Thursday, 3 April 2008

ANAK PENEROKA TERUS DIANAK TIRIKAN


Anak-anak Felda generasi kedua, yang jumlahnya kini lebih 500,000 orang, rata-rata kecewa kerana janji kerajaan-kerajaan negeri sejak 20 tahun lalu, untuk memberi mereka tempat tinggal dan tanah, masih belum ditunaikan hingga hari ini.

Sehubungan itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) meminta semua kerajaan negeri terbabit supaya menunaikan janji tersebut bagi menyelesaikan masalah tanah dan rumah yang dihadapi oleh anak-anak Felda generasi kedua di seluruh negara."Kita kecewa panggilan 'anak emas' diberikan kepada warga Felda sedangkan selama ini, kebajikan kami sebagai anak generasi kedua kurang diberikan perhatian," kata presiden Mazlan Aliman hari ini.

ANAK ditubuhkan November tahun lalu dan kini mempunyai 2,000 ahli. Terdapat 323 tanah rancangan Felda di seluruh negara dengan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan mempunyai keluasan tanah dan bilangan penduduk tanah rancangan Felda yang terbesar.

Agensi berita Bernama memetik Mazlan sebagai berkata, persatuan itu telah mengumpul nama 267 anak peneroka generasi kedua di bawah kempen Permohonan Tanah Kosong Felda.Dari jumlah tersebut, katanya, 117 permohonan telah dihantar kepada pengarah besar Felda Datuk Ahmad Turmizi Alias dengan salinan kepada timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga berkata ANAK menjangkakan lebih 3,000 permohonan tanah lagi akan dihantar kepada Ahmad Turmizi dalam tempoh tiga bulan akan datang.

"Di bawah Akta Tanah Felda 1960 yang memberikan hak kepada Felda sebagai ejen pengurusan tanah, anak-anak Felda generasi kedua boleh diberikan tanah yang belum diteroka untuk diusahakan dan dijadikan tapak rumah.

"Kita juga telah meminta Felda untuk mengukur tanah yang belum diteroka itu untuk diberikan kepada generasi kedua yang berminat tetapi sehingga ini tiada langkah diambil," kata Mazlan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59