Wednesday, 19 March 2008

UMNO MAKIN PARAH, RADZI LETAK JAWATAN SU AGONG, RAFIDAH MENYUSUL


Kekalahan Umno menyebabkan Pak Lah menjadi tidak keruan. Kekalutan dalam Umno semakin membarah hari ini apabila Setiausaha Agongnya Radzi Sheikh Ahmad mengumumkan perletakan jawatannya di dalam Umno dan BN.


Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dilantik semula ke kabinet mungkin berasa dirinya diketepikan oleh Pak Lah sehingga membuat keputusan mengejutkan ini.
Beliau memberi alasan tidak dapat lagi meneruskan tugas-tugas tersebut secara berkesan.Perdana Menteri, yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menerima peletakan jawatan Radzi.

Pemerhati politik berpendapat keputusan Radzi untuk melepaskan jawatan itu serta-merta ada kaitan keputusan Perdana Menteri tidak melantiknya semula menganggotai kabinet.Ianya juga dipercayai ada kaitan dengan kekalutan politik Umno Perlis, khususnya berhubung dengan isu pelantikan menteri besarnya.
Sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu, beliau memegang jawatan menteri hal ehwal dalam negeri.Sebelum pilihanraya umum lalu, Radzi secara terbuka mengecam menteri besar Perlis ketika itu, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menurutnya harus diganti.

Selain Radzi, ahli parlimen Padang Besar, Datuk Azmi Khalid juga tidak dilantik semula menganggotai kabinet yang diumumkan perdana menteri samalam.

Radzi dilahirkan pada 24 Februari 1942 di Jalan Pegawai, Kangar, Perlis. Beliau mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar sebelum meneruskan pendidikan di Maktab Tentera Diraja. Pada 1961 beliau mengambil Barrister-at-Law, Inns of Court di Middle Temple, London.
Beliau pernah berkhidmat dengan perkhidmatan kehakiman sebagai timbalan pendakwa di Selangor dan kemudian Presiden Mahkamah Sesyen di Klang. Kemudian beliau meninggalkan perkhidmatan kehakiman dan membuka firma guammnya sendiri.
Kerjaya beliau dalam politik bermula apabila bertanding dalam pilihanraya umum 1982 bagi Parlimen Kangar dan dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian. Pada tahun 1989, beliau menyertai parti Semangat 46 selepas Umno diharamkan dan beliau dipecat dari Umno.Beliau kemudiannya menyertai semula Umno pada tahun 1990 selepas keluar dari parti Semangat 46 dan dipilih bertanding semula di Parlimen Kangar pada tahun 2004.

Selepas itu, Radzi dilantik menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan kemudiannya Menteri Dalam Negeri pada 2006. Beliau dilantik sebagai setiausaha agung Umno pada 1 Jun 2004 menggantikan Tun Mohd Khalil Yaakob yang dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka.


Rafidah juga mungkin letak jawatan

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz akan mengadakan sidang akhbar khas di tengah-tengah spekulasi beliau akan melepaskan jawatan ketua Wanita Umno.

Rafidah yang memenangi kerusi parlimen Kuala Kangar dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, tidak dilantik semula menganggotai barisan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi semalam.

Rafidah, 65, menganggotai kabinet sejak tahun 1986. Abdullah melantik naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui kementerian berkenaan.

Beliau dijangka mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua Wanita Umno dalam sidang akhbar yang akan diadakan di pejabatnya pada jam 2.30 petang nanti.Selaku ketua Wanita Umno, Rafidah juga merupakan ketua Wanita Barisan Nasional (BN).

Pagi ini, Datuk Radzi Sheikh Ahmad - yang juga tidak dilantik semula menganggotai kabinet - telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai setiausaha agung Umno dan BN berkuatkuasa serta-merta.

Abdullah telah menerima peletakan jawatan Radzi.

Naib ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, yang gagal mempertahankan kerusi parlimen Lembah Pantai, telah dilantik sebagai penasihat khas bertaraf menteri kepada Abdullah dalam hal ehwal wanita.

Para penyokong Rafidah berkumpul ke kediaman perdana menteri di Putrajaya malam tadi kerana membantah pengguguran Rafidah daripada kabinet, walaupun beliau merupakan ketua Wanita Umno.

Rafidah memegang jawatan tersebut pada 1984 - kecuali satu penggal dari 1996 hingga 1999 - apabile beliau ditewaskan oleh Datuk Siti Zaharah Sulaiman. Ini adalah kali pertama Wanita Umno tidak mempunyai wakilnya dalam kabinet.


Shahrizat lwn Azalina?
Perkembangan terbaru itu terus mencetus spekulasi mengenai pengganti Rafidah untuk menerajui pergerakan Wanita Umno.
Jika sah berlaku kekosongan jawatan tersebut, para pemerhati politik menjangka menyaksikan pertembungan antara Shahrizat dengan bekas ketua Puteri Umno, Datuk Azalina Othman Said yang kini menjadi menteri pelancongan.
KITA TUNGGULAH SAAT KEHANCURAN UMNO SELEPAS INI

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59