Friday, 14 March 2008

RAIS YATIM BIADAP KEPADA RAJA-RAJA MELAYU


Ahli Parlimen Jelebu, Rais Yatim ('Katak lompat') semalam mengeluarkan kenyataan yang biadap terhadap Raja-raja Melayu.

Kenyataan beliau disiarkan di media pengampu BN hari ini.

Dalam kenyataannya, Rais berkata, sepatutnya sultan atau raja melihat kepada satu parti yang beroleh kerusi yang paling banyak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk melantik siapa Menteri Besar.

''Sultan memang berkuasa untuk menentukan siapa yang menjadi Menteri Besar dan ia adalah satu-satunya kuasa diraja yang masih kekal,'' ujar beliau.

Rais berkata, di Perak, sultan boleh mengambil salah seorang wakil parti yang dianggap mencapai majoriti kepentingan dalam Dewan Undangan Negeri.

''Kalau ambil dari parti yang kecil kerusinya, ia adalah salah dari segi amalan demokrasi Westminster,'' ujarnya.

Mengulas mengenai konflik pelantikan Menteri Besar dan pembentukan kerajaan di Perak, beliau berkata, keadaan itu berlaku akibat kesilapan pihak yang memberi nasihat kepada sultan.

Kenyataan di atas membuktikan bahawa Rais memperkecilkan kemampuan Raja-raja Melayu dan penasihat-penasihat baginda.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mencadangkan supaya Rais dikenakan tindakan seperti melucutkan pingat yang diterimanya dari Raja-raja Melayu kerana jelas kenyataan Rasi benar-benar biadap dan memperkecilkan kemampuan Raja-raja Melayu.

Kami juga menggesa Rais menarik balik kenyataan menghina Paduka Sultan Perak ini secara bertulis dan memohon maaf dengan serta merta.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

4 Comments:

Anonymous said...

Bila BA nak tutup kilang arak di Selangor. Takkan takut kat DAP pulak?

ipohman said...

UMNO mmg macam tu. Bila dah byk hilang kerusi, ada ajer komen yg negatif. Seeloknya masa BN berkuasa tu biar Sultan/Raja yang lantik MB bukannya PM. zzzzzzz....

Anonymous said...

bagus cadangan saudara , mula kan dengan menutup kilang yang mengeluarkan samsu, arak murah dulu kemudian hadkan pengeluaran arak seperti bir secara beransur ansur kerana kita kena beri peluang kepada pekerja untuk mencari kerja lain. saya beragama hindu , dan arak adalah haram di sesi ugama kami.Sekurang kurang nya kerajaan BA mulakan usaha murni ini .

Anonymous said...

SHAHIDAN LAGI BESAR DERHAKA NGAN RAJA PERLIS..

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59