Wednesday, 30 April 2008

TOYOL JAWA DAN DEWA HINDU BERGADUH


Kisah Toyol Jawa bergaduh dengan Dewa Hindu.

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu meminta bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo supaya berhenti membuat tuduhan tidak berasas berhubung kekalahan Barisan Nasional di negeri itu dalam pilihanraya umum lalu."Beliau berkata saya telah memberi persetujuan agar kuil (di Kampung Rimba Jaya dekat Shah Alam) dirobohkan pada 15 November."Saya ingin jelaskan bahawa kuil itu telahpun dirobohkan pada pertengahan Oktober," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Kenapa beliau tidak sebut sayalah orangnya yang merayu kepada beliau dan perdana menteri supaya menghentikan rancangan asal untuk merobohkan kuil itu," katanya dalam laporan Bernama.Dalam satu temubual dengan Malaysiakini, Dr Mohamad Khir mendakwa Samy Vellu menelefon beliau agar bertindak terhadap kuil itu kerana ia digunakan sebagai tempat upacara penyokong Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).'Henti bercakap'Dr Mohamad Khir berkata Samy Vellu menelefonnya pada malam 15 November dan memberitahunya bahawa penyokong Hindraf telah menyusup masuk ke kuil itu dan ia perlu dirobohkan malam itu juga.

"Tetapi kuil itu telahpun dirobohkan dan patung-patungnya dipindahkan pada akhir Oktober."Apa lagi nak dirobohkan, dan kenapa pula saya harus minta supaya sebuah kuil, yang sudah dirobohkan, dirobohkan lagi," kata Samy Vellu.Beliau berharap Dr Mohamad Khir berhenti mencari alasan bagi kekalahan BN di Selangor.

"Permintaan saya kepada beliau ialah supaya berhenti bercakap mengenai semua ini. Marilah kita kukuhkan kembali BN," katanya.


Tuesday, 29 April 2008

SIDANG PARLIMEN : BARU 2 HARI BERMULA DAH JELAS PILIH KASIH


Sidang Parlimen baru bermula tetapi tindakan tidak demokratik terus di amalkan oleh 'taukeh-taukeh' kerajaan dan speaker parlimen. Kalau semalam speaker gagal bertindak tegas terhadap Ahli Parlimen BN, Latif Ahmad yang tida mengangkat tangan sewaktu mengangkat sumpah.

Namun Speaker, Pandikar Amin Mulia tetap meneruskan majlis itu kerana yang melakukannya adalah Timbalan Menteri BN.

PKR tidak berpuas hati sesi soalan Dewan Rakyat yang membelakangkan ahli-ahli parlimen pembangkang, kata naib presidennya Mohd Azmin Ali. "Saya sangat sedih apabila saya melihat senarai soalan yang ditetapkan oleh parlimen.

Sangat sedikit soalan yang dihantar oleh (wakil-wakil) Pakatan Rakyat diberi keutamaan dalam urutan soalan," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

"Jika anda melihat pada jumlah (perwakilan), kita (Pakatan) ada 82 ahli parlimen berbanding BN hanya ada 77 (ahli parlimen penyokong kerajaan).

"Melihatkan kepada nisbah ini, kita patut ada 52 peratus. Dan BN hanya 48 peratus. Jadi kalau mereka boleh uruskan sepuluh soalan, maksudnya kita patut dapat sekurang-kurangnya enam (soalan), berbanding mereka empat.

"Mohd Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak, berkata wakil-wakil rakyat Pakatan diberikan sedikit sahaja peluang bertanyakan soalan."Sekarang saya melihat, daripada 10 soalan, kami hanya diberi dua. Ini tidak adil," katanya Jumaat lalu. "Kedua, mereka patut beri keutamaan pada ketua pembangkang. Soalan pertama pada hari itu patut diberikan kepada ketua pembangkang dan ini tidak dilakukan. Saya rasa pada, soalan daripada Dr Wan Azizah (Wan Azizah) (berada di) nombor ketiga. Jadi ini tidak adil."


PAK LAH PENGECUT


Presiden Umno yang sekarang ini seperti cacing kepanasan, meminta semua bahagian UMNO tidak mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi membincangkan isu pemilihan pucuk pimpinan, sebaliknya memusatkan tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat.

Gesaan beliau jelas membuktikan bahawa Imam Al Hadhari Wal Badawi ini benar-benar rimas dan takut kerana semakin banyak Umno Bahagian yang berani mengadakan EGM bagi membincangkan kekalahan teruk BN/Umno pada PRU 12 lalu.

Imam Hadhari cuba memujuk hatinya yang lara dengan berkali-kali membuat dakwaan bahawa rakyat terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negara pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu, sedangkan sebenarnya kemenangan majority kerusi BN adalah disumbangkan oleh Sabah dan Sarawak. Sedangkan di Semenanjung BN/Umno sudah kecundang.

Kita ingin memberitahu Imam Hadhari bahawa selagi kerajaan tidak bersedia untuk berubah jangan harap rakyat akan kembali menyokong mereka.

Isu rasuah, kezaliman, kronis, nepotisem, pengalahgunaan kuasa, kelemahan pentadbiran dan lain-lain masih berakar umbi di dalam kerajaan. Sebab itu rakyat dan ahli Umno sendiri menolak Imam Hadhari dan Umno.

Rakyat terus tertekan dengan tindakan zalim kerajaan menggunakan ISA, AUKU, OSA, akta Polis dan sebagainya.

Rakyat terus menderita dengan kenaikan harga barangan yang tiada penghujungnya disebabkan kelemahan dan kelembapan kerajaan menanganinya. Rakyat nampak bahawa Imam Hadhari lebih banyak tidur dari melakukan kerja. Bila diajukan soalan, Imam itu akan menjawab semuanya Ok atau sila tanya menteri berkenaan.

Rakyat miskin terus miskin, pemimpin kaya terus membina kekayaan kerana dasar rasuah, kronsime dan nepotisme. Rakyat tidak lupa bagaimana anak, menantu, keluarga dan kawan-kawan pemimpin menjadi jutawan segera dengan tidak perlu bersusah payah.

Rakyat terus takut dan kecut dengan akta-akta zalim yang setiap saat menghambat rakyat seperti akta draconian ISA, AUKU, OSA, AKta Polis dan sebagainya. Rakyat diugut dengan kata-kata seperti “sesiapa sahaja boleh disumbat di bawah ISA”,” Pelajar akan ditahan dan dibicarakan dengan AUKU”; “perhimpunan HARAM” dan sebagainya.

Banyak lagi isu dan penderitaan rakyat yang tidak mampu untuk dicatatkan di sini.


Monday, 28 April 2008

CADANGAN PENUBUHAN DEWAN NON-MUSLIM


Kami menerima komen dari seorang pengunjung yang menamakan dirinya WAN ISMAIL. Ikuti komennya di bawah ini:-

Syabas kepada Kelab Penyokong PAS.

Saya ingin mencadangkan kepada pemimpin PAS khususnya Dewan Pemuda PAS Bukit Katil supaya cadangan saya ini diberi perhatian dan pertimbangan oleh pemimpin PAS.Pada masa ini kita tidak boleh nafikan bahawa kemenangan PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana sokongan orang-orang cina dan india disamping kerjasama antara PKR dan juga DAP.

Orang-orang PAS ramai yang mengundi calon PKR/DAP dan begitu juga orang-orang DAP juga telah mengundi PAS dibawah Pakatan Rakyat (PR)sebelum ini dpanggil Barisan Alternatif (BA).Untuk menarik sokongan bukan islam saya ingin mencadangkan supaya penubuhan Dewan Non-Muslim PAS hendaklah ditubuhkan untuk menggantikan Kelab Penyokong PAS bagi membolehkan orang-orang cina dan india/dll boleh menjadi ahli PAS.

Peranan Dewan Non-Muslim PAS samalah macam Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS. Maksud saya Dewan Non-Muslim PAS boleh memilih untuk melantik Ketua/Naib Ketua/Setiausaha/Bendahari/AJK .

Jawatankuasanya boleh mengadakan aktiviti dan propgram kepada masyarakat mereka berdasarkan kelulusan dan persetujuan PAS Pusat.Dalam Dewan Non-Muslim PAS boleh ditubuhkan Biro kaum misalnya Biro Kaum Cina , Biro Kaum india, Biro Bumiputra Bukan Islam Sarawak/Sabah dll.Saya rasa sudah sampai masanya orang-orang bukan Islam boleh menyertai dan menjadi ahli PAS di bawah Dewan yang saya sebutkan tadi.

Jika UMNO mempunyai ahli bukan Islam misalnya Kadazan, Siam boleh menyertai dan menjadi ahli UMNO begitu juga PKR mempunyai ahli terdiri daripada orang-orang cina dan india, maka sudah sampai masanya PAS boleh memberi peluang kepada Non-Muslim menjadi ahli PAS melalui Dewan Non-Muslim.Jika diadakan Muktamar PAS, Dewan Non-Muslim PAS boleh menghantar wakilnya di bawah kapasiti Dewan Non-Muslim PAS.

Walau bagaimanapun terpulanglah kepada pimpinan PAS untuk memberi nama yang sesuai untuk Dewan Non-Muslim PAS.Dengan tertubuhnya Dewan Non-Muslim PAS sudah tentu mereka akan memilih dan melantik Ketuanya. Mana-mana pemimpin dalam Dewan Non-Muslim kita boleh memilih mereka sebagai calon PAS dalam pilihanraya nanti di bawah lambang PAS.

Sekian semoga mendapat pertimbangan daripada ahli-ahli PAS. Kita sekarang ingin memerintah Malaysia bukannya hanya sekadar untuk memerintah Kelantan, Kedah, Perlis,Terengganu dan Pahang sahaja.


PERLANTIKAN SPEAKER DAN TIMBALAN SPEAKER DARI M'SIA TIMUR BUKTI PAK LAH TERTEKAN



Nampak jelas bahawa Pak Lah dan BN/Umno tertekan dengan serangan Anwar Ibrahim tentang isu penyeberangan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak ke dalam kem Pakatan Rakyat.

Ini terbukti apabila Pak Lah cuba memujuk Ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak dengan Speaker dan timbalan-timbalan Speaker dari Sabah dan Sarawak.

Pandikar Amin Mulia dilantik sebagai Speaker manakan Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ronald Kiandee dilantik sebagai Speaker.

Pandikar Amin bekas Menteri Kabinet dari Sabah, manakala Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Parlimen Santubong, Sarawak manakala Ronald Kiandee merupakan Ahli Parlimen Beluran, Sabah.

Perlantikan merupakan suatu 'hadiah' dari Pak Lah kepada rakyat Sabah dan Sarawak kerana merekalah sebenarnya yang memberikan kemenangan untuk BN memenangi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pusat.

Tanpa sumbangan dari Parlimen Sabah dan Sarawak, sudah tentu Pak Lah akan duduk di barisan pembangkang sebagai Ketua Pembangkang BN.

Namun para pemerhati politik berpendapat perlantikan ketiga-tiga orang kuat parlimen dari Malaysia Timur ini belum dapat memastikan tiada wakil rakyat yang melompat ke kem Pakatan Rakyat kerana mereka berpendapat tawaran Anwar untuk rakyat Sabah dan Sarawak amat menarik dan ianya jauh lebih hebat dari jawatan-jawatan parlimen tersebut.


PAK LAH SEMAKIN PARAH DIHENTAM AHLI UMNO


Bermula dengan Ku Li, Mukhriz diikuti Syed Ali (Ketua Umno Bahagian Cheras), kini Kelab Veteran Umno mula berbantah sesama sendiri samada menyokong Pak Lah atau mahu 'menendang' Pak Lah dari kerusi empuk Presiden Umno.

Nampaknya selepas ini akan lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin Umno peringkat Bahagian, Kelab-kelab dan cawangan-cawangan Umno akan berani mencadangkan supaya Pak Lah 'beredar' dari 'takhta'nya sekarang.

Malangnya Pak Lah masih mahu bertahan. Apa sebabnya beliau kemaruk kepada jawatan no. 1 negara ini. SUDAH TENTU ADA UDANG SEBALIK MEE......


SELAMAT BERSIDANG UNTUK MP PAKATAN RAKYAT


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan selamat bersidang kepada semua ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) moga-moga YB-YB sekali membawa suara rakyat untuk membela mereka yang amat memerlukan pembelaan dari cengkaman makhluk perosak BN.

Media melaporkan hari ini bahawa Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendahului 222 ahli Dewan Rakyat mengangkat sumpah di depan yang dipertuanya pagi ini.

Ia diikuti timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri kanan dan menteri-menteri yang baru sebelum disusuli ahli-ahli Dewan Rakyat.

