ahli-ahli partinya menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Tindakan ini memang tindakan yang tidak bertamadun lebih-lebih jawatan tersebut bukannya jawatan politik malah ianya adalah jawatan dalam kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.

Mengapa ini berlaku ianya tak lain dan tak bukan adalah kerana kebencian dan dendam kesumat yang tidak pernah padam akibat dari kekalahan yang tidak dijangka oleh mereka.

Di Pulau Pinang Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan dari Parti Gerakan, Lee Kah Choon diberikan surat tunjuk sebab jawatankuasa kerja pusat Gerakan kerana menerima jawatan pengarah dalam Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan pengerusi jawatankuasa eksekutif InvestPenang.

Melalui surat tersebut, Kah Choon diminta menjelaskan mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadapnya berhubung perkara tersebut.Perkara itu diumumkan oleh pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, sebelum ini, parti tersebut telah mengarahkan ahli-ahlinya supaya melepaskan semua jawatan dalam majlis daerah dan majlis perbandaran, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di semua negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

"Oleh itu, tindakan Datuk Lee berlanggar prinsip dan semangat dalam arahan yang dikeluarkan oleh pihak parti," katanya.Arahan tersebut, tambahnya, dibuat berasaskan premis bahawa Gerakan kini perlu memainkan peranan yang berkesan sebagai pembangkang di Pulau Pinang.

"Kita tidak akan mampu melaksanakannya secara objektif sekiranya ahli-ahli kita sendiri memegang jawatan penting dalam pentadbiran tempatan dan negeri," katanya.

Jelas sekali BN masih mengamalkan politik kuno yang ketinggalan zaman. Semua ini adalah kerana dendam kesumat mereka terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipilih rakyat pada PRU 12 8 Mac lalu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59