Thursday, 6 March 2008


RAYUAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) merayu seluruh rakyat bangkit dan menolak calon-calon BN pada pilihanraya 8 Mac 2008 ini. Kami mendoakan agar kita semua sedar dan insaf bahawa BN yang telah memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun telah gagal mentadbir negara kita. Mungkin dengan mata kasar kita melihat negara kita membangun dari segi fizikal tetapi hakikatnya rakyat hidup dalam keadaan yang terbukti TIDAK SELAMAT, TIDAK AMAN DAN TIDAK MAKMUR.

Bayangkan saudara-saudari sejak akhir-akhir ini rakyat dibebankan dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang. Tidak cukup dengan itu BN SUDAH PASTI akan menaikkan harga minyak jika BN diberikan mandate sekali lagi untuk memerintah. Ini terbukti apabila BN TIDAK BERJANJI untuk menurunkan harga minyak dalam manifestonya.

Kerajaan BN juga GAGAL menahan kenaikan harga barang. Di dalam manifesto BN juga mereka tidak berani berjanji untuk memastikan harga barangan tidak naik. Kegagalan BN ini sebenarnya merupakan mimpi ngeri kepada rakyat kerana dalam keadaan sekarang pun rakyat sudah amat tertekan untuk meneruskan kehidupan terutama golongan berpendapatan rendah. Oleh itu kita mengharapkan rakyat yang kaya mesti bersimpati dengan rakyat miskin.

Keselamatan rakyat juga menjadi isu penting yang mesti diatasi. Namun begitu kerajaan BN yang memerintah Malaysia sejak 50 tahun lalu jelas gagal menjamin keselamatan rakyat. Secara puratanya kira-kira 8.7 orang dibunuh setiap hari mengikut statistik tahun 2007. Masih ingatkah kita kepada Nurin Jazlin Jazimin dan Sharlinie. Kematian dan kehilangan mereka menjadi simbol kegagalan kerajaan BN dalam menjamin keselamatan rakyat.

Rakyat juga semakin terbeban dengan kos pendidikan anak-anak dan kesihatan keluarga. Kerajaan BN dalam pembentangan Bajet 2008 berjanji untuk memberikan pendidikan percuma, tetapi malangnya YANG PERCUMA hanyalah yuran sekolah rendah dan menengah yang jumlahnya hanyalah RM4.50 dan RM9.00 masing-masing. Sebenarnya ibubapa terpaksa membayar yuran lain yang jumlahnya antara RM30 sehingga ratusan ringgit. Sekali lagi kita diperdayakan oleh kerajaan BN.

Dalam aspek kesihatan juga kerajaan BN yang memerintah 50 tahun ini juga TIDAK BERUPAYA untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan secara percuma. Sedangkan peratusan rakyat yang sakit dan mengidap sakit kronik semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Atas dasar inilah PAS dan Barisan Alternatif menawarkan kepada rakyat manifesto yang berteraskan NEGARA KEBAJIKAN.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59