Daripada jumlah itu, 82 ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.
Sebelum upacara perdana menteri, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengangkat sumpah dan dimasyhurkan sebagai yang dipertua dewan di hadapan anggota-anggota parlimen.

Dua ahli parlimen BN Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee terpilih sebagai timbalan yang dipertua dewan dalam pengundian.

Ahli-ahli parlimen Santubong dan Beluran itu menewaskan calon DAP Dr. Tan Seng Giaw, ahli dari Kepong.Junaidi memperoleh 141 undi, Ronald (140) dan Seng Giaw (81).

Sesi pertama penggal pertama akan berlangsung mulai hari ini sehingga 27 Mei, diikuti sesi kedua yang dijadualkan 23 Jun hingga 15 Julai dan ketiga antara 18 Ogos hingga 11 Disember.

Mesyuarat mingguan itu antara Isnin hingga Khamis bermula jam 10 pagi hingga 5.30 petang dengan waktu rehat selama 90 minit selepas 1 petang. Kabinet dan BN berdepan dengan senario baru dalam Dewan Rakyat kali ini apabila majoriti dua pertiganya berjaya dinafikan dalam pembangkang.

Seramai 99 daripada 222 wakil rakyat terdiri muka baru. Jumlah wakil pembangkang meningkat empat kali ganda, daripada 20 orang penggal lalu kepada 82 kali ini.


Saturday, 26 April 2008

LANTIK HU PANG CHOW SEBAGAI SENATOR


Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kelantan atau Kedah yang diterajui PAS memilih Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chow sebagai calon Senator.

Selain itu beliau juga mencadangkan seorang lagi wakil dari Kelab Penyokong PAS India juga dipilih untuk jawatan sama.

"Perkara ini penting bagi membuktikan bahawa PAS adalah sebuah parti yang mementingkan semua kaum tanpa mengira agama dan bangsa" kata beliau kepada Blog ini pagi ini.

"Kini sudah sampai masanya PAS melantik wakil-wakil kaum bukan Melayu di Dewan Negara setelah golongan ini dilantik sebagai ahli PBT, Penghulu dan lain-lain di Kelantan" tambah beliau.
PAS katanya, mesti meneruskan agenda memberikan kebajikan merentasi agama, budaya dan kaum kerana dalam konteks Malaysia parti-parti perkauman sudah tidak relevan lagi sehingga sebahagian besar calon-calon Parti perkauman seperti MCA, MIC, Umno dan Gerakan di tolak rakyat di Semenanjung Malaysia.

"Kini orang Tionghua dan India tidak takut lagi mengundi PAS dan PKR manakala orang Melayu sudah tidak segan lagi mengundi DAP" tegas beliau dengan serius.

Di tanya siapa di kalangan kaum India yang layak dilantik sebagai Senator, Sofi menjawab Kumutha, bekas Calon Kelab Penyokong PAS pada PRU 12 adalah antara calon yang layak untuk dipertimbangkan.

Sejak akhir-akhir ini Kelab Penyokong PAS seluruh negara terus mendapat sambutan yang menggalakkan. Terkini Kelab Penyokong PAS telah ditubuhkan di Negeri Melaka Khamis lalu. Malah di negeri-negeri lain Kelab Penyokong PAS Cina dan India telah ditubuhkan sampai ke peringkat Kawasan Parlimen.


TUDUH ANWAR EJEN AMERIKA, RUPA-RUPA NAJIB PENAKUT HAMPEH


Tuduhan bahawa Anwar Ibrahim ejen Amerika akhirnya memakan diri, apabila Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak lah sebenarnya budak suruhan Amerika sehingga sanggup
menamatkan penyertaan Iran daripada pameran senjata di Kuala Lumpur.

"Najib Razak telah tunduk kepada desakan dari Amerika Syarikat dan rakan-rakan sekutunya", kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia sebagai negara berdaulat dan bermaruah sepatut mengamalkan dasar laur yang bebas dan tidak boleh tunduk kepada arahan dari Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa lain," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya berasa dukacita dengan tindakan timbalan perdana menteri merangkap menteri pertahanan terhadap (negara) tetamu kita, Iran."Bekas timbalan perdana menteri itu mengulas kenyataan Najib hari ini bahawa negara Asia Barat itu telah melanggar resolusi 1747 dan 1803 Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila membawa masuk dan mempamerkan senjata-senjata terlarang bawah resolusi tersebut.

Akibatnya, ruang pameran milik Iran ditutup mendadak pada Selasa, hari kedua Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2008 yang diadakan sehingga semalam.

Walaupun Iran telah dimaklumkan tentang larangan itu, tambah Najib, negara itu masih berbuat demikian.

Anwar menambah, DSA 2008 dianjurkan untuk semua negara berdaulat yang ingin mengambil bahagian secara bebas, bukan untuk menjual senjata dan alat pertahanan lain. "Oleh itu, Malaysia sebagai tuan rumah bebas menjemput negara yang sanggup mengambil bahagian tanpa syarat.

Kerana itu Iran telah dijemput oleh Malaysia untuk mengambil bahagian dalam DSA 2008."Mustahil sekali apabila Malaysia membuat keputusan tergempar tentang (menghentikan) penyertaan Iran itu."

Kini sahlah bahawa tuduhan bahawa Anwar adalah ejen Amerika adalaah tuduhan untuk mengabui mata rakyat sedangkan Pak Lah dan Najib (Bakal Duta Malaysia ke Mongolia) yang sebenarnya budak suruhan Amerika.


Friday, 25 April 2008

BUKAN SUAMI SAHAJA KONTROVERSI, BINI PUN TURUT SAMA


Kalau dah Umno, Umno juga. Perangai Umno akan berjangkit dari suami kepada isteri dan kepada anak.

Ini yang berlaku kepada wang Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor yang di'kidnap' oleh isteri Bekas MB Selangor, Zaharah Kechik.

Media baru-baru ini melaporkan bahawa Wang kira-kira RM10 juta milik Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis),dipindahkan ke satu akaun lain.

Pengerusi badan itu Zaharah Kechik, yang juga isteri Dr Mohamad Khir Toyo, memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac - tiga hari selepas pilihanraya umum ke-12 - untuk membubarkannya dan menutup akaunnya.

Namun bukan semudah itu perkara ini dapat dieksploitasi oleh Zaharah kerana kita ada undang-undang. Semuanya mesti dibuat mengikut undang-undang.

Hal ini akan diberitakan akan dibawa ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San ke dalam perbahasan Sidang DUN Selangor.

Lau mempersoalkan cara bekas menteri besar itu menjelaskan isu tersebut."Saya berasa ganjil dan aneh apabila skandal yang melibatkan pemindahan dana itu ... dijawab dengan tanpa segan silu oleh Dr Mohamad Khir," katanya.

"Pemusykilan pertama, mengapakah pengerusi Balkis, Zaharah Kechik sendiri tidak menjelaskan perkara ini apabila ia dilaporkan sebagai berita muka pertama oleh akhbar harian bahasa Inggeris, The Sun?

"Lau, yang juga setiausaha DAP negeri, turut mempertikaikan jawaban Dr Mohamad Khir, juga wakil Sungai Panjang, bahawa pembubaran Baklis "sah di sisi undang-undang".

"Bagaimana Dr Mohamad Khir dapat mengatakan bahawa pembubaran Balkis adalah sah di sisi undang-undang apabila mesyuarat agung tergempar yang diadakan pada 11 Mac telah membuat keputusan ini sedangkan barisan exco Balkis pada hari itu seharusnya membincangkan pemindahan kuasa dan aset Balkis kepada barisan Exco yang baru?" katanya.


Thursday, 24 April 2008

SAYA KEMARI HARAPKAN PERTOLONGAN MANUSIA - BAPA ALTANYUTA


Bapa Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh kejam Oktober 2006 berkata, beliau datang ke negara ini bukan kerana wang tetapi menuntut rasa kemanusiaan seluruh warga Malaysia.

"Kenapa anda semua takut untuk mengambil tindakan kemanusiaan untuk (membantu) anaknya (Altantuya) yang paling kecil? Apakah anda tidak tahu malu?

"Saya ke mari bukan untuk wang, saya hanya mahu pertolongan kemanusiaan. Di manakah tanggungjawab kemanusiaan anda semua? Saya mahu tanya semua ini," kata Shaariibu Setev dengan nada tertekan.Beliau yang kelihatan marah kemudian menepuk meja dan berkata "sudahlah" dalam bahasa Mongolia. Beliau segera meninggalkan sidang media tersebut.

Ucapannya diterjemahkan oleh Munkhsaruul Mijiddorj, seorang peguam bersama Pusat Kebangsaan Menentang Keganasan (NCAV), sebuah badan bukan kerajaan di Mongolia. Hadir sama di sidang media itu, presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail dan beberapa pemimpin kanan parti itu termasuk timbalannya Dr Syed Husin Ali dan naib presiden R Sivarasa.

Sebelum itu, Setev mempertikaikan media Malaysia yang didakwanya tidak cuba menyiasat lebih mendalam kemusykilan yang timbul berhubung kes anaknya itu."Apakah anda tahu bahawa bahan letupan yang digunakan oleh pegawai-pegawai polis ini datangnya daripada tentera? Ia bukannya sebilah pisau. Bahan letupan ini seharusnya digunakan untuk negara lain (musuh) tetapi sebaliknya ia digunakan terhadap anak saya.

"Anda boleh lihat sekarang jenis manusia berbahaya yang bertugas di peringkat tinggi, khususnya pegawai polis," kata Setev dalam satu sidang media di pejabat penasihat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda dituduh bersubahat dalam pembunuhan Altantuya. Dua anggota polis unit khas cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar dituduh melakukan pembunuhan di sebuah kawasan terpencil dekat Shah Alam.

Kedua-duanya bertugas di unit tindakan khas (UTK), pasukan berprofil tinggi, antaranya menjaga keselamatan pemimpin utama negara termasuk perdana menteri dan timbalannya.

Ketiga-tiga mereka menghadapi hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah.Setev berkata, surat perdana menteri Mongolia yang dihantar kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akhir tahun lalu tidak mendapat respons.Beliau ternyata marah dengan kegagalan perdana menteri Malaysia memberi jawapan kepada surat tersebut.

"Surat terakhir daripada kerajaan Mongolia kepada Abdullah (menyebut), jika Malaysia membuat penghakiman secara tidak adil, tidak bertanggungjawab dalam kes ini, kerajaan kami akan memutuskan hubungannya dengan Malaysia.

"Isu ini bukan hal peribadi (keluarga saya) tetapi isu antara dua negara. Bolehkah anda bayangkan bagaimana kes ini akan menentukan keadaan ekonomi Malaysia?" katanya.

Malaysiakini


KELAB PENYOKONG PAS MELAKA DILANCARKAN


Kelab Penyokong PAS Melaka dilancarkan sebentar tadi oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, YB Dr Mujahid Yusof Rawa di perkarangan Pejabat PAS Negeri Melaka di Semabok.

Setelah sekian lama ianya dinantikan, akhirnya Kelab Penyokong PAS menjadi realiti apabila En Lim Swee dilantik sebagai Pengerusi kelab tersebut sebentar tadi.

Dr Mujahid dalam ucapannya melahirkan rasa syukur dan gembira kerana PAS Melaka akhirnya berjaya melahirkan Kelab tersebut setelah negeri-negeri selesai menubuhkannya bermula sejak tahun 2005 lagi.

"Insya Allah dengan penubuhan kelab ini di Melaka, PAS Melaka akan berjaya menarik lebih ramai kaum Cina dan India untuk mendekati PAS dan seterusnya berjaya meraih sokongan mereka dengan lebih baik lagi, lebih baik dari yang dizahirkan semasa pilihanraya umum baru-baru ini".

"Kita merasakan bahawa penubuhan Kelab Penyokong PAS di Melaka ini akan menyemarakkan lagi sokongan kaum bukan Melayu kepada PAS" kata Mujahid yang juga merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.

Encik Lim Swee telah dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS Melaka dan beliau telah menerima surat watikah perlantikan dari YB Dr Mujahid dalam majlis tersebut.
Dalam ucapan ringkasnya Encik Lim Swee mengharapkan semua pimpinan dan ahli PAS dapat membantunya menggerakkan Kelab Penyokong PAS Melaka bagi menarik lebih ramai kaum Bukan Melayu menyertai Kelab Penyokong PAS Melaka ini.
"Kita yakin PAS akan memenangi kerusi pada Pilihanraya akan datang dengan bantuan Kelab ini" tegas beliau dengan penuh semangat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, pimpinan-pimpinan PAS Negeri; aktivis Persatuan Penternak Babi Paya Mengkuang, Encik Lim Oh Pah; Aktivis masyarakat India, Encik Karupaya serta masyarakat Tionghua dan India dari seluruh negeri Melaka.


