Wednesday, 12 March 2008

SEMUA ADUN BERAGAMA ISLAM LAYAK MENJADI MB SELANGOR


Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Dato' Mohamad Munir Bani berkata belum ada keputusan siapa yang akan dilantik sebagai MB Selangor. Ini kerana katanya pelantikan menteri besar ini adalah hak mutlak Sultan Selangor.

Katanya, baginda boleh memilih sesiapa daripada wakil-wakil yang telah menang dalam pilihanraya umum baru-baru ini.

Menurut Mohamad, keputusan mengenainya akan diumumkan dalam tempoh masa yang terdekat di mana satu upacara pelantikan, angkat sumpah dan taat setia akan diadakan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.

Mohamad juga berkata, baginda berkenan dengan penggabungan parti pembangkang - PKR , DAP dan PAS - dan baginda akan memilih calon yang sesuai untuk menjadi menteri besarSelangor.

Sebagaimana diperuntukkan di dalam Bab 3, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Sultan hendaklah melantik dengan suratcara di bawah tandatangan baginda dan mohor kerajaan seorang Menteri Besar mengikut Perkara 53 di mana Sultan hendaklah pertama-tamanya melantik seorang Menteri Besar untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Upacara pelantikan dan mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baru masih belum lagi ditetapkan tarikhnya tetapi akan dilangsungkan selewat-lewatnya pada minggu ini.

Datuk Mohamad Munir Bani juga berkata mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, seorang menteri besar yang dilantik itu perlu berbangsa Melayu dan menganut agama Islam seperti yang tertakluk kepada Peruntukan Fasal Empat Perkara 53.

Begitu juga dengan jawatan Timbalan Menteri Besar, walaupun tidak dinyatakan dengan terperinci keperluan melantik seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, tetapi sewajarnya ia dilantik daripada orang Melayu yang beragama Islam.

Mohamad berkata ini adalah kerana tugas Timbalan Menteri Besar adalah membantu Menteri Besar dalam urusan kerajaan dan bagaimana beliau hendak membantu Menteri Besar dalam hal-hal upacara keagamaan dan seumpamanya.Bernama memetik beliau sebagai memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa hanya ada satu jawatan timbalan menteri besar yang boleh dilantik oleh menteri besar setelah mendapat perkenan Sultan Selangor.

Dengan perkembangan ini, kemungkina untuk Sultan memilih MB selain dari Tan Sri Khalid Ibrahim tetap ada kerana sepertimana Kata Dato Mohamad Munir Bani sesiapa juga dikalangan ADUN yang beragama Islam boleh dilantik menjadi MB dengan perkenan Sultan.

Ini bermakna beberapa nama lain seperti Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dato' Dr Hassan Mohamad Ali juga boleh dipilih oleh Baginda Sultan Selangor.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59