Wednesday, 26 March 2008

PERAK MELANGKAH SETAPAK KE DEPAN


Kerajaan baru Perak, yang diketuai menteri besar PAS Mohamad Nizar Jamaluddin, akan memperkenalkan sistem pengundian di kalangan penduduk untuk memilih ketua kampung.

Menurut Mohamad Nizar, sistem seumpama itu pernah diperkenalkan dan Perak kali ini akan menggunakan kaedah tersebut bagi memilih ketua di 817 kampung.

Pengumuman itu dibuat pada sidang akhbar selepas perjumpaan beliau dengan ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Ipoh hari ini.

Menurut Bernama, acara itu adalah majlis rasmi sulung selepas beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar 17 Mac lalu.Mohamad Nizar berkata, sistem pelantikan seperti yang diamalkan kini telah menimbulkan krisis di peringkat akar umbi masyarakat apabila "calon-calon yang dikehendaki penduduk tidak lagi terpilih atau nama itu dihilangkan.

"Kerajaan negeri dilaporkan merancang memperkenalkan kaedah baru itu secara rasmi selepas tempoh jawatan ketua-ketua kampungsedia ada tamat pada 31 Dis depan.Beliau menambah, semua 31 wakil rakyat DAP, PKR dan PAS bersetuju mengembalikan hak penduduk memilih ketua mereka sendiri.

"Kita setuju beri hak pilih siapa jadi ketua kepada penduduk... mereka boleh pilih sendiri ketua kampung, imam dan jawatankuasa masjid," beliau dipetik sebagai berkata, sambil menambah beliau gembira dengan kehadiran lebih 300 ketua kampung di majlis itu walaupun ada laporan menyebut acara itu diboikot oleh Pertubuhan Ketua-ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP).

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59