IMAM HADHARI DAN NAJIB PUCAT GIGI DENGAN ASAKAN ANWAR


Belum pun reda pergolakan dalam Umno ekoran kekalahan pada PRU 12 lalu, Imam Hadhari makin bertambah kecut perut dan pucat gigi kerana asakan dari luar Umno. Sudahlah otaknya pening untuk mempertahankan dirinya dari serangan kumpulan Najib dan Ku Li kini Anwar pula mengasak beliau dari luar Umno.

Semakin hari asakan dan serangan secara perang saraf dan psikologi oleh Anwar makin hebat dan menggerunkan.

Kini Imam Hadhari dan pemimpin Umno lain begitu memandang serius apa sahaja yang dinyatakan Anwar walaupun sebelum PRU 12 dahulu mereka memandang enteng dan remeh apa yang diperkatakan oleh Anwar.

Kini Imam Hadhari dan pemimpin Umno lain benar-benar pucat gigi.

Mana tidaknya Anwar semalam sekali menegaskan bahawa beberapa ahli parlimen Barisan Nasional di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa sesuai, selewat-lewatnya pertengahan September.

Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Ahli-ahli parlimen ini belum pun mengangkat sumpah di parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu dalam lawatan ke negeri itu, semalam.

Penasihat Parti KeADILan Rakyat (PKR) itu menambah, lapor Bernama, jika mereka tidak menyertai bulan depan, mungkin dalam bulan berikutnya, Julai atau malah pada Hari Merdeka (31 Ogos).

"Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya.Bagaimanapun laman web The Star Online pula, juga memetik kenyataan Anwar di tempat yang sama, memberikan tarikh yang berbeza, 16 September atau hari ulang tahun pembentukan Malaysia.

Beliau juga mendakwa BN sedang memantau dengan dekat pergerakannya sekarang dan ada kemungkinan akan bertindak keras atau mengugut wakil-wakil parti itu yang ingin berpindah kepada Pakatan.

Bekas menteri kewangan itu mendakwa, beliau boleh mengadakan rundingan dengan wakil rakyat BN sama ada di Singapura, Abu Dhabi atau Hong Kong walaupun "bunyinya seperti bahan lawak."

Selain itu, laporan sama dipetik, Anwar juga memerlukan masa untuk mengadakan rundingan dengan parti-parti lain dalam gabungan pembangkang itu sebelum bertindak.Sementara agensi AFP melaporkan, Anwar meramalkan beliau akan menjadi perdana menteri "dalam tempoh tiga tahun ini".

Katanya, tiada jangka masa jelas tentang tarikh beliau akan menjadi perdana menteri tetapi meramalkan tempohnya "tidak sampai tiga tahun lagi"."(Tetapi) saya bukannya tergesa-gesa," katanya kepada agensi berita antarabangsa itu.Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini membantah usaha menggerakkan kempen lompat parti wakil-wakil BN seperti yang dijalankan Anwar .

Sambil menyifatkan usaha sedemikian "tidak sah dan tidak beretika", presiden PRM Hassan Abdul Karim menggesa keputusan pilihanraya umum lalu harus dihormati semua pihak."PRM berpendapat kerajaan BN perlu diberi peluang untuk mentadbir kerajaan pusat bagi lima tahun lagi dengan aman dan tanpadiganggu-gugat secara yang tidak demokratik," katanya.

Akhbar Utusan Meloya melaporkan parti-parti komponen BN di negeri itu menafikan mereka akan melompat parti dan menyertai Pakatan. Timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Eric Majimbun (gambar) dilaporkan berkata, desas-desus terdapat wakil parti itu berhasrat melompat parti berkemungkinan besar timbul susulan kelantangan SAPP menyuarakan pandangan kepada pimpinan BN.

Lawatan Anwar di negeri itu dan Sarawak memanaskan lagi cakap-cakap tentang isu lompat parti yang dimulakan daripada kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu sejak kemenangan besar PKR dan dua rakannya DAP dan PAS pada 8 Mac.

Tawaran terbuka pengerusi jawatankuasa pemandu PKR Sabah dan Sarawak, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan kepada wakil rakyat BN agar menyertai pakatan pembangkang baru-baru ini menghangatkan lagi keadaan.

Dipetik dan diolah dari Bernama dan Malaysiakini


Wednesday, 23 April 2008

SEKOLAH JADI MEDAN PERGADUHAN


Apa lagi yang tidak dilakukan oleh murid-murid sekolah Islam Hadhari, semua kesalahan jenayah telah dilakukan bunuh, rogol, ugut, pukul, rompak, cabul dan lain-lain menjadi amalan mereka.

Bukan sahaja murid-murid lelaki yang menjadi samseng malah murid-murid perempuan turut sama menjadi lanun dan penyangak.

Terbaru seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun cedera di muka dan badan selepas dipercayai dibelasah sekumpulan enam remaja di sebuah taman permainan kanak-kanak di Sungai Karang, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ACP T. Narena sagaran berkata pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini itu dipercayai dibelasah selepas seorang daripada suspek datang ke rumah mangsa dan mengajaknya ke taman permainan tersebut pada 9 malam tadi.

Beliau berkata sebaik tiba di taman berkenaan sekumpulan remaja yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah yang sama terus membelasah mangsa.

``Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian tersebut dipercayai disebabkan oleh pertengkaran kecil yang mungkin berlaku antara mangsa dan suspek di sekolah mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya mangsa yang kemudiannya pulang ke rumah dibawa ahli keluarganya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Berikutan kes itu, katanya polis menahan tiga pelajar tingkatan empat dan lima sekolah berkenaan dan seorang remaja 17 tahun yang sudah tidak bersekolah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.


AD-LIB: Anwar masih 'berbisa'


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK (mSTAR)

SEORANG pembaca mStar, Lia Shiela, pernah menulis, 'Anugerah Pelakon Terbaik' milik Datuk Seri Anwar setelah membaca laporan yang bekas Timbalan Menteri Malaysia itu ditahan selama 30 minit di lapangan terbang Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan di dalam laman web Malaysiakini pada bulan Disember tahun lepas.

Kononnya, laporan itu tidak berasas sama sekali dan cuba mempropagandakan keadaan semasa yang sedang berlaku ketika itu. Kata Lia, 'lakonan' Anwar yang diibaratkan sebagai hero Bollywood itu sengaja dilakukan untuk meniupkan lagi api semangat penyokong beliau yang sememangnya ekstremis dan tidak tahu mengikut peraturan undang-undang yang ditetapkan.
Namun empat bulan selepas pendapat itu disiarkan, ahli politik yang selalu melaungkan dirinya sebagai pejuang rakyat dan pejuang reformasi telah memeranjatkan ramai pihak apabila dengan mudah memberi kemenangan besar pada Pakatan Rakyat di Pilihan Raya 12 pada 8 Mac.

Malah undian yang dijalankan oleh pihak mStar on-line ....'Adakah 'come-back' Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi impak besar kepada senario politik negara?' jawapan yang diterima di luar jangkaan kerana 86.8% berkata Ya, 8.2% berkata Tidak dan hanya 5% Tidak pasti.
KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT KERANA ANWAR?

Satu kemenangan yang begitu manis sekali bagi pihak lawan. Mengikut percaturan Anwar yang sememangnya seorang 'strategis' semuanya kerana satu pakatan yang bersepadu dari semua komponen baik DAP, Pas mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di saat pihak Barisan Nasional cuba meneruskan propagandanya, Anwar dalam senyap telah membuat banyak komplot dan pakatan untuk menumbangkan parti pemerintah.

Telahan yang dibuat oleh bekas 'orang kuat' PKR, Dr Chandra Muzaffar bahawa undi simpati tidak lagi berpihak kepada PKR kerana Anwar sudah bebas dari 'sangkar besi' juga meleset.
Malah beliau kini 'terbang' bebas bagi meneruskan misi utamanya iaitu menggulingkan kerajaan.
Buktinya, pihak pembangkang memenangi 82 kerusi Parlimen, pencapaian yang terbaik pernah dicipta dalam mana-mana pilihan raya.

Jika di pilihan raya umum 2004 PKR hanya memiliki satu kerusi Parlimen, hari ini ia merupakan parti pembangkang yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.Malah, isteri dan anak Anwar, Nurul Izzah kini sedang bersiap sedia ke Parlimen.
Pada akhir tahun 2006, Anwar pernah mengumumkan yang beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-12, yang telah diadakan baru-baru ini. Walaupun impiannya tidak menjadi kenyataan, mimpi indahnya telah direalisasikan oleh rakan-rakannya yang bersungguh-sungguh ingin menyaksikan Barisan Nasional tumbang.

Ketika isteri beliau Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga bertindak sebagai Presidan PKR membuat kenyataan yang beliau akan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam suku kedua tahun ini bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen, ramai masih tertanya-tanya, adakah mungkin perkara ini akan berlaku?

Wan Azizah menyandang kerusi Presiden sejak kali pertama bertanding pada tahun 1999 dan sebelum itu ia dimenangi Anwar ketika berada dalam UMNO.

ANWAR SEBAGAI STRATEGIS

Anwar seorang 'orator' - pemidato yang baik dan berjaya memukau siapa saja apabila beliau berucap. Bukan setakat seorang strategis, bekas Menteri Kewangan ini juga adalah adalah seorang 'master planner' atau perancang yang bijak.

Lihat sahaja kejayaan besar PKR menghimpunkan pengikut setianya seramai 20,000 dalam perhimpunan gerila 'Black 14' sebagai mengakhiri 'zaman gelap' Anwar.

Tiada siapa sangka perancangan rapi mereka mengadakan perhimpunan itu cukup 'kebal' walaupun tanpa permit polis. Manakan tidak, Kelab Sultan Sulaiman yang selama ini menjadi saksi pelbagai peristiwa bersejarah Melayu itu kini milik Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Setelah melihat kejayaan luar biasa parti pembangkang, tidakkah kita terfikir yang faktor Anwar ini adalah sesuatu yang tidak boleh kita perlekehkan.

Tambahan dengan iltizamnya untuk membuktikan sesuatu dan 'membalas dendam' tentang ketidakadilan ke atas dirinya satu ketika dulu, seolah situasi yang ada sekarang berpihak kepadanya.

RAMALAN

Ramalan yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo melalui blognya juga kuat mengatakan bahawa Anwar hanya akan masuk semula ke Parlimen sebagai Perdana Menteri!

Ini bukan tilik nujum Pak Belalang, Dr Khir mungkin sudah 'celik' dan banyak masa untuk membuat analisa lebih-lebih lagi setelah tidak menjadi Menteri Besar apabila tewas dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau sendiri sedar bahawa karisma Anwar pasti akan merebak seperti virus yang menular keseluruh negara hingga mampu melumpuhkan pengaruh BN terhadap rakyat.
Dr Khir juga begitu yakin menjelang sidang kedua Parlimen nanti, satu pilihan raya kecil akan diadakan bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen. Kawasan yang hampir pasti ialah Bandar Tun Razak yang berada di depan batang hidung kepimpinan hari ini.

Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi ini sebagai balasan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Jawatan tersebut sepatutnya disandang oleh pemimpin nombor dua PKR, Azmin Ali. Namun ia merupakan tolak ansur Azmin yang dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat berkuasa kelak.Tindak tanduk Anwar sebagai 'strategis' dan 'master planner' cukup licik. Segala gerak gempur dan perang saraf yang ingin dilakukan agak sukar dijangka.

Sememangnya kerusi yang diidamkannya adalah Perdana Menteri.
Kini timbul spekulasi yang PKR sedang berusaha memancing sekumpulan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak untuk menyertai parti itu.

Cakap-cakap kedai kopi juga terngiang-ngiang bahawa bukan sahaja pemimpin Sabah dan Sarawak yang dibimbangi lompat parti, takut nanti rakyat Sabah dan Sarawak juga ikut 'sekapal' lompat-melompat dalam pilihan raya umum akan datang.

KOMPLOT

Ketika artikel ini ditulis, Anwar sedang mengadakan lawatan ke Sabah dan Sarawak. Apa maksudnya? Beliau menafikan kunjungannya ke negeri berkenaan untuk memancing Ahli Parlimen BN.

Namun beliau sempat berseloloh, "lawatan ini bukan untuk memancing tetapi jika ada ikan (ahli Parlimen BN) di sekitarnya, kami mengalu-alukan dan menjemput mereka."

