Wednesday, 16 April 2008

ALI RUSTAM TERPAKSA 'MEMBLOG'.


Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam AKA Ali Ketam yang sebelum ini begitu lantang menghentam laman web dan blog-blog alternatif akhirnya terpaksa tunduk dengan arus dunia tanpa sempadan apabila melancarkan blognya sendiri baru-baru ini.

Kalau sebelum ini pelbagai cacian dan fitnah dilemparkan kepada laman-laman web dan blog-blog seperti tuduhan sebagai pemecah belah masyarakat, tukang fitnah, berita palsu dan sebagainya kini ramai dari pemimpin Umno/BN terpaksa juga membuka laman web atau blog sendiri guna untuk berpartisipasi di alam maya.

Seperti biasa pemimpin Umno/BN memang sentiasa terkebelakang dalam arus kemodenan dunia walaupun mereka mendabik dada merekalah yang menubuhkan MSC (Koridor Raya Multimedia) walaupun MSC ini mungkin sekarang hanya tinggal koridor sahaja.

Pemimpin dan Ahli Parti-parti pembangkang telah lama mempunyai blog sendiri dan berinteraksi antara satu sama lain dengan cepat dan pantas berbanding pemimpin Umno/BN yang masih terkial-kial belajar untuk menulis di dalam blog.

Begitulah perangai pemimpin Umno/BN yang sebenarnya tidak suka kepada kemodenan dan kecanggihan sistem komunikasi di dunia kerana mereka tahu jika sekiranya ramai rakyat yang mendapat akses kepada berita dan maklumat alternatif sudah tentu minda rakyat akan berubah.Sebab itu mereka lebih suka rakyat terus bodoh supaya senang mereka memBODOHkan rakyat dan senang untuk dicucuk hidung ketika pilihanraya.

Mengikut kajian laman web dan blog-blog alternatif menjadi salah satu dari penyumbang kepada kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum lalu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

9 Comments:

ZB Berjaya Consultancy said...
This comment has been removed by the author.
aKuPunyAsUkA said...

a'kum...kira allrite lah tuh cm melaka pun bende yang sama macam korang buat gak...
memblog-memblog....
mula2 belajau ler sket2 dullu... pastu kalau dah tere.. xyah ambik masa lama nak reply..nak jawaab...
ala korang awal2 dulu pun Ba Alif ngang gak kan....? heheh

Anonymous said...

Ali ketam cerita pasal babi d selangor... di melaka dah puluhan tahun tak selesai. ini yang dikatakan CM yang lemah akal

aKuPunyAsUkA said...

ngko mg x ikuti perkembngn semasa babi di melaka..... dalam tangan tok ali jek dah byk kandang yg ditutup. kau sedap jek cakap.. brapa puluhan tahun x seleasai...
dia berani tau x mcm ko.. nak commet pun pakai anonymous.. takda berani ka?...
nenek aku pun terer lgik...kuang kuang kuang...lah.. pasal nko jek melayu dengan melayu bergaduh!! HAmPEH PUNYA BABI!!!!!!!!!!!!
isk...isk...babi ni teruk

Orang Kampung said...

Laman Blog Pakatan Rakyat perlu penambahbaikan
Sudah lebih sebulan Pilihanraya Umum ke 12 berlalu. Namun cakap-cakap politik masih menjadi tajuk utama media pro BN dan pro Pakatan Rakyat. Apa jadi dengan slogan Selamat, Aman, Makmur oleh Barisan Nasional dan Negara Kebajikan Pakatan Rakyat terutamanya PAS ?

Justeru itu saya menyeru kepada semua pihak media terutama Pakatan Rakyat supaya memberi tumpuan kepada permasalahan rakyat pada ketika ini. Contoh seperti TKO, wujudkan satu ruangan khusus untuk membicarakan masalah rakyat setempat berhubung dengan masalah keselamatan, pengangguran, kemiskinan, gejala sosial, masalah akidah, projek terbengkalai dan sebagainya.

Begitu juga dengan Blog Blog Pro Pakatan Rakyat yang lain. Maaf, saya mengambil satu daripada banyak contoh seperti laman Blog Pemuda Bukit Katil di http://pemudabukitkatil.blogspot.com yang terlalu banyak membicarakan isu politik nasional, tetapi kurang membicarakan isu setempat, termasuk menjawab isu dalam Blog Ketua Menteri Melaka. Dalam Blog Ketua Menteri Melaka, Dato Ali Rustam menyatakan guru SARA di Melaka dibayar gaji yang tertinggi di Malaysia dibandingkan dengan negeri lain termasuk Kelantan iaitu lebih RM 1,000 sebulan. Apakah kenyataan ini benar ?

Sebagai ahli, petugas atau penyokong Pakatan Rakyat kita tidak seharusnya leka dengan Tsunami Politik yang baru lalu.

Sekarang ialah masanya untuk kita bekerja. Mengkaji kelemahan yang ada pada kita semua untuk diperbaiki, bukan setakat membicarakan kelemahan Barisan Nasional yang sudah diketahui umum.

Barisan Nasional sudah mengarahkan semua ADUN , Ahli Parlimen dan pemimpin mereka mengadakan laman Blog masing-masing. Sudahkah arahan yang sama dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat ?

http://amkns.blogspot.com

Anonymous said...

Nape Ali Rustam punya blog tu dah di delete semua komen2 pembaca?

Mesti dia sakit jantung bila baca... Ingatkan org suka, tp org menyampah rupanya..

sebol said...

orangkampung:

Aku dari dulu nak persoalkan kenapa budaya copy paste terlalu popular sehinggga menenggelamkan fungsi asal blog setempat.

azam said...

A'kum warga Melaka
Jika saudara tidak mahu ketinggalan memblogkan CM kita sila lawat laman web klon CM. Terimakasih di atas inisiatif blogger.....
alamatnya
http://www.mohdalirustam2.blogspot.com/

PRU Taman Tun Rahah

azam said...

Blog ori CM dah deletekan komen fasal BABI. Tak lama lagi sure blog ini akan dipadamkan terus.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59