Monday, 31 March 2008

Sekat Umno dengar Dr Mahathir, Khir?


Penganjur forum untuk menilai ketewasan teruk Umno dan BN dalam pilihanraya umum 8 Mac mendakwa ketua penerangan Tan Sri Muhammad Muhd Taib melarang pemimpin dan wakil rakyat parti itu menyertainya. Forum bertajuk 'Umno Pasca Pilihanraya ke-12: Satu Penilaian', anjuran sekumpulan penyokong Umno MyKmu.net, disertai oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo. Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir dan ketua penerangan Johor Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi turut diundang sebagai pembicara di majlis itu yang dijadual di sebuah hotel di Petaling Jaya, esok.

Di laman webnya, MyKmu.net mendakwa Muhammad yang juga ketua baru badan perhubungan Umno Selangor memberi amaran kepada wakil rakyat negeri itu dalam satu pertemuan semalam.Susulan larangan itu, lapor laman web semalam, "sehingga kini kami belum dapat pengesahan sama ada ahli panel forum Dr. Khir akan hadir atau tidak. "Memandangkan Dr. Khir merupakan wakil rakyat BN dan ketua bahagian Umno, penganjur masih tertanya-tanya keadaan ini sungguhpun beliau sudah mengesahkan penyertaan sebelum ini."Ia juga mendakwa, Muhammad turut menghubungi ketua-ketua bahagian di Selangor agar tidak menghadiri majlis yang bermula jam 9 pagi itu.

Bagaimanapun sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Khir menyatakan kesediaannya untuk menyertai forum tersebut.Ditanya tentang sebaran mesej SMS kepada penyokong Umno agar menghindar program itu, beliau berkata Umno masih lagi dibelenggu cara lama mengawal pemikiran ahli-ahli.Ketua pemuda bahagian Umno Petaling Jaya Utara berkata, beliau menerima mesej SMS yang melarang menyertai forum itu tetapi menafikan ia datangnya daripada Muhammad.

SMS itu juga tidak jelas sama ada datang daripada penyokong senator itu, tambah Azli Saad. Menurut notis di laman web itu, pendaftaran telah ditutup tetapi mereka yang berminat mengikuti ucapan pemimpin-pemimpin itu boleh menonton televisyen litar tertutup di lobi hotel.

Msiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

bagus-bagus banyak info

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59