Mungkinkah Anwar "bakal Perdana Menteri"? Beliau pernah dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 dan menjadi pilihan Tun Mahathir ketiak itu untuk menggantikan Tun Ghafar Baba, sekali gus menjadi orang nombor dua. Namun satu skandal yang memalitkan ramai pihak telah mengheret beliau pada tahun 1998 dan disingkirkan oleh Mahathir.

Sebelas tahun dulu, Anwar juga sedang bersiap-siap untuk menjadi 'bakal Perdana Menteri' namun sikap penasihat-penasihat di sekelilingnya yang ingin beliau menyingkirkan Tun Mahathir lebih awal dari waktunya memakan diri.

Kini, adalah peluang kedua untuk Anwar untuk duduk di kerusi idamannya itu. Mungkin faktor itu membuat Anwar lebih berhati-hati mengatur langkah dan tidak lagi bersikap terburu-buru untuk duduk di atas takhta.

Walaupun berada dalam tahanan mahupun bebas tanpa sebarang jawatan politik secara rasmi, Anwar TIDAK pernah 'bersara'. Tanggungjawab politik yang digalasnya cukup berat dari sejak dia disingkirkan lagi.

Yang patut kita kagumi ialah sifat dan peribadi Anwar atau 'charm' yang beliau ada sehingga berjaya memikat bukan sahaja kawan-kawannya di Barisan Alternatif seperti Tian Chua, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz, Hadi Awang juga isteri dan anak tercinta untuk berjuang bagi pihaknya tetapi telah berjaya memikat hati seluruh rakyat Malaysia untuk mengundi parti lawan.

Siapa kata 'faktor' Anwar sudah berlalu? Orang-orang yang berkata ini berada 'in denial' kerana menafikan satu hakikat dan realiti yang sedang berlaku di depan mata. Larangan politik yang dikenakan ke atasnya bukan penghalang tapi penggerak untuknya merancang komplot yang lebih hebat.

Apakah kejutan yang menanti kita sekembalinya Anwar 'melancong' ke Sabah dan Sarawak? Adakah tanggal 28 April bakal mencetuskan fenomena baru? Mantan Perdana Menteri pernah berkata Anwar bermimpi di siang hari.

Katakan apa saja tentang Anwar - 'Pembelot', 'Manusia angkuh' mahupun 'Pelakon Bollywood', namun Anwar tetap Anwar. Tindak-tanduknya tegas dan licik, sekeras laungannya..."lawan tetap lawan!"


BN MASIH AMALKAN POLITIK KUNO


BN masih mengamalkan politik kuno apabila menghalang ahli-ahli partinya menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Tindakan ini memang tindakan yang tidak bertamadun lebih-lebih jawatan tersebut bukannya jawatan politik malah ianya adalah jawatan dalam kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.

Mengapa ini berlaku ianya tak lain dan tak bukan adalah kerana kebencian dan dendam kesumat yang tidak pernah padam akibat dari kekalahan yang tidak dijangka oleh mereka.

Di Pulau Pinang Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan dari Parti Gerakan, Lee Kah Choon diberikan surat tunjuk sebab jawatankuasa kerja pusat Gerakan kerana menerima jawatan pengarah dalam Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan pengerusi jawatankuasa eksekutif InvestPenang.

Melalui surat tersebut, Kah Choon diminta menjelaskan mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadapnya berhubung perkara tersebut.Perkara itu diumumkan oleh pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, sebelum ini, parti tersebut telah mengarahkan ahli-ahlinya supaya melepaskan semua jawatan dalam majlis daerah dan majlis perbandaran, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di semua negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

"Oleh itu, tindakan Datuk Lee berlanggar prinsip dan semangat dalam arahan yang dikeluarkan oleh pihak parti," katanya.Arahan tersebut, tambahnya, dibuat berasaskan premis bahawa Gerakan kini perlu memainkan peranan yang berkesan sebagai pembangkang di Pulau Pinang.

"Kita tidak akan mampu melaksanakannya secara objektif sekiranya ahli-ahli kita sendiri memegang jawatan penting dalam pentadbiran tempatan dan negeri," katanya.

Jelas sekali BN masih mengamalkan politik kuno yang ketinggalan zaman. Semua ini adalah kerana dendam kesumat mereka terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipilih rakyat pada PRU 12 8 Mac lalu.


Tuesday, 22 April 2008

IMAM RABA BAHU, MAKMUM RABA PUNGGUNG?


Kalau Imam Hadhari iaitu Presiden Umno, yang dikatakan alim itu boleh meraba bahu amoi, sudah pastilah makmumnya akan melakukan kerja yang lebih dahsyat dari itu.

Mungkin hanya setakat raba punggung malah lebih dari itu pun boleh dilakukan. Ini kerana dalam Islam Hadhari raba bahu, jabat tangan, pegang tangan di kalangan bukan muhrim bukanlah suatu kesalahan atau dosa.

Hari ini tersebar berita di dalam laman tranungkite.net bahawa seorang bekas menteri yang masih seorang ahli parlimen tetapi digugurkan dari kabinet Islam Hadhari 2008, dikatakan meraba punggung seorang pelayan hotel di Kuala Lumpur.

Pelayan itu diberitakan baru sahaja menghidangkan air kencing syaitan kepada bekas menteri tersebut. Tidak lama selepas itu punggungnya diraba oleh si biadap tersebut.

Cerita penuhnya seperti berikut, "Seorang gadis yang berkerja sebagai pelayan hotel membuat laporan polis ke atas bekas seorang menteri dua hari lepas di sebuah balai polis di Kuala Lumpur kerana didakwa melakukan ganggu seks ke atasnya malam Jumaat lepas dengan memegang tangan dan meraba punggungnya.

Kejadian memalukan itu berlaku di Kelab Havana hotel Maridien di KL Sentral ketika gadis itu sedang melayan dan menyediakan minuman keras untuk menteri berkenaan.Bekas menteri berkenaan yang dalam keadaan mabuk dikatakan telah memegang tangan pelayan berkenaan tetapi dimarahi pelayan itu sambil berlalu dari situ.

Ketika pelayan itu berlalu bekas menteri berkenaan mengekori dari belakang dan meraba punggungnya menyebabkan pelayan itu menjerit dan memanggil teman lelakinya yang kebetulan bekerja di situ.Teman lelaki pelayan berkeranaan terus mendapatkan bekas menteri berkenaan.

Teman lelaki perlayan tersebut telah bertindak membuat satu laporan polis.Bekas menteri itu dikatakan sering ke kelab berkenaan untuk menghisap cigar (ceruk) di kelab berkenaan.Dalam pilihan raya lalu beliau menang di kerusi Parlimen tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri. Penggugurannya menimbulkan seribu persoalan dan khabarnya ianya ada kena mengena dengan beberapa kelakuannya yang tidak senonoh sebelum ini.

Menurut sumber blogger, kejadian ini 1001 peratus benar. Dakwanya beliau telah mendapatkan pengesahan dari sumber polis sendiri. "Kalau berita ini tidak benar datanglah potong kaki saya," kata sumber itu penuh yakin. msomelayu.blogspot.com

Begitulah 'hebatnya' seorang pemimpin Islam Hadhari dipimpin oleh pemimpin agung, Imam Badawi Wal Hadhari.

Itulah cara tarbiah dalam Umno Islam Hadhari. HALAL dan HARAM tolak tepi. Tapi bila masuk kampung merekalah duduk di saf paling hadapan ketika Sembahyang Jumaat, berlakon untuk mengabui mata orang kampung bahawa mereka pun taat dan patuh pada Allah.
( Apakah Mamat gambar di sebelah ini yang melakukannya....jangan menghukumnya sebelum dibuktikan bersalah)
Yang penting perkara ini diharapkan tidak ditutup oleh Polis dan kerajaan.


KALAU DAH MEMANG PENGECUT MENGAKU SAJALAH NAJIB


Timbalan Perdana Menteri, Najib Altantuya menafikan dakwaan Dr Mahathir bahawa beliau seorang yang pengecut tidak berani mendedahkan sebab sebenar kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya lepas.

Najib berkata "Ia bukan masalah `Mr Yes Man atau tak berani atau takut sebab saya berpegang kepada prinsip bahawa cara yang terbaik ialah penyerahan kuasa secara tersusun, cara yang terhormat. Itu yang akan memberi makna dan menentukan kepentingan parti tidak terjejas.

Sekali lagi Najib memperlihatkan sikap berhati-hatinya agar cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri menjadi kenyataan.

Semua orang tahu Najib terpaksa menunjukkan sikap yang lunak dan setia kepada Pak Lah kerana Najib sendiri penuh dengan masalah dan beliau didakwa juga mempunyai skandal yang dahsyat.

Isu siapa yang membunuh Altantuya, isu kapal selam dan lain-lain benar-benar menjadi mimpi ngeri kepada Najib yang sebenarnya membuak-buak dalam jiwanya tak sabar-sabar menanti hari bahagia menduduki kerusi empuk Perdana Menteri.

Samada sempat atau tidak Najib menjadi Perdana Menteri belum dapat ditentukan.

Apakah beliau akan kempunan kerana di pecat Imam Hadhari ataupun kerusi beliau di'ragut' Anwar yang mendakwa seramai 38 Ahli Parlimen BN akan menyeberang kepada Pakatan Rakyat dan kerajaan baru akan ditubuhkan.


MAT SAID MULA NAK TUNJUK BELANG


Menteri Besar Terengganu yang dilantik oleh Sultan Terengganu bukan oleh Imam Hadhari mula menunjukkan belangnya.

Keberanian Ahmad Said patut dicontohi oleh Menteri Besar/Ketua Menteri kerajaan negeri pengampu yang lain iaitu Sabah, Sarawak, Perlis, Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.


Jangan nanti semua yang dilakukan oleh Imam Hadhari dan kerajaan pusat betul belaka. Seolah-olah kerajaan pusat 'maksum' tidak melakukan kesalahan.

Ahmad Said berkata semalam bahawa sejak wang ehsan diperkenalkan pada 2000, semua projek yang dilaksanakan tidak merujuk kerajaan negeri dan tidak mengambil kira keperluan rakyat.

Ahmad juga menggesa royalti lima peratus dikembalikan kepada kepada kerajaan negeri seperti sebelum perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad menukar wang royalti kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut "wang ehsan". "Ada projek yang kita rancang... kita akui.

Tetapi ada projek yang kita tidak rancang. Tiba-tiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat."Buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta. Kita hanya mengetahui tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya," kata Ahmad semalam.

"Ini yang menjadi masalah... sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan. Mereka menggunakan wang kita, jadi apabila kementerian yang buat ia adalah berasaskan kepentingan kementerian semata-mata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu.

"Ini menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri. "Saya cakap terus terang, ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah," katanya.

Ahmad berkata wang royalti diserahkan kembali, ia akan memudahkan kerajaan negeri merancang projek pembangunan menurut keutamaannya berbanding amalan sekarang yang memerlukan permohonan dikemukakan terlebih dahulu kepada kerajaan pusat.

Kritikan Ahmad Said ini menimbulkan rasa tidak senang Imam Hadhari, menyebab beliau terpaksa menempelak MB Terengganu itu.

Imam Hadhari terpaksa menafikan dakwaan menteri besar Terengganu bahawa wang royalti minyak yang disalurkan melalui kaedah "wang ehsan" tidak banyak membantu rakyat negeri itu kerana projek-projek pembangunan ditentukan di peringkat pusat.

Imam Hadhari berkata "ada satu kaedah yang telah kita buat dengan kewujudan wang ehsan ini, dan ini sebenarnya membantu rakyat negeri Terengganu selama ini,".


DAH KALAH TERUK BARU NAK BERUBAH?


Kekalahan teruk Umno/BN pada Pilihanraya Umum lalu nampaknya memberikan sedikit perubahan kepada pemimpin kerajaan BN.

Semalam Imam Hadhari mengumumkan bahawa SPR hendak diletakkan di bawah parlimen manakala Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar pula memberikan permit penerbitan kepada akhbar Suara KeADILan selepas 10 tahun dipohon.

Namun rakyat sebenarnya menagih 1000 satu perubahan dari kerajaan BN. Antara perubahan yang ditagih ialah pemansuhan ISA, AUKU,OSA,Akta Polis, Ketelusan SPR dan lain-lain.

Selain itu rakyat mahukan media yang lebih telus, biasiswa untuk bumiputera,harga barangan yang dikawal, keselamatan terjamin dan banyak lagi yang tidak mampu ditulis di sini.

Ayuh Imam Hadhari jika benar kamu mahu berubah BERUBAHLAH SECARA TOTAL. Jangan hanya setakat melepaskan batuk ditangga dan mungkin sekadar untuk mengambil hati rakyat agar kembali menyokong BN.


Sunday, 20 April 2008

KOMEN DARI SESEORANG YANG MENGAKU AHLI UMNO


Asmbth Dato Seri Khir,

Sabarlah dulu dan tunggu pemilihan UMNO untuk membuat keputusan sama ada Pak Lah perlu dikekalkan atau disebalkiknya. Jika ada percalonan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan lain-lain jawatan kita serahkan kepada bahagian yang menentukannya.Sebagi ahli UMNO saya telah membuat tinjauan sama ada ke atas orang UMNO, PKR mahupun PAS.

Kesimpulannya begini:-

1. Apakah Dato Seri Najib layak jadi PM selepas Pak Lah. Sedangkan Najib dituduh terlibat dalam rasuah menerima komisyen kapalselam. Dato' Seri Anwar selalu sebut secara terbuka dalam ceramahnya. Jika fitnah sila dakwa Anwar. Pak Lah mengatakan Najib tidak bersalah. Saya nak tanya apakah Pak Lah yang boleh menentukan atau Mahkamah yang boleh membuat keputusan ke atas Najib.

2. Pengawal Najib dikatakan terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Begitu juga penggunaan bahan letupan C4. Kenapa Najib tidak dipanggil untuk mendapatkan maklumat?.

3. Isteri Razak Baginda pernah berteriak bahawa suaminya bukan bercita-cita untuk menjadi PM dan kenapa suaminya dikambinghitamkan?.

4. Semua maklumat keluar/masuk Altantuya telah dipadamkan. Nampaknya siapa yang berani mengarahkan Ketua Jabatan berkenaan supaya padamkan maklumat keluar/masuk Altantuya ke Malaysia?. Soalan ini perlu disiasat dan pihak polis tidak boleh berdiam diri.

5. Kes khalwat dengan Zaina Zain telah dikaitkan dengan Najib di sebuah hotel/chalet di Negeri Sembilan. Apakah ianya fitnah?.

Oleh itu kepada Dato Seri Khir saya mencadangkan tokoh yang sesuai untuk menerajui UMNO seperti cadangan berikut:-

Presiden: Tengku Razaliegh.
Tim. Presiden: TS Mahyudin.

Naib-Naib Presiden:

1. Dato Hishamudin
2. Dato Seri Dr Zahid Hamidi
3. Dato Seri Khir Toyo.

Ketua Wanita:
Dato Shahrizat
Naib Ketua: Dato Halimah

Ketua Pemuda: Dato Mukhriz

Sekian, terima kasih

Komen ini dihantar kepada kami oleh seseorang yang menamakan dirinya Wan Ismail


PENUBUHAN KELAB PENYOKONG PAS MELAKA 24 APRIL


Badan Perhubungan PAS Melaka akan menubuhkan Kelab Penyokong PAS Melaka pada 24 April 2008 jam 8.00 malam bertempat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Semabok.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Harun Mohamed dalam kenyataannya semalam menjemput semua ahli dan penyokong PAS agar hadir untuk memberikan sokongan kepada kepimpinan Kelab Penyokong PAS yang akan dibentuk pada malam tersebut.

Sejak kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum lalu semakin ramai rakyat bukan Melayu yang menyertai parti-parti Pakatan Rakyat dan Kelab Penyokong PAS. Situasa ini berterusan sehingga borang keahlian PAS dan PKR diberitakan terpaksa dicetak beberapa kali.


UMNO AKAN HANCUR


'Belah menanti hancur' itulah ungkapan yang digunakan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan ketika menggambarkan keadaan Umno dan BN sekarang ini.

Umno dan BN yang sedang bergolak dan berkelahi sesama mereka disebabkan kekalahan teruk pada PRU baru-baru ini akan hancur dan lenyap dari bumi ini disebabkan dasar dan cara pemerintahan mereka yang mementingkan diri dan kroni tertentu.

"Kita yakin Umno dan BN akan terus lenyap selepas ini ditambah pula dengan kejayaan Pakatan Rakyat di lima negeri yang Insya Allah akan memerintah dengan baik dan menjaga kebajikan rakyat"

"Walaupun masih dalam pantang kerajaan Pakatan Rakyat di 5 negeri ini berjaya memperkenalkan beberapa langkah yang jelas menjaga kebajikan rakyat" kata Nasaruddin.

"Di Kedah, kerajaan negeri mengisytiharkan tiket percuma untuk rakyat menonton perlawanan Kedah lawan Perak, di zaman BN memerintah tidak pernah nikmat sebegini diberikan kepada rakyat".

"Di Perak, kerajaan Pakatan Rakyat menghapuskan semua kompaun PBT yang dikeluarkan kepada rakyat sehingga ke hari MB mengangkat sumpah"

"Di Penang, kerajaan negeri menaikkan elaun guru KAFA manakala di Selangor kerajaan negeri memberikan air percuma untuk 20 meter padu percuma".

Malah katanya, semua negeri yang diperintah Pakatan Rakyat akan bercadang untuk memperkenalkan Skim Kifaalah kepada semua warga emas seperti yang telah dilaksanakan di Kelantan sejak beberapa tahun lalu.

Nasaruddin berkata demikian ketika mencapaikan ceramah anjuran PAS Kawasan Temerloh di Darul Amin Sungai Gau.

Turut berceramah bersama beliau ialah Naib Ketua Bahagian PKR Temerloh, Ahmad Nizam Abdul Hamid; ADUN Kuala Semantan, YB Tuan Syed Abdul Hamid Syed Mohammad; Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh, Ustaz Abdul Rahim Latif.

Beberapa pimpinan Negeri dan Kawasan serta Dewan-dewan juga turut sama memeriahkan program tersebut.


Friday, 18 April 2008

PERALIHAN KUASA BELUM TENTU UBAH SOKONGAN RAKYAT


Kenyataan bekas MB Selangor bahawa peralihan kuasa yang segera daripada Pak Lah kepada Najib akan dapat menyelamatkan Umno dianggap omongan kosong.

Ini kerana selagi dasar dan cara pentadbiran Umno tidak diubah selagi itulah rakyat akan tetap menolak BN seperti yang ditunjukkan pada Pilihanraya Umum lalu.

Siapa yang tidak kenal Najib semua orang tahu bahawa latarbelakang Najib jauh lebih teruk dari Pak Lah. Kita tidak pernah mendengar Pak Lah mempunyai skandal samada skandal peribadi, rasuah, penyelewengan dan lain-lain sebelum beliau menjadi Perdana Menteri. Keperibadian dan latarbelakang Pak Lah yang baik di mata orang Umno sebelum beliau bergelar Perdana Menteri menyebabkan beliau digelar Mr Clean.

Ini berlainan sekali dengan Najib yang dari dahulu dikenali sebagai antara pemimpin yang bermasalah. Paling baru Najib dikaitkan dengan isu Al Tantuya dan isu komisen pembelian kapal selam.

Najib juga dikenali sebagai teman rapat Rahim Thamby Chik yang semua orang tahu perangainya yang 'bagus' itu.

Andaikata Umno memilih Najib menggantikan Pak Lah maka ini memberikan senjata baru kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Malah Anwar telah lama mencabar Najib supaya menafikan dakwaan yang beliau terlibat dengan isu kapal selam dan Altantuya.

Pemerhati politik berasa yakin bahawa isu kapal selam dan Altantuya ini sudah pasti akan melemahkan Najib, Umno serta BN sendiri. Maka untuk menyelamatkan Umno bukannya mengangkat Najib menggantikan Pak Lah tetapi mencari alternatif lain yang dikira lebih baik dari Najib.

Maka pendapat Khir Toyo dalam blognya yang menyatakan Pak Lah mesti menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno kepada Najib dengan segera untuk menyelamatkan Umno adalah pendapat yang dangkal dan tidak cerdik.

Khir dalam blognya menyatakan bahawa dengan Pak Lah masih menjadi pemimpin nombor satu, mood di kalangan ahli Umno dan BN akan berada di tahap amat rendah dan amat sukar untuk BN menang.

Khir Toyo juga meramalkan satu pilihanraya kecil akan berlaku tahun ini bagi membolehkan Anwar ke parlimen.

"Keputusan hampir pasti akan menyebelahi PKR."

Apabila ini berlaku, kemenangan Anwar bukan sahaja menghancurkan keyakinan rakyat, terutama ahli Umno, kepada Pak Lah tetapi juga kepada Datuk Seri Najib (Razak). Umno hampir pasti hancur jika ini berlaku."

Kenyataan bangang Khir Toyo diteruskan lagi dengan berkata "Jika proses peralihan kuasa ini dilakukan segera, ia akan memberi ruang dan masa untuk Datuk Seri Najib melakukan sesuatu yang drastik, menyusun semula kabinet dan melakukan pembaharuan dalam parti."

Khir berkata jika kuasa diserahkan segera kepada timbalan Abdullah, "rancangan Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil pasti tergendala" dengan alasan sokongan ahli dan rakyat akan berubah kepada BN sebagai sokongan kepada Najib.

Khir Toyo ini memang tidak cerdik. Mungkin ada orang di belakang Khir Toyo yang menyebabkan Khir Toyo berani mengkritik Pak Lah.


MESYUARAT AGONG CAWANGAN PAYA DALAM MERIAH


Mesyuarat Agung PAS Cawangan Paya Dalam Tengah, Parlimen Bukit Katil Ahad lalu dijalankan dalam suasana yang sangat meriah di mana kehadiran perwakilan amat menggalakan.

Mesyuarat yang dijalankan di Pejabat PAS Cawangan Paya Dalam telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab, Ahad lalu.

Dalam ucapannya Sofi menjelaskan bahawa walaupun PAS tewas di kesemua kerusi yang ditandinginya di Melaka, namun undi yang diperolehi di Peti-Peti Undi rata-rata meningkat terutama di kawasan yang ramai pengundi Tionghua dan India.

"Ini menunjukkan bahawa rakyat tetap menerima PAS dan peluang bagi PAS untuk membuat kejutan sebagaimana di Johor tetap ada."

"Apa yang penting semua ahli dan petugas PAS mesti bekerja kuat dari sekarang mendekati pengundi dan menjalankan kerja-kerja kebajikan", tambah Sofi yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Turut hadir pada mesyuarat agung tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Salim Tahir yang juga merupakan Calon PAS DUN Ayer Molek.


Thursday, 17 April 2008

MASING-MASING NAK TUNJUK BELANG


Nampaknya pemimpin Umno berlumba-lumba menunjukkan belang masing-masing. Antaranya Naib Presiden, Muhyiddin Yassin yang sebelum ini jarang sekali membuat kenyataan berani mengkritik Imam Al Badawi, sekarang begitu lantang bersuara.

Antaranya beliau mengkritik sistem kouta dalam pemilihan Umno, kepimpinan Umno perlu berubah dan lain-lain lagi.

Begitu juga dengan Khir Toyo yang nampaknya seakan-akan bersalin kulit berubah 360 darjah. Kalau sebelum ini beliau terkenal sebagai seorang yang kuat mengampu kini bertukar menjadi seorang pengkritik pimpinan.

Tetapi si pengampu seperti Mike Tyson dan Ali Rustam terus menjadi pengampu nombor satu. Sifat lalang yang ditunjukkan oleh kedua-dua mereka ini memang telah diketahui umum. Semasa Mahathir berkuasa dulu mereka jugalah yang mencium dan sentiasa memuji Mahathir.

Inilah rasmi orang Umno yang sentiasa bertindak untuk kepentingan diri dan gila untuk menjadi pemimpin.

Oleh kerana pemilihan Umno akan berlangsung Disember ini masing-masing sedang sibuk mengatur strategi kempen. Malah memang bukan menjadi rahsia lagi pemimpin-pemimpin Umno ini sering menggunakan pawang dan dukun untuk mencapai kemenangan.


Wednesday, 16 April 2008

PEMUDA BUKIT KATIL KOMITED UNTUK DEKATI GOLONGAN MUDA


Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Bukit Katil (DPPBK) dalam mesyuarat agong keempatnya Ahad lalu menegaskan bahawa mereka komited untuk melaksanakan program mendekati golongan pemuda bagi menjayakan hasrat untuk menyelamatkan diri dari terjebak ke lembah maksiat dan hedonisme.

Kenyataan itu dinyatakan oleh Ketua Lajnah Sukan, Seni dan Budaya DPPBK, Puhat Bedol selepas mesyuarat tersebut.

"Kami khususnya Lajnah Sukan, Seni dan Budaya akan cuba sedaya upaya menggerakkan aktiviti kepemudaan dalam usaha kita mendekati golongan ini yang rata-rata tidak tahu arah tujuan."

"Banyak aktiviti yang boleh dijalankan dalam usaha untuk menarik mereka. Biasanya acara sukan, rekreasi, seni, pelancongan dan sebagainya memang menarik minat mereka. Cuma kita mesti mempunyai dana yang cukup untuk menjayakannya" tegas Puhat.

Dalam perbahasan usul dan cadangan pada mesyuarat tersebut beberapa orang perwakilan mencadangkan agar lajnah ini bergerak aktif mendampingi remaja dan golongan pemuda.

"Kita tidak boleh menjauhkan diri dari mereka, semakin jauh kita dengan mereka maka semakin susahlah untuk mendapat sokongan mereka" tegas Khairul Amalin dari Cawangan Ayer Molek.

Mesyuarat Agong tersebut berlangsung dalam suasana yang ceria dan mendapat sambutan yang lebih baik berbanding tahun-tahun lepas.


KHIR TOYO SANGAT BERANGAN UNTUK JADI TAUKEH BABI


Rupa-rupanya Khir Toyo sangat berangan-angan untuk menjadi taukeh babi bersama dengan orang kuatnya ADUN Tangjung Sepat, Karim Mansur. Tetapi angan-angannya berkecai kerana BN kalah pada Pilihanraya Umum lalu.

Sebab itulah Khir Toyo dan Karim begitu lantang menghentam kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dalam isu babi yang dibesar-besarkan oleh media pengampu BN.

Tembelang Khir Toyo dan Karim didedahkan oleh pemimpin MCA Dr Lee Chong Meng 2 hari lepas.


Hari ini Kerajaan Selangor pula mendedahkan foto-foto yang membuktikan pentadbiran BN sebelum ini berhasrat membangunkan projek ladang berpusat penternakan babi di Kuala Langat.


Exco kerajaan negeri Yaakob Sapari mendedahkan, antaranya, foto yang menunjukkan pemimpin Umno dan juga wakil rakyat Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor, berdiri di luar petak ternakan dengan tangan menunjukkan lambang "bagus".


Yaakob berkata foto itu diharapkan boleh menjelaskan kepada ahli-ahli Umno bahawa parti itu tidak menentang projek tersebut."Kita harap beliau (Karim) berhenti mempolitikkan perkara itu mulai sekarang," kata Yaakob petang semalam, selepas taklimat projek tersebut kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dari Kuala Lumpur dan Selangor.


Karim dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo antara ahli politik Umno yang lantang menentang projek itu yang didakwa diluluskan sejak pentadbiran kerajaan BN lagi.Selepas seorang pemimpin MCA mendedahkan pembabitannya beberapa hari lalu, Karim - bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir - mengakui beliau terlibat dengan beberapa lawatan di luar negara, termasuk Jerman, untuk mengkaji sistem moden menternak babi.


Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng dilaporkan berkata sebuah syarikat bumiputera berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.Karim dilaporkan pernah berkata projek itu akan menyebabkan masalah kerana daerah Kuala Langat akan dikenali sebagai daerah penternakan babi.


Yaakob sebelum itu turut memberikan taklimat mendalam kepada wakil media tentang projek tersebut yang dijangka disiapkan dalam tempoh dua tahun.Berbeza dengan laporan awal, Yaakob berkata kerajaan negeri tidak membiayai projek tersebut kerana ia dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta, usahasama antara Persatuan Penternak Babi Kuala Langat dan sebuah lagi syarikat yang tidak dinamakan.


Yaakob berkata, syarikat itu - yang dijangka melabur R360 juta - akan dinamakan kemudian. Dalam projek itu, penternak-penternak akan melabur RM125 juta.Beliau juga memberi jaminan ia tidak akan mencemarkan kawasan sekitarnya kerana ladang itu tertutup dan dilengkapi penghawa dingin, manakala sisa ternakan dikitar semula untuk kegunaan ladang.Mengulas bantahan penduduk Melayu di daerah itu, Yaakob berkata ladang itu akan dialihkan ke tempat yang lebih jauh daripada lokasi cadangan asal.


Beliau juga berkata projek itu akan dibangunkan di kawasan tanah bukan Melayu dan jumlah haiwan yang diternak dihadkan kepada 250,000 ekor.Ladang Tumbuk di Kuala Langat menjadi tumpuan kegiatan penternakan binatang itu dan menerima rungutan penduduk sejak bertahun-tahun. Karim, dihubungi Malaysiakini kelmarin, menafikan beliau membantah projek tersebut seperti dilaporkan media berbahasa Melayu.


Malah, katanya, beliau terlibat dalam usaha memodenkan projek penternakan babi bermula sejak 2002 lagi.Bagi mengatasi masalah ladang haram penternakan haiwan itu dan pencemaran yang dihasilkannya, projek pemodenan itu diperkenalkan mulai 2005.


Tambahnya, mereka bukan sahaja melawat Frankfurt (Jerman), tetapi meninjau juga Bangkok (Thailand) dan Amsterdam (the Netherlands).


ALI RUSTAM TERPAKSA 'MEMBLOG'.


Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam AKA Ali Ketam yang sebelum ini begitu lantang menghentam laman web dan blog-blog alternatif akhirnya terpaksa tunduk dengan arus dunia tanpa sempadan apabila melancarkan blognya sendiri baru-baru ini.

Kalau sebelum ini pelbagai cacian dan fitnah dilemparkan kepada laman-laman web dan blog-blog seperti tuduhan sebagai pemecah belah masyarakat, tukang fitnah, berita palsu dan sebagainya kini ramai dari pemimpin Umno/BN terpaksa juga membuka laman web atau blog sendiri guna untuk berpartisipasi di alam maya.

Seperti biasa pemimpin Umno/BN memang sentiasa terkebelakang dalam arus kemodenan dunia walaupun mereka mendabik dada merekalah yang menubuhkan MSC (Koridor Raya Multimedia) walaupun MSC ini mungkin sekarang hanya tinggal koridor sahaja.

Pemimpin dan Ahli Parti-parti pembangkang telah lama mempunyai blog sendiri dan berinteraksi antara satu sama lain dengan cepat dan pantas berbanding pemimpin Umno/BN yang masih terkial-kial belajar untuk menulis di dalam blog.

Begitulah perangai pemimpin Umno/BN yang sebenarnya tidak suka kepada kemodenan dan kecanggihan sistem komunikasi di dunia kerana mereka tahu jika sekiranya ramai rakyat yang mendapat akses kepada berita dan maklumat alternatif sudah tentu minda rakyat akan berubah.Sebab itu mereka lebih suka rakyat terus bodoh supaya senang mereka memBODOHkan rakyat dan senang untuk dicucuk hidung ketika pilihanraya.

Mengikut kajian laman web dan blog-blog alternatif menjadi salah satu dari penyumbang kepada kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum lalu.


KERAJAAN BN GAGAL KAWAL HARGA BERAS, RAKYAT TERUS MERANA


Bahana menyokong BN terus menghantui rakyat Malaysia apabila harga beras melambung tinggi sejak Ahad lalu.

Ini kerana kerajaan BN yang memerintah tidak tahu menguruskan masalah beras. Oleh kerana kesilapan mengundi BN selagi lagi, maka rakyat Malaysia dihukum dengan kenaikan harga beras ini.

Media hari ini melaporkan bahawa harga beras di seluruh negara mencatatkan kenaikan mendadak antara 10 peratus hingga 20 peratus sejak Ahad lalu, dipercayai berpunca daripada peningkatan harga beras global.

Kegagalan kerajaan Pusat mengawal harga beras ini adalah disebabkan kita tidak mempunyai stok beras tempatan yang mencukupi untuk kegunaan domestik. Ini disebabkan banyak kawasan jelapang padi telah ditukar kepada menjadi kawasan industri.

Ini juga bakal terjadi di kawasan ZIPY di Kedah di mana beribu hektar kawasan jelapang padi akan ditukar menjadi kawasan industri petroleum jika BN terus memerintah Kedah. Nasib baik rakyat Kedah cerdik dengan menumbangkan BN pada pilihanraya umum lalu.

Tinjauan mendapati beras Super Special 5% Tempatan jenama Jasmine naik antara RM3 hingga RM4 sekampit dengan harga terbaru RM15.90 bagi kampit 5 kilogram berbanding RM12.90 sebelum ini dan RM28.80 bagi kampit 10 kilogram berbanding RM24.80.

Pemantauan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendapati ia berlaku di kawasan bandar di seluruh negara termasuk di Lembah Klang.

Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd. Yusof Abd. Rahman berkata, peningkatan harga itu perlu dibendung segera supaya tidak membebankan rakyat.

“Kita menerima laporan mengenai wujud kenaikan ini yang didakwa peniaga berpunca daripada peningkatan harga di peringkat global,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harga beras dunia yang kini berada pada paras AS$780 (RM2,464) setan metrik berbanding AS$360 (RM1,137) setan metrik pada akhir tahun lalu.

Harga tersebut dijangka meningkat antara AS$1,000 (RM3,160) hingga AS$1,200 (RM3,792) setan metrik dalam tempoh dua bulan akan datang kerana kesukaran memenuhi permintaan dan masalah untuk meningkatkan pengeluaran dalam masa singkat.

Kelmarin, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, kerajaan akan menambah stok beras negara yang kini sebanyak 600,000 tan metrik kerana ia hanya mampu bertahan untuk tempoh tiga bulan sahaja.

Mohd. Yusof berkata, orang ramai yang tidak mampu membeli beras mahal perlu beralih menggunakan beras gred super tempatan kerana ia dikawal oleh kerajaan.

“Tiada kenaikan terhadap beras jenis ini yang ditetapkan antara RM1.65 hingga RM1.80 sekilogram bagi harga runcit mengikut zon,” jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan perlu mengambil langkah meningkatkan kuantiti beras kawalan berkenaan berikutan terdapat aduan beberapa kawasan di seluruh negara berlaku kehabisan bekalan.

“Perkara ini tidak sepatutnya terjadi kerana ia menjadi alternatif kepada orang ramai yang tidak mampu membeli beras jenis lain yang semakin meningkat harga,” katanya.

Di ALOR STAR, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail berkata, harga beras di negeri itu naik kira-kira RM1 hingga RM2 sejak minggu lalu.

Menurut beliau, pejabatnya menerima lebih 100 panggilan telefon daripada pengguna yang mengadu kenaikan harga beras secara mendadak.

“Ada pengguna yang mengadu bahawa dia perlu membayar RM17.50 berbanding RM15.50 untuk sekampit berat 10 kilogram.

“Tinjauan saya juga mendapati banyak pekedai mendakwa mereka terpaksa menaikkan harga berikutan terpaksa membeli beras dengan harga yang mahal daripada pemborong,” ujarnya.
Menurutnya, Kedah merupakan jelapang padi negara dan masalah kekurangan beras tidak sepatutnya berlaku di negeri itu.

Di KOTA BHARU, harga beras gred super tempatan di sekitar bandar itu meningkat sebanyak 20 sen sejak minggu lalu, menjadikan ia kini berharga RM2.50 sekilogram.

Harga beras Siam pula meningkat secara mendadak iaitu antara 30 dan 40 peratus dengan beras gred A naik daripada RM2.50 sekilogram kepada RM4 sekilogram berikutan permintaan yang semakin bertambah dan kekurangan bekalan.

Harga beras tempatan dijangka terus meningkat berikutan kebanyakan penduduk yang menggunakan beras Siam mula bertukar kepada beras tempatan.

Tinjauan mendapati mendapati hanya sebilangan peniaga menaikkan harga beras gred super tempatan kerana bimbang dikenakan tindakan pihak berkuasa disebabkan bahan ruji itu adalah barangan kawalan.

Di KUANTAN, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang mendapati beras import seperti Basmathi mengalami kenaikan harga antara lima hingga 20 peratus sejak krisis pengeluaran barangan makanan itu berlaku.

Kecuali beras import, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung kekurangan bekalan gred super tempatan di Pahang.

Pengarahnya, Abu Samah Shabudin berkata, orang ramai perlu faham, kerajaan hanya mengawal harga beras gred super tempatan yang mengandungi 15 peratus kandungan beras hancur dan ke bawah.

“Kita tidak mengawal harga beras import seperti jenis Basmathi,” katanya.
Di SHAH ALAM, tinjauan mendapati beras-beras import seperti Basmathi Super Special naik antara RM1 hingga RM4 sekampit.

Seorang peruncit di Seksyen 8, Nartini Mustar, berkata, beliau agak terkejut apabila melihat harga pada kampit-kampit beras yang baru sampai di kedainya tiga hari lalu naik mendadak.

Menurutnya, bagi beras Super Special 5 % Tempatan jenama Jasmin naik antara RM3 hingga RM4 sekampit dengan harga terbaru RM15.90 bagi kampit lima kilogram berbanding RM12.90 sebelum ini dan RM28.80 bagi kampit 10 kilogram berbanding RM24.80.

“Pelanggan-pelanggan juga merungut dengan kenaikan yang mendadak bagi beras jenama tersebut yang menjadi pilihan ramai,” katanya.

Bagaimanapun di Johor Bahru dan Kuching, tinjauan mendapat harga beras masih kekal pada paras biasa.


Tuesday, 15 April 2008

KASIHAN MAT TAIB.....BERBUIH-BUIH MULUT PERTAHAN IMAM HADHARI


Melalut-lalut dan berbuih-buih mulut Mat Tyson mempertahankan Imam Hadhari. Semuanya tidak diendahkan oleh Ahli Umno.

Semalam Mat Tyson meminta ahli dan pemimpin Umno disaran meniru disiplin ahli-ahli PAS sewaktu parti itu menerima kekalahan teruk di Terengganu dalam pilihanraya umum 2004.Ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata ahli-ahli parti pembangkang itu tidak pernah mendesak presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang - yang juga menteri besar Terengganu waktu itu - berundur.

Beliau juga meminta Umno melihat parti-parti komponen BN yang tidak membuat desakan sedemikian walaupun mereka mengalami kekalahan yang lebih teruk daripada Umno. "Kita lihat MIC, MCA dan Gerakan senyap sahaja dalam isu keputusan pilihanraya umum. "Kita tengok PAS semasa parti itu menang hanya empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, tiada ahli (PAS) yang menyuruh presiden PAS meletakkan jawatan.

"Orang Umno tidak melihat disiplin orang PAS dalam perkara ini," katanya selepas pertemuan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan wakil-wakil rakyat dan senator BN di ibu negara hari ini.PAS kehilangan negeri itu, yang dimenanginya pada 1999, apabila berjaya menguasai hanya empat daripada 32 kerusi DUN. Dalam pilihanraya umum sebelum itu, PAS memperolehi rekod di luar jangkaan apabila menang di 28 kerusi.

Muhammad juga mendakwa Umno tidak mengamalkan budaya mendesak presiden parti meletakkan jawatan - mengulas suara-suara yang ingin Abdullah berundur segera susulan kekalahan BN yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya umum 8 Mac.

Lima negeri, termasuk Kelantan, jatuh ke tangan pembangkang dan BN juga gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat."Mendesak perdana menteri berundur segera bukan budaya Umno dan bukan budaya orang Melayu. Kita tidak tahu budaya dari mana," katanya.

"Kita perlu melihat kembali sejarah peralihan kuasa dalam Umno. Jika perkara ini (desak presiden berundur) berterusan, saya fikir ia akan menghancurkan parti." Beliau menambah, Umno menunjukkan prestasi baik dalam pilihanraya ke-12 tetapi parti-parti komponen lain - khususnya Gerakan, MCA dan MIC - yang kalah teruk.

"Prestasi Umno dalam pilihanraya baik. Cuma komponen BN yang gagal berprestasi. Kita lihat di Perak, Umno menang 28 kerusi DUN, MCA satu (kerusi) sahaja," katanya.Di Pulau Pinang, BN menang di 11 kerusi, semuanya calon Umno. Di Kedah, 14 kerusi BN dimenangi masing-masing satu MCA dan Gerakan, manakala selebihnya Umno.

Di Selangor, Umno menguasai 18 daripada 20 kerusi yang dimenangi BN.Empat negeri ini sekarang ditadbir Pakatan Rakyat.

Untuk pengetahuan Mike Tyson Presiden kami tak macam Presiden awak yang anak beranak kaya raya disebabkan penyalahgunaan kuasa. Sebab itu ahli Umno meluat dan minta Imam Hadhari letak jawatan.

Takkan itupun awak tak boleh fikir wahai Mike Tyson. Memang wajarlah awak jadi Menteri jaga Kemas dan PPRT.


'TAHI' HISHAMUDDIN MASIH MELEKAT DI MANA-MANA?


Satu lagi kes malang berlaku, nasib baik ianya tidak melibatkan kehilangan nyawa manusia kalau tidak siapa yang hendak bertanggungjawab dengan kehilangan nyawa tersebut.

Samy Vellu yang celupar sudah letak jawatan, namun Hishamuddin yang 'lembik' tetapi berlagak samseng menghunus keris masih bertakhta di 'singgahsana' Kementerian Pelajaran walaupun pelbagai kes yang melibatkan bangunan sekolah dan bangunan komputer sekolah.

Kegagalan demi kegagalan untuk memastikan keselamatan pelajar sekolah samada dari segi jenayah, pergaduhan, maksiat, bangunan runtuh dan sebagainay sedikitpun tidak memberi kesan kepada Imam Hadhari sebaliknya terus melantik "Ketua Puteri" Umno, Hishamuddin menjadi Menteri Pelajaran.

Kesemua projek-projek yang menggunakan kaedah Perundingan Pengurusan Projek (Projek Management Consultant, PMC) di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8) di Terengganu tidak selamat.

Ini kerana, bangunan sekolah dan dewan di bawah kendalian PMC merupakan projek 'mee segera' khusus diberikan kepada kontraktor-kontraktor yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan pemimpin Umno Terengganu ketika negeri ini diperintah oleh kerajaan PAS.
Kerajaan pusat ketika itu di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bertindak merampas hak Terengganu mendapat royalti Petroleum semata-mata kerana PAS memerintah tahun 1999 hingga 2004.

Peruntukan dana khas (wang ehsan) yang diambil dari hasil royalti itu disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) melalui Umno negeri bagi menguruskan kesemua projek-projek pembangunan termasuk pembinaan sekolah, dewan dan pagar di Terengganu.
Kini, berpuluh-puluh buah sekolah dan dewan di bawah kendalian PMC tanpa pemantauan Jabatan Kerja Raya (JKR) dianggap tidak selamat serta mengancam keselamatan nyawa ribuan para pelajarnya.

Kes terbaru, Sabtu lalu sebuah Dewan Serbaguna bernilai lebih RM2 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Tapai, Marang yang siap dibina tidak sampai empat tahun ranap secara tiba-tiba pada jam 8.30 malam.

Bangunan dewan tersebut siap dibina tahun 2004 dan mula digunakan pada tahun 2005 itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno Terengganu.
Sumber Harakah memaklumkan runtuhan itu dipercayai akibat struktur pada kekuda sendi bumbungnya tidak kukuh serta menyebabkan ianya tidak mampu menampung berat atap genting berkenaan.

Berikutan itu, satu notis penutupan dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) terhadap semua bangunan sekolah dan dewan yang dikendalikan oleh PMC serta merta selama satu bulan.

Tinjauan Harakah menemui ibu bapa serta orang ramai mengenai isu tersebut yang melahirkan rasa bimbang terhadap keselamatan nyawa anak-anak mereka.
Abdullah Said, 55, dari Kampung Wakaf Tapai terkejut dengan tragedi keruntuhan dewan serbaguna SMK Wakaf Tapai itu.

Katanya, bimbang kerana waktu itu para pelajar sekolah berkenaan sedang mengikuti kem selama tiga hari termasuk anaknya.

"Alhamdulillah, syukur anak saya dan semua pelajar terselamat dalam kejadian bumbung dewan runtuh Sabtu lalu.

"Apa akan terjadi jika waktu itu semua pelajar berada dalam dewan dan bumbung itu runtuh menimpa mereka," ujarnya.
Menurutnya, ketika kejadian tidak berlaku ribut atau angin kencang yang boleh menyebabkan bangunan itu runtuh.

Sementara itu, Aminah Yasin, 48, mahukan agar pihak berwajib segera menyiasat punca kejadian yang membahayakan nyawa para pelajar serta mendakwa pihak kontraktor tersebut.
"Kami (ibu bapa) mahu kerajaan siasat segera dan dakwa pihak kontraktor yang buat dewan itu kerana telah membahayakan nyawa anak-anak kami," ujarnya.

Katanya, pihak kontraktor hanya fikir untung tanpa memikirkan tahap serta mutu keselamatan bangunan yang dibina itu.

Dalam pada itu, Azman Razak, 43, dari Bukit Sawa yakin berlaku menyelewengan tertentu yang menjadi punca struktur bangunan tidak kukuh.

Katanya, kajian perlu dilakukan terhadap mutu serta bahan yang digunakan mengikut piawaian JKR atau hanya keuntungan pihak kontraktor.

"Kami mahukan siasatan terperinci dengan mutu bahan binaan yang digunakan dan saya yakin tentu ada penyelewengan di pihak kontraktor atau di peringkat PMC itu," ujarnya.
Sebelum ini, katanya pernah berlaku kejadian yang sama melibatkan keruntuhan bangunan makmal komputer di beberapa buah sekolah di Terengganu.

Ketika kejadian, sebahagian pelajar tingkatan empat dan lima sekolah berkenaan sedang mengikuti kem selama tiga hari yang diadakan di sekolah tersebut namun mereka terselamat kerana pada waktu itu para pelajar terbabit berada di kelas masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman mengesahkan dewan SMK Wakaf Tapai itu dibina menggunakan kaedah PMC.

"Saya telah minta pihak JPNT mengenal pasti setiap sekolah di negeri ini yang terlibat dengan pembinaan PMC kerana projek PMC tidak dipantau oleh Jabatan Kerja Raya Negeri (JKR).
"Dewan ini (SMK Wakaf Tapai) antara yang disenaraikan dibina menggunakan kaedah PMC," jelasnya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Sebelum ini, Harakah pernah melaporkan tentang keretakan pada bangunan dewan berkenaan tahun lalu tetapi tidak mendapat perhatian pihak berwajib bagi mengatasi masalah tersebut.


PAKATAN RAKYAT MAKIN HAMPIR PERINTAH MALAYSIA


Pakatan Rakyat (PR) semakin yakin untuk merampas tampuk pemerintahan Malaysia dari BN (Bee End). Keyakinan ini sekali lagi ditegaskan oleh Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim pada majlis ceramah perdana sempenan program memperingati Black 14 di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru malam tadi.

Perhimpunan yang dihadiri oleh 20,000 orang pejuang reformasi dan rakyat itu mendapat sambutan diluar dugaan walaupun Polis memberi amaran bahawa ianya tiada permit.

Anwar menegaskan bahawa Tsunami kedua akan berlaku selepas Tsunami pertama pada 8 Mac lalu. Tsunami kedua ini ialah gelombang besar yang bakal menyaksikan penghijrahan beramai-ramai Ahli-ahli Parlimen BN menyertai PR.

Selepas itu kerajaan pusat akan bertukar tangan dari BN kepada PR.

PR pada pilihanraya umum lalu memenangi 82 kerusi Parlimen dan menafikan majoriti 2/3 BN serta menawan 4 buah negeri selain dari mempertahankan Kelantan. Kuala Lumpur juga berjaya di tawan apabila semua kerusi parlimen dimenangi PR kecuali Setiawangsa.

Dalam ceramahnya itu, Anwar meminta semua untuk menunggu dua minggu dari tarikh hari ini untuk mengetahui sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya kecil atau tidak.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Anwar tidak dapat bertanding akibat larangan berpolitik namun, beliau dapat berkempen untuk calon-calon yang bertanding.

Sementara itu, dalam sidang media selepas perhimpunan tersebut, Anwar tidak menjangkakan seramai itu yang hadir kerana pada jangkaan awal pihak penganjur hanya menjangkakan sekitar 10,000 sahaja.

Namun, kehadiran orang ramai sememangnya luar biasa apatah lagi diadakan di luar musim cuti serta di waktu malam pula.

Dalam perhimpunan tersebut, juga kelihatan pelbagai media yang terdiri di kalangan tempatan mahupun luar negeri.

Ketika Harakahdaily membuat tinjauan, seorang peserta yang hadir dalam perhimpunan malam tadi menjelaskan bahawa, inilah kali pertama beliau dapat mendengar ucapan Anwar secara dekat.

Sulaiman Murad, 43, yang bertugas di sebuah agensi kerajaan menjelaskan, ucapan yang didengarnya pada malam itu mengingatkannya pada zaman reformasi.

"Himpunan sebegini ramai, walaupun tidak setanding di zaman reformasi tetapi sekurangnya ia menimbulkan kesan dan memberikan ingatan pada kita tentang peristiwa ketika itu. Siapa kata 'faktor Anwar' tiada. Pilihan raya lalu sudah cukup untuk membuktikannya,"jelasnya sambil memberitahu bahawa beliau hadir bersama rakan-rakan sepejabatnya.

"Tapi saya agak kecewa dengan tindakan pihak berkuasa. Mengapa halang Anwar dari teruskan ucapan. Kami (rakyat) mahu mendengar apa yang ingin disampaikan. BUkankah ini adalah premis persendirian.

"Pihak polis tiada kuasa dan hak.Mana perginya profesionalisme pihak polis yang sering dilaungkan?"tegas Suraya Ahmad, 27, yang turut sama berada di lokasi perhimpunan.
Menurutnya, pihak polis sepatutnya profesional. Perlu memahami dan sedar situasi politik ketika ini tidak sama. Rakyat mula sedar dalam perkembangan yang berlaku terhadapat arus politik negara.

Tambahnya, apakah pihak berkuasa bersekongkol dengan pemerintah dan pemerintah pula masih tidak serik dengan penangan yang diterima mereka daripada rakyat dalam pilihan raya lalu?

Dalam pada itu, sebelum ini Ketua polis Kuala Lumpur Dato' Muhammad Sabtu Osman berkata pihak KeADILan tidak memohon permit untuk perhimpunan tersebut.

Menurutnya, walaupun perhimpunan itu dibuat di tempat persendirian, polis tetap akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengadakan rondaan dan kawalan lalu lintas di sekitar kawasan itu.


Monday, 14 April 2008

DEWAN PEMIUDA KAWASAN LULUS USUL AKTIFKAN KELAB PENYOKONG PAS MELAKA


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil meluluskan usul supaya Kelab Penyokong PAS Melaka diaktifkan dengan segera bagi menggerakkan aktiviti mendekati rakyat bukan Melayu.

Usul yang diterima sebulat suara tersebut dibentangkan oleh Jawatankuasa PAS Cawangan (JPC) Taman Merdeka. Ketika membentangkan usul tersebut, wakil cawangan tersebut Affandy Abdul Wahab menegaskan bahawa tanpa Kelab Penyokong PAS agak sukar untuk menggerak aktiviti mendekati golongan bukan Melayu di Melaka.

"Kejayaan kelab ini dinegeri-negeri lain akhirnya membuahkan hasil dimana masyarakat bukan Melayu tidak lagi takut untuk mendekati PAS malah berani menjadi calon PAS dan mengundi PAS".

"Amat malang kita Melaka, gagal menggerakkan Kelab ini, kita mesti bertindak cepat agar momentum sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihanraya yang baru lalu dapat dikekalkan" kata Affandy ketikan membentang usul tersebut.

Mesyuarat Agong Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang berlangsung di Pejabat PAS Bukit Katil telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek.


Friday, 11 April 2008

KINI BARU KAU SEDAR


Kini baru kau sedar bahawa kamulah yang menyebabkan kekalahan BN dan Umno, tetapi masalahnya kamu masih berdegil tidak mahu melepaskan jawatan.

Selain mengaku beliau sendiri antara punca kemerosotan BN dalam pilihanraya umum, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mendedahkan beliau menerima desakan negeri-negeri agar berundur."Ada (terima desakan), bukan semua (negeri) kata begitu.

Saya juga dapat laporan... "Takpelah mereka nak cakap... tentang undur apa semua... saya pun bukan orang yang nak kekal selama-lamanya dalam kepimpinan," kata perdana menteri lagi selepas pertemuan dengan badan perhubungan Umno Johor di sebuah hotel di sini.

Menurut agensi Bernama, Abdullah mengulas laporan bahawa pemimpin-pemimpin bahagian Umno di Kedah dan Pulau Pinang dalam pertemuan dengan jawatankuasa pengurusan, yang diketuai timbalannya Datuk Seri Najib Razak, semalam. Umno Johor hari ini, seperti diduga, secara lembut mendesak Abdullah berundur apabila menyarankan beliau menyediakan "pelan peralihan" kuasa kepada penggantinya.

BN mengalami kemerosotan luar biasa apabila gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, manakala lima negeri - termasuk Kelantan - jatuh ke tangan pembangkang.

Di Wilayah Persekutuan, BN hanya meraih satu daripada 11 kerusi parlimen. Selepas pilihanraya umum 8 Mac, kepemimpinan dan imej Abdullah terus tercalar apabila calon-calon menteri besar lantikannya di Perlis dan Terengganu ditolak mentah-mentah oleh Sultan masing-masing.

Awal bulan ini, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Abdullah memerintah di lima negeri sahaja, termasuk Sabah dan Sarawak, selepas "sembilan negeri" menolak kepemimpinannya.

Sembilan negeri itu: lima yang ditadbir pembangkang, Wilayah Persekutuan, Perlis, Terengganu dan Johor.


Thursday, 10 April 2008

TAK LAMA LAGI DOLLAH DAN KUNCU-KUNCUNYA TERSUNGKUR?


Rundingan PKR dengan ahli-ahli parlimen BN "berjalan lancar" dan perkembangan lompat parti itu akan diumumkan "bila tiba masanya", kata seorang pemimpin kanan parti pembangkang itu."Mereka menunjukkan respon yang positif," kata naib presiden PKR Azmin Ali."Kita tidak menawarkan wang kepada ahli parlimen tersebut tetapi perjuangan untuk membela rakyat dan negara."Ahli parlimen Gombak itu berkata, wakil-wakil BN yang bakal menyertai PKR itu bertanggungjawab terhadap pengundi di kawasan mereka.

"Umno tidak lagi relevan kepada orang Melayu dan tindakan wakil rakyat tersebut untuk menjamin survival dan ketuanan Melayu," katanya lagi.

Tambahnya, ahli parlimen terbabit tidak meletakkan jawatan dan bertanding semula untuk menyertai PKR kerana mempunyai banyak pilihan berbuat demikian.

Menurutnya, PKR tidak mengejar masa untuk membawa masuk ahli-ahli parlimen itu kepada parti pembangkang. "Apa maknanya mereka terus berada dalam Umno kerana parti itu telah kalah dan tidak lagi diterima rakyat," tambahnya.

PKR juga, kata Azmin, akan menfailkan petisyen untuk membuktikan penyelewengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam mengendalikan pilihanraya umum 8 Mac.Beliau mendakwa, pihaknya mempunyai banyak bukti bahawa SPR melakukan penyelewengan dalam pilihanraya umum lalu."Kemenangan Barisan Nasional (BN) adalah melalui penipuan SPR," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Brickfields hari ini.

Tambah Azmin lagi, PKR akan meneruskan tekanan untuk memaksa pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya melepaskan jawatan.Katanya, PKR telah membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) baru-baru ini.

Sementara itu, Azmin berkata kira-kira 10,000 orang dijangka menghadiri majlis sambutan 'Gelita 14' yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di ibu negara, Isnin depan.

"Anwar akan menyampaikan ucapan perdana yang pertama selepas pilihanraya umum lalu. PKR juga mengundang pemimpin PAS dan DAP untuk majlis tersebut," katanya.'Gelita 14' disambut setiap tahun sebelum ini bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999.

Sambutan ini pada tahun-tahun awal 2000-an biasanya bersifat demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur anjuran aktivis Gerakan Reformasi dan penyokong PKR.Perhimpunan "Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat" kali ini berbeza, menurut seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR Badrul Hisham Shaharin.


MOGA-MOGA TUAN GURU PRESIDEN CEPAT SEMBUH


Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang dimasukkan ke hospital Kuala Terengganu pagi ini. Moga-moga Tuan Guru cepat sembuh.


Tuesday, 8 April 2008

PAK LAH MAHATHIR 2 x 5


Mahathir dan Pak Lah sama sahaja 2 X 5, 5 X2 kedua-dua menggunakan kuasa untuk mengekalkan kuasa mereka.

Malah kedua-duanya juga seolah-olah kebal tidak pernah disiasat oleh sebarang pihak berkuasa samada Polis, BPR dan lain-lain.

Media internet hari ini melaporkan bahawa Pengarah bahagian siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Mohd Shukri Abdul berkata beliau tidak pernah menerima sebarang laporan yang dibuat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sejak beliau mengambil alih jawatan tersebut pada 2006.

Shukri menyatakan demikian dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini.Mengenai siasatan terhadap ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman, beliau berkata, ia dimulakan pada tahun 1998 dan disiapkan pada tahun 2001.Shukri berkata, laporan siasatan tersebut telah diserahkan kepada peguam negara ketika itu, yang kemudiannya berpendapat bahawa keterangan saksi tidak konsisten dan tiada bukti sokongan.

Berikutan, katanya, peguam negara mengarahkan supaya fail siasatan tersebut ditutup.Berhubung isu keterangan bekas ketua pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya terhadap Dr Mahathir, Shukri berkata ia disiasat oleh pihak polis.Shukri berkata, BPR tidak terbabit dan beliau meminta supaya perkara itu dirujuk kepada pihak polis.

Tiada campurtangan

"Bagaimanapun, atas inisiatif kami sendiri, kami menghubungi Datuk Shafee Yahaya (ketua pengarah BPR pada ketika itu) untuk memberikan lebih banyak maklumat mengenai dakwaan terhadap Dr Mahathir dan beliau memberitahu kami yang beliau telah memberikan kenyataan mengenai perkara itu kepada polis," kata Shukri.

Beliau berkata, sejak beliau menjadi pengarah negeri pada 1996, pengalamannya mendapati tidak berlaku sebarang campurtangan mana-mana pihak, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam siasatan BPR.Sementara itu, Bernama melaporkan Shukri memberitahu sidang akhbar tersebut bahawa BPR tidak pernah menyiasat Dr Mahathir atas dakwaan cuba campurtangan dalam penyiasatannya terhadap pengarah EPU pada 1998.Bagaimanapun, katanya, dakwaan bahawa Dr Mahathir telah mengarahkan kes tersebut ditutup disiasat oleh polis dan bukannya oleh BPR, tidak sepertimana laporan media hari ini. "Ini merupakan dua kes berbeza. Satu ialah mengenai pegawai kanan di UPE yang disiasat oleh kami dan keduanya mengenai Tun Dr Mahathir didakwa mengarahkan kes pertama ditutup.

"Kami hanya menyiasat kes pertama. Dakwaan kedua - iaitu yang dibuat terhadap Tun Dr Mahathir - tidak disiasat oleh BPR tetapi oleh polis pada masa itu," katanya.Dengan penjelasan itu, Shukri berkata, BPR berharap salah tanggapan bahawa BPR yang menyiasat Dr Mahathir tidak lagi berbangkit.

Kertas siasatan "Saya juga ingin menjelaskan bahawa BPR tidak boleh campurtangan dalam penyiasatan polis. Oleh kerana penyiasatan itu dikendalikan oleh polis, Ketua Polis Negara mungkin dapat memberikan penjelasan mengenai perkara ini," katanya.

Mohd Shukri juga berkata sejak dilantik sebagai pengarah penyiasatan, beliau tidak pernah menerima sebarang arahan daripada perdana menteri supaya tidak meneruskan sebarang penyiasatan BPR terhadap mana-mana kes. "Biasanya, sebaik sahaja kita buka kertas siasatan, tiada apa yang boleh menghentikan penyiasatan itu. Kertas siasatan perlu diselesaikan dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi) tidak pernah mengarahkan saya menghentikan mana-mana penyiasatan pada bila-bila masa sejak saya menjadi pengarah penyiasatan," katanya semasa menjawab soalan sama ada Perdana Menteri sekarang pernah mengeluarkan arahan sedemikian.Katanya penyiasatan BPR adalah berdasarkan fakta dan bukti kerana sebaik sahaja kertas siasatan sampai ke Pejabat Peguam Negara, ini amat penting jika orang itu dituduh rasuah.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata bagi suku pertama tahun ini (Januari-Mac), BPR menerima 3,834 maklumat berkaitan rasuah dan daripada jumlah itu, sebanyak 357 kertas siasatan dibuka. "Kami menahan 145 orang bagi pertuduhan berkaitan. Jumlah sebenar yang disiasat membabitkan RM11.2 juta. Dan bagi tempoh yang sama, kami merampas harta benda bernilai RM900,000 dan menyita harta benda bernilai RM700,000 atas perintah mahkamah. Kami juga ada permohonan kes rampasan bernilai RM700,000 sedang menunggu perbicaraan di mahkamah," katanya.

Katanya daripada 145 orang yang ditahan oleh BPR, 72 terdiri kakitangan awam, 44 pekerja sektor swasta dan 29 orang awam. Daripada 72 kakitangan awam itu, 13 ialah pegawai kanan kerajaan.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59