Monday, 31 March 2008

UMNO SEMAKIN BERGASAK SESAMA SENDIRI


Selepas bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan hasratnya bertanding jawatan presiden, kini bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula mengesahkan kesediaannya untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Khir berkata, beliau sedia bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan Umno yang dijadual 16-20 Disember ini.

Katanya, hasratnya itu berdasarkan sokongan akar umbi yang mahukan beliau bertanding jawatan berkenaan. Mohd Khir berkata, jawatan itu ini tidak memerlukan had umur dan mereka yang mendapat pencalonan boleh bertanding."Had umur (40 tahun) hanya dikenakan bagi jawatan naib ketua Pemuda dan jawatan-jawatan di bawahnya," tambahnya.

Dr Mohd Khir berkata, beliau tidak akan bertanding mempertahan kan jawatan Majlis Tertinggi, jika beliau mengambil keputusan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno. Jawatan itu kini disandang Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, tanpa bertanding sejak tahun 2000.

Tawaran Dr Mohd Khir dianggap sebagai perkembangan yang cukup menarik kerana ia mungkin menyaksikan pertembungan dengan menantu perdana menteri dan juga naib ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

Sebelum ini, selepas dipilih semula tanpa bertanding pada 2004, Hishammuddin telah dilaporkan berkata bahawa beliau akan memegang jawatan tersebut untuk satu penggal sahaja.Sambutan menggalakkanSelepas itu, beliau akan menyerahkan jawatan tersebut kepada Khairy.Sekiranya Hishammuddin tidak mahu melepaskan jawatan tersebut, maka beliau akan berdepan dengan cabaran Dr Mohd Khir.

Sebelum pemilihan Umno 2004, nama Dr Mohd Khir disebut-sebut akan dicalonkan untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya Dr Mohd Khir bertanding kerusi MT dan menang dengan undi terbanyak.Ketika itu, beliau merupakan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor.

Selepas kekalahan BN Selangor dalam pilihanraya umum 8 Mac, beliau telah melepaskan jawatan tersebut dan ia kini disandang oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib.Menurut Dr Mohd Khir berkata, daripada tinjauan yang dibuat, hasratnya itu mendapat sambutan menggalakkan di kalangan ahli pergerakan tersebut

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59