Thursday, 3 April 2008

BERANIKAH KHAIRY BERLAWAN SECARA ANAK JANTAN


Hishammuddin Hussein tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai ketua Pemuda Umno dalam pemilihan agung parti itu Disember ini.

"Saya membuat keputusan awal supaya mereka yang berminat boleh bergerak ke depan (untk jawatan ini)," katanya, mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar di Putrajaya tengah hari ini.

"Bagaimanapun saya tetap menjadi ketua Pemuda sehingga 14 Disember ini (menjelang pemilihan ketua baru). "Dalam tempoh itu saya akan terus memimpin, memantau dan membimbing pergerakan itu."Saya melepaskan jawatan ini bukan kerana tekanan tetapi bergerak untuk melakukan reformasi dalam parti.

"Tambahnya, pengumuman awal untuk tidak bertanding lagi dibuat bagi memudahkan persiapan kempen mereka yang berminat.Keputusan melepaskan jawatan itu - yang dipegangnya sejak lapan tahun lepas - akan membuka ruang persaingan sengit kepada muka-muka baru yang berminat, antaranya ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan naib ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin.

Persoalannya sekarang beranikan Khairy Jamaluddin berlawan secara anak jantan dengan calon-calon lain seperti Khir Toyo, Mukhriz Mahathir dan lain-lain. Namun di dalam Umno yang penting seseorang calon itu mesti banyak duit.

Politik rasuah sudah tentu dapat memenangkan seseorang samada rasuah dengan wang, gelaran atau janji-janji manis.

Hishammuddin mengotakan janjinya selepas dipilih semula pada 2004 bahawa beliau berminat memegang jawatan tersebut untuk sepenggal sahaja.Pemilihan Umno, yang sepatutnya diadakan tahun lepas, bermula antara 16-20 Disember. Ia bermula dengan mesyuarat perwakilan Umno peringkat cawangan antara 17 Julai hingga 24 Ogos, dan mesyuarat peringkat bahagian pada dari 9 Oktober hingga 9 November.

Hishammuddin bagaimanapun enggan menjelaskan jawatan baru yang akan ditandinginya. "Saya tidak boleh menyatakan jawatan (lebih tinggi) yang akan saya tandingi dalam pemilihan ini.

Dalam tradisi Umno, tidak semestinya ketua Pemuda akan bertanding naib presiden," katanya, yang juga Menteri Pelajaran, di kementeriannya.Kekosongan jawatan itu juga mungkin memberi peluang kepada calon-calon lain, antaranya exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir. Kelmarin beliau enggan mengulas sama ada akan bertanding jawatan teratas pergerakan itu, sebaliknya berkata beliau menunggu keputusan Hishammuddin dahulu sebelum membuat keputusan.

Beliau menjadi ketua Pemuda Umno tanpa bertanding sejak 2000 selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada Datuk Ahmad Zahid Hamidi dua tahun sebelumnya. Pada 1998, pergerakan itu mengalami perpecahan teruk susulan pemecatan timbalan perdana menteri, dan juga timbalan presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun Khairy belum menyatakan sebarang keputusan, Dr Mohd Khir telah mengumumkan kesediaannya bertanding jawatan itu awal minggu ini.Bekas menteri besar Selangor itu, yang melepaskan jawatan sebagai ketua badan perhubungan Umno negeri, dijangka bertembung dengan "musuh tradisinya" Khairy - walau menantu Perdana Menteri ini diuar-uarkan mula mengambil langkah berundur susulan ketewasan besar BN pada pilihanraya umum 8 Mac.

Dihubungi Malaysiakini selepas pengumuman Hishammuddin, Dr Mohd Khir berkata beliau sedang mengumpul maklum balas daripada Pemuda di bahagian-bahagian. Keputusan muktamad untuk bertanding ketua Pemuda, katanya, akan diumumkan tidak lama lagi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59