Wednesday, 2 April 2008

BN KEDAH ULANGI KESILAPAN DI KELANTAN


Hampir 2,000 ahli PBT, JKKK berundur

BN/Umno mengulangi kesilapan BN/Umno Kelantan apabila mengambil keputusan menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan untuk menguruskan desa dan kampung.

Langkah ini membuktikan bahawa Umno sebenarnya tidak menerima kekalahan mereka dengan menubuhkan institusi yang berlainan walaupun JKKK telah ujud.

Media hari ini melaporkan bahawa semua 1,938 ahli pihak berkuasa tempatan (PBT) dan anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di Kedah yang mewakili Umno meletakkan jawatan.

Peletakan jawatan itu, yang berkuatkuasa semalam, diarahkan parti itu selepas tewas di tangan pakatan pembangkang pada pilihanraya umum 8 Mac. Ketua badan perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu dicapai pada mesyuaratnya di pejabat Umno di sini malam tadi.

Tindakan ini benar-benar membuktikan bahawa Umno membelakangkan sistem federalisme yang diamalkan di Malaysia. Langkah sama seperti yang dilakukan di Kelantan. Akhirnya masyarakat berpecah belah. Umno semakin dibenci rakyat.

Sebaliknya kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah tidak pernah meminta Ahli JKKK meletakkan jawatan.

Nampaknay Umno tidak belajar dari kesilapan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

nina najwan said...

UMNO mungkin ingat duit elaun untuk ketua kampung & JKKK tu duit mak bapak dia kot. Tu kan ke duit rakyat, jadi berkhidmat la untuk rakyat. Kenapa la Menteri UMNO dan pemimpin UMNO ni bangang sangat, gunakan duit rakyat semata2 nak jaga kepentingan UMNO. Duit kerajaan negeri ke, kerajaan pusat ke, semua tu duit rakyat. Apahal pulak nak buat JKKK pusat ila negeri dah terlepas dari BN? Bangang yg amat nyata, dari pemimpin sampai la penyokong.

azhar said...

Biarlah UMNO meneruskan agenda yang busuk dan membusukkan , cuma kita perlu memberikan pengetahuan dan maklumat jelas agar rakyat memahami keadaan yang diwujudkan oleh UMNO , kerajaan dalam kerajaan yang dibuat ini memberi impak positif terhadap Pakatan Rakyat yang insyaAllah memerintah negara ketika PRU13 nanti.UMNO pasti ada rancangan jahat untuk menggagalkannya , kita mesti berusaha mengetahuinya dan bertawakkal kepadaNYa Ilahi..

Anonymous said...

dia ingat gaji/elaun dia tu umno yg bayau.. padahal duit umno tu dtg dari pembayar cukai.
Tak sedar diri......